Setelah genap setahun. Eh nope bukan setahun but beberapa bulan selepas Mei 2014 aku saja je buat blog ni jadi sarang lelabah dan berhabuk kononnya sebab nak fokus SPM. But yes memang aku busy gila dengan preparation SPM '14, tu pun time dah nak dekat hahahaha. Macam mimpi je dah habis SPM tapi itulah realiti yang harus aku terima ewah. Birthday aku pun dah lepas, macam cepat sangat pulak aku umur 18 ni heheh.
Aku sekarang duk rumah je. Takda buat apa-apa. Kerja-kerja rumah tu lain cerita pulak. Jangan pulak ko assume aku ni malas haha noo. *hiccup* Okay aku cakap betul ni k ko kena percaya. Aku dah start rasa lifeless gila. Why? Driving license pun belum apply. Tak ambik kerja part-time pun. PLKN pun aku tak kena. Keluar rumah? Jenjalan or hang out bersama rakan-rakan anda? Heck no. Distance aku dengan member aku sampai beribu-ribu batu okay. *hiccup* okay tak la sampai beribu-ribu, ratusan je kot. Nak keluar jalan-jalan pun mana ada transport. Eomma sama appa gunain untuk kerja dong. But takpa. Aku terima keadaan ini dengan redha ewah. Sebosan mana ko kat rumah, terima je lah. Buat la aktiviti macam.. tengok movie ke, masak resepi baru ke, buat kelas vocal ke, menari ala tarian kpop ke, bersenam kasi sihat tubuh badan ke, tidur ke, buat konsert ke. Ter se ghah ko la. Asal bahagia.
Macam takda makna je entry aku kali ni. Well this is just a comeback, kununnya. Ko ingat ko retis kpop nak comeback bagai. Followers pun tak sampai seratus, siapa la nak baca kan? Takpe, aku mengaku aku jarang aktif. Ohya, aku buat perubahan sikit dekat blog ni. Disebabkan dah berkurun lamanya aku tak mendalami coding ni, aku sekarang dah lupa sobs sedih guwa. Harap ingat balik ah nanti.
Nampaknya itu saja kali ini. Babai.