INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Wednesday, January 21, 2015

comeback part 2

Assalamualaikum dan hai. Semua.


Setelah genap setahun. Eh nope bukan setahun but beberapa bulan selepas Mei 2014 aku saja je buat blog ni jadi sarang lelabah dan berhabuk kononnya sebab nak fokus SPM. But yes memang aku busy gila dengan preparation SPM '14, tu pun time dah nak dekat hahahaha. Macam mimpi je dah habis SPM tapi itulah realiti yang harus aku terima ewah. Birthday aku pun dah lepas, macam cepat sangat pulak aku umur 18 ni heheh. 

Aku sekarang duk rumah je. Takda buat apa-apa. Kerja-kerja rumah tu lain cerita pulak. Jangan pulak ko assume aku ni malas haha noo. *hiccup* Okay aku cakap betul ni k ko kena percaya. Aku dah start rasa lifeless gila. Why? Driving license pun belum apply. Tak ambik kerja part-time pun. PLKN pun aku tak kena. Keluar rumah? Jenjalan or hang out bersama rakan-rakan anda? Heck no. Distance aku dengan member aku sampai beribu-ribu batu okay. *hiccup* okay tak la sampai beribu-ribu, ratusan je kot. Nak keluar jalan-jalan pun mana ada transport. Eomma sama appa gunain untuk kerja dong. But takpa. Aku terima keadaan ini dengan redha ewah. Sebosan mana ko kat rumah, terima je lah. Buat la aktiviti macam.. tengok movie ke, masak resepi baru ke, buat kelas vocal ke, menari ala tarian kpop ke, bersenam kasi sihat tubuh badan ke, tidur ke, buat konsert ke. Ter se ghah ko la. Asal bahagia.


Macam takda makna je entry aku kali ni. Well this is just a comeback, kununnya. Ko ingat ko retis kpop nak comeback bagai. Followers pun tak sampai seratus, siapa la nak baca kan? Takpe, aku mengaku aku jarang aktif. Ohya, aku buat perubahan sikit dekat blog ni. Disebabkan dah berkurun lamanya aku tak mendalami coding ni, aku sekarang dah lupa sobs sedih guwa. Harap ingat balik ah nanti.

Nampaknya itu saja kali ini. Babai.




Wednesday, May 14, 2014

Comeback Again

Assalamualaikum everybody.
Blog dah tak aktif. Serious, memang setahun sekali je aku bukak blog ni haa ibaratnya. Kali terakhir dok update pun bulan September tahun lepas. Sekarang aku dah masuk form 5, bila lagi aku nak maju? Aku pun tak tahu bilakah akan tiba waktu dan saatnya. Eceh ayat kemain. Within the time aku senyap, everything keeps changing. Kehidupan waktu form 5 ni lebih stress daripada yang aku expect. All of the teachers give us a very high expectation. You will feel like you're going to cry out loud and screaming as much as you want. Trust me, it's not just a hyperbola. It's a fact.

So this night (?), ni je la aku nak cakap. I will work more on my blog after this. Simple update from me, annyeong.

Sunday, September 22, 2013

Random: Quotes, life inspiring


Assalamualaikum.

Today I will gonna talk about some random quotes. Lately, aku banyak kumpul quotes. Ceritanya bermula cenggini; aku ada sorang member ni. She's Japanese freak. But as she told me, she's not really an otaku. Note that. Dia kengkadang layan vocaloid, dulu memang tiap-tiap hari layan ah. And lately dia memang suka fangirling over BigBang. So there's new V.I.P here! Hahaha. Continue- Dia ni jenis yang memang suka merangka cerita. Merangka storyline. Mencipta perwatakan dalam sesebuah watak. Dia banyak ambil inspirasi through manga and anime yang dia dah tengok. So dia banyak cerita dengan aku idea yang dia dapat dalam proses untuk menghasilkan sesebuah cerita tu. Yupe, dia memang suka mencipta idea sesebuah cerita but unfortunately, dia tak buat fanfiction. And then kan, dia ada cipta satu OC ni (Own Character). OC dia ni Japanese Girl. Tapi watak OC dia tu aku belum pasti lagi. 

Plus, dulu aku pernah suruh dia lukis anime guy untuk aku. YEAP, LUKISAN DIA OMG GILAA CANTIK OKAYYY. Boleh jatuh cinta tengok lukisan dia. Then, she told me, apa kata kalau lelaki tu jadi OC aku. Then dia suggest so that OC lelaki aku tu adalah KOREAN. So dia try nak buat cerita JapaneseGirlXKoreanGuy. //okay yang ni aku suddenly teringat dengan WGM - HongKi and Mina. Aku memang nampak kesungguhan dia. Obviously. So then I told her;
Wehh, macam mana kalau kita buat fanfiction je. Nanti aku bukak account AsianFanFiction. Kalau kau nak ahh

Then lepas tu dia ON je lah. Started from that moment, aku dah makin suka kumpul quotes untuk mendapat inspirasi dan feels memandangkan fanfiction ciptaan kitorang berdua ni adalah romance. And yeap, memang ada genre lain tapi belum pasti lagi lah macam mana. Lagipun sekarang ni tengah cari idea ja sebenarnya. Plan nak buat sepenuhnya lepas exam akhir tahun nanti. Okay. Sekian.

Oh, panjang gilaa muqadimah aku. Belum pernah lagi dalam hidup aku, aku dapat buat muqadimah yang panjang berjelaa macam ni. Okay if we talk about quotes, confirm ahh most of them berunsur romance. Tapi sebenarnya aku pun suka jugak quotes jenis humorous. Yang funny. Yang deep meaning. Yang motivate each other. Life. Untuk menghasilkan sesebuah cerita yang dae to the bak, kadang-kadang kita pun kena tengok dari sudut pandangan orang lain jugak. Kalau boleh, jangan terlalu cliche. Nanti orang cepat bosan, seriously. Trust me. Haha.

Semalam aku ada post benda ni dekat facebook;
Credit to owner. This quote is not mine.
Quotes cenggini boleh buat jadi life inspired tau. Tak semestinya orang yang perfect package- Ada rupa ada segalanya- dapat segalanyaa. NO. Tak semestinya. Apa-apapun, jangan takut untuk jatuh cinta dengan diri sendiri ewahh. Even member aku sendiri cakap, quote ni ada deep meaning. Well, she's right.

Kalau nak cari quotes.. dekat tumblr memang berjuta-juta quotes kau boleh jumpa.
“You gain strength, courage and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You are able to say to yourself, ‘I have lived through this horror. I can take the next thing that comes along.’ You must do the thing you think you cannot do.”-
Perkara yang paling best sekali bila kita baca quote yang datangnya daripada sesebuah cerita;
“In love, timing is everything. If you can’t convey your feelings at that crucial moment, even fate will pass you by.”~ BGI

Okay. Memang ada feels. Yupe, aku memang suka benda-benda yang boleh buat aku rasa macam.. lain. Aku dah berapa kali dah tengok movie Crazy Little Thing Called Love- Thai muvie tuh. And you know what, I EVEN CAN FEEL THE PAIN. Aku kurang pasti feels tu datang dari mana tapi seriously aku dapat rasa love hurt tu. Bila P-Shone dalam diam suka dekat P-Nam. He wasn't able to confess his feeling towards P-Nam. And that was really really sad. Yup, spoiler alert. Bagi sesiapa belum tengok movie tu. Sorry. HAHA. P-Nam mati-mati ingat yang perasaan dia dekat Shone tu ibarat 'bertepuk sebelah tangan' je. Unrequited love bak kata orang putih. HAHAHA well that's my opinion. Tak tahu lah orang lain macam mana.

Aku taktahu apa sebenarnya tujuan utama aku buat entry ni. Oh ya, sebelum tuh. Aku ni kan one of the exostans/exotics - EHEM hahaha. Then I found this quote on FB for past few days;
This is freakin true, mannn. I wonder, kalau member exotic aku ada baca benda ni. Kalau diorang ade baca conferm akan touched. HAHA. Ohya, exam taklama lagi. Esok paper 3 HISTORY. I need to prepare something. Banyak queue ni! No way. Okay. Lepas habis exam, okay?

Jyaa ne.

Friday, August 2, 2013

[RANDOM] Balik raya

Assalamualaikum and hye there.

Hai hai and hai. Petang ni aku balik and yet aku belum packing lagi. Seriously aku tak sabar nak balik. Aku masih sabar nak raya but yang tak sabar nya aku nak jumpa family aku. This evening flight aku pukul 4, from Kuching to Sibu. I hope semua berjalan dengan lancar. Kalau ikut plan, esok dari sibu nak pergi ke Bintulu. Sebab? Nak hantar cousin aku pergi bintulu. Dia nak temankan abang aku balik kampung nanti /dalat/. HAHA, abang aku perlukan seorang teman sebab dia lama gila study dekat U.S, kalau first time kerja kat bintulu confirm tak tahu macam mana jalan nak balik guna kereta. Lagipun dia berangkat pergi bintulu pun guna flight hari tu lol. Untungla, tahniah bro sebab dah dapat kerja.
Unexpected text messages are always nice. The fact that the person took a little bit of their time to make you smile.
Kalau nak cakap dah prepare penuh untuk raya nanti tak jugak la. Sebenarnya banyak lagi benda lain belum dibeli, but nevermind. Aku malas lagi nak fikir fikir benda tu semua. Asalkan dah ada baju raya, jadi la. Satu masalah dekat sini, aku belum beli lagi tudung untuk baju aku yang warna dia turqoise. Aigoo, takpa la. Tengok la nanti macam mana. Urgh. Untuk balik petang ni belum packing lagi. Perasan tak aku ulang ayat yang sama /belum packing lagi/ okay now that's the third time. Kejap lagi lahh wkakaka.

EXO dah released GROWL MV 2 hari yang lepas. Satu benda ja yang aku nak cakap. DAE TO THE BAK! Semua handsome. Takde pengecualian. Lagu exo semua best. OMG THANKS SM LOVE U :*

Jyaa ne.

Friday, July 26, 2013

Six senses

Assalamualaikum


Ahaha comel je dieorang ni lol. Uri husbando (Y). Fuh. Lama dah aku tak bercoding, berphotoshop, ber paintool sai, and ber macam-macam lagi lah. Ini semua gara-gara laptop aku yang satu lagi tuh. *Indon accent* Terkena virus- Sakit hati aku. Slow nak mampus, sapa yang tak sakit hati kan? *Calm down nina calm down* *Sigh*

Aku aktif gila dengan twitter sekarang ni. Semua benda aku tweet wakakaka. Tak kisah la benda penting or tak penting, memang aku akan tweet. So, sekarang ni aku tak nak cakap banyak. I have no idea at all nak post pasal apa. Tajuk pun rekaan semata-mata dan tak da kena mengena langsung dengan entry aku ni. Entry? Aku tak rasa ni entry pun. Buang masa orang lain je baca kan. Mianhamnida omomomo tsk. Bukan apa. Aku tengah frust pasal satu benda ni.

What can I say is;
A mixture of emotion and expression
I'm clueless. Let me be the only one to keep this secret. I will lock myself to keep that secret, and yes, I will throw the key far far away from my life, so that the secret will be locked inside me, FOREVER. And NO ONE WILL BE ABLE TO OPEN IT, even once.

Aku tak tahu apa yang aku cuba nak sampaikan. Maybe aku perlu waktu nak buat semua benda. But yeah, the reality is, WAKTU SENTIASA TIDAK AKAN MENCUKUPI, kalau kita tak reti cara nak manage waktu dengan betul. Aku lack sangat dalam benda ni. As the result, aku memang tak reti nak bahagikan masa dengan betul, omo. Jinja.

Jyaaaa


Tuesday, June 18, 2013

3 months and i think it was even more than that

Assalamualaikum.

Lama. Memang aku rasa dah lama sangat aku tak menghupdate blog ni. Semua janji-janji manis yang menyatakan 'okay aku akan selalu update blog lepas nih' hanyalah satu perkara yang takdapat aku tunaikan. Ewah, bajet pandai guna ayat-ayat berbunga. Kenyataannya tak pun. HAHA. Aku takdapat nak express my feeling betapa aku rinduuunya nak berbloging. Aku rasa semenjak aku form 4 nih. Makin malas aku jadinya. Alahai. Apoo nak jodiii lah kalau dah banyak sangat benda-benda sekeliling yang boleh buat aku lalai ni. Moo ii ne. Gambatte kudasai Nina-chan! Kihkih

Last 2 weeks aku baru balik dari Los Angeles, Cal. It was such full of enjoyment! Mula-mula memang tak sangka dapat menjejakkan kaki kesana. But Alhamdulillah, ada rezeki. The main purpose nak pergi sana sebenarnya nak attend abang aku punya Commencement Ceremony. Congratulation to my uri oppa. You're such a genius, man! Kalau aku boleh jadi macam kau, leganyaa. Tapi tahap kemalasan dalam diri aku ni sangatlah tinggi wehhh. Bye bye je nak sekolah oversea kalau study macam so-so je. Haha.

Nature dekat sana sangatlah cantik, SubhanAllah! Nature air terjun/gunung-ganang/etc dekat sana memang cantik. Betapa indahnya perasaan tu kalau berpeluang menyaksikan alam ciptaan Allah. Rasa macam taknak balik je. Seriously, cantik. Sampai aku takdapat nak express to words tentang pendapat aku bila tengok God's creature ni. Yeppojiiiiiiiiii! Next entry maybe aku akan upload gambar. Actually banyak sangat gambar, nanti aku edit-editkan and mampat-mampatkan dalam satu collage. Wait and see. Maybe akan ambik masa yang agak lama sikit but sure kalau aku rajin, yes. Aku akan buat collage tu immediately.

P/s: Aku tengah gila tengok cerita Jepun sekarang nih. OMG. Addicted betul. Ni semua Chan punya pasal lah ni. Aku maybe dah terpengaruh dengan dia. She's really an otaku. Hountouni!

Jyaa ne.

Tuesday, March 26, 2013

i need a decision lol

Assalamu'alaikum. Aku baru habis blogwalking hoho banyaaknya blog cuteee! Jealous pulak aku tengok  depa heheh seriously diorang semua kreatif. Tak macam aku hoho //kicked. Dulu aku pernah cakap nak belajar html/css kan? Hoho, buat masa terdekat ni maybe tak. Aku rasa... hujung tahun nanti kot? InsyaAllah, kalau aku betul-betul ikut plan maybe semua benda yang aku nak belajar akan menjadi hehe. Bosan jugak jadinya kalau setiap masa harus depending dengan template yang kadang-kadang agak menyakitkan hati aku ceh hyperbola aku ni ._. Hurm, pendek kata, aku nak cuba design blog aku sendiri heheh

Memandangkan aku dah tahu nak buat apa sekarang ni, aku rasa aku nak join GA. Tapi, ada benda yang menjadi satu masalah dekat sini. And the problem is aku malas. Alasan yang sangat tak bermunasabah di dunia. Aku tahu haha //slapped. Seriously dalam hati aku //ceh memang ada niat nak join GA. Tak kisah lah mana-mana GA sekalipun, asal hadiah dia menarik and boleh jadi benda yang buat aku happy ceeeeeh gituu

Nanti aku nak edit bahagian links and about. Belum lengkap lagi part navigation tu sebenarnya *sigh* Bila aku nak atur pun aku tak sure lagi.

P/s: Tadi aku tengok movie Journey to the West. Overall memang best and a little bit 'seram' tapi movie tu tak sampai sejam pun. Tu yang buat aku tak puas hati sebenarnya sobss T.T I need moreee. 

Jyaa ne.

Monday, March 25, 2013

edits or mangacaps

This is my husbando, Sasuke-kun. Dia comel okay askfhjalsdjghlsaghlashjlgkjsglja even though dengan ular sekali hahah keh whatever he is mine
Assalamualaikum. Musim cuti sekarang ni aku ambik kesempatan nak buat edits/mangacaps. Hahaha masa mak and bapak aku keluar kerja, takda benda nak buat dekat rumah soo ni je lah aku buat keke. Aku takda lah setiap masa buat benda alah ni. Banyak lagi kerja lain yang perlu aku buat. Macam... homework? Keh. As if aku buat. Okay aku akan buat but not now. Teruknya akuu sampai bertangguh buat hohoho. AMARAN KERAS: JANGAN IKUT PERANGAI MALAS AKU OKAY

Mangacap atas tu actually belum habis edit lagi omggg seriously aku tak reti sangat dengan benda alah ni (art) tapi aku sukaa aku sukaa and aku suka. Kalau sekolah aku ada subjek art untuk spm, sure aku akan ambikk but unfortunately, subjek seni akan bertembung dengan subjek pqs (kalau diikutkan jadual SPM nanti) Kalau tak silap aku la. Sobs. Redha je lah. Aku terimaa. Art boleh dipelajari bila-bila masaaa. Betul tak? Yeaaa

Aku dah save beberapa mangacaps dalam folder baru aku hohohoohoho leceh. Seriously leceh. Aku sharpen and tukarkan jadi image hitam putih guna photoscape. Lepas tu baru save. Lepas save tu, terus edit guna ps. Ahh, maybe ada lagi cara yang paling senang and aku tak tahu macam mana. Lantak situ.

Wohhooo aku tukar header lagi. Simple je. Yang lama tu macam tak mengena je dengan warna so aku tukar. Jalan yang terbaik ceeeeeeh. Oh ya, tadi aku ada edit mangacap Naruto. First time aku guna curve. Yup salah satu cara yang lain untuk buat mangacaps kita jadi high quality adalah dengan menggunakan kaedah curve. (p/s:selain dengan menggunakan kaedah filter>sharpen>sharpen). Erm aku tak tahu macam mana nak explain pasal ni hahaha tapi korang boleh google tutorial macam mana nak guna curve ni. Aku baru try cara ni and aku rasa berhasil ceeeeeh. Ah, ni dia:
Seriously, edits aku belum sempurna sepenuhnya and tak macam orang lain T_T Aku dah banyak kali cuba and cuba. Haha, aku harap lepas banyak practice aku dapat tahu cara macam mana nak edit gambar or mangacaps dengann cara yang lebih baik dari yang sebelumnya. Aku harap cenggitu lah jadinya hehe.

Aku memang ada niat nak blogwalking tapi malas jea rasa. Maybe malam nanti kot? Tengok ah nanti

Jyaa ne.

Sunday, March 24, 2013

hi infiniteu!

Assalamu'alaikum. Oh ya, it's been awhile since the last time I've updated this blog (Almost a week. Maybe more than that?) Memandangkan dah cuti sekolah jadi sekarang aku nak ambil kesempatan yang ada untuk update blog selalu hoho. Actually post ni memang dah beberapa kali aku tangguh. Reason? M.... uhh. Ehem bukan. Sebenarnya.. sebenarnya.. okay. Ada beberapa halangan yang mendatang so baru sekarang ada masa nak update.

Memandangkan sekarang dah cuti sekolah, aku bet ramai orang yang cakap 'omg boringnyaa' and 'homework aku belum sentuh lagi' ahaha well itu memang kebiasaan. Aku sendiri macam tu and entah la bila perangai aku nak berubah. Aku dah puas kena bebelan dan segala-gala nasihat yang ada and yeap okay aku terima. Hurm tutup cerita pasal ni. Hari tu (Khamis, 21Mac 2013) result SPM keluar kan? Aku dengar cerita dekat sekolah aku ada lima orang dapat straight As. Alhamdulillah, walaupun 5 je tapi aku tetap bersyukur. Bangga woo ada senior macam diorang ni haha pandai-pandai belaka. Sekali gus jadi rolemodel untuk budak-budak spm tahun nih and tahun depan. Aku suka tengok cousin aku yang form 5 tu, Farah. Dia dah makin semangat nak belajar and hahaha perkara yang lucunya aku tak abes-abes suruh dia tengok teaser Man In Love- Infinite tuh. Kesian dia ahaha as if you get what I mean.

Wowww I can say that comeback Infinite kali ni awesomee babehhh! New appearance, tak macam lagu diorang before nih. Pendapat aku; Jenis music lagu diorang sama (dari dulu). What I mean is, rentak memang la tak sama tapi 'music' yang diorang guna tu. Erk, seriously, aku tak tahu macam mana nak describe opinion aku ni dalam bentuk satu ayat. Kadang-kadang aku pernah terfikir yang lagu Teentop jauh lebih best dari Infinite tapi memang takdapat nak nafi yang Infinite memang daebak serius sampai aku jatuh cinta dekat L okayy  argh ehem ignore //slapped.
Aku dah start balik tengok korean drama. Drama dekat chanel One sekarang nih, That Winter, the Wind Blows. Okay I bet memang ramai yang dah tahu. Aku mulanya takda niat nak tengok cerita ni pun hoho lepas dengar synopsis pendek dari si Farah yang comel, baru aku rasa ada force of attraction mengenai cerita tu then terus aku tengok petang semalam hahah. Serious sweet. Sedih gak ah. Mesti lah sedih, it's a melodrama story mannnnn it's really worth watching! Ramai member aku taklayan cerita sedih macam ni. I don't know why.

Gonna update new entry soon! Aku sure kali ni aku akan selalu update. Okeh

Jyaa ne.

Tuesday, March 12, 2013

Mmmmaddddneesss

Assalamualaikum and hai. Sekarang aku nak cepat. Haha, bukannya hapee, dari tadi asyik online je and seriously belum study untuk test PSK esok. Hati aku ni tiba-tiba terdetik nak update. Haha, ramai gilaa orang cakap tak penting tapi bagi aku memang penting ah jugak. Kalau sivik tak dapat A, haha you know what I mean. I have no intention to mention about it here.

Time sekolah tadi seriously aku jadi pendengar setia je. Dua orang member aku ada-ada je cerita funny+weirdo+cute stories waktu zaman kecik dieorang. Aku jeles, sebab aku tak tahu sama ada aku ingat atau tak kisah waktu kecik aku hahaha. Be a listener, that's what I did it this morning. Nasib baek funny HAHAHA.

Aku nak salin lyrics. Kerja aku dekat sekolah sekarang ni menyanyi je OMG hahaha aku memang sepatutnya STUDYING not SINGING. Result test? Ehem. *caugh*
Waa~ Excited. Esok pergi lawatan ke Damai Beach Resort. Untung gak jadi ahli PPIM Pakej 3 sekolah aku ni huahuahua. I admit, memang cikgu pakej kiteorang agak tegas but nice and fun. Seriously.
Ohya, tomorrow is my friend's birthday. Mai-Chama. Happy becoming birthday my friend! May Allah bless you. You'll be my bff till forever. InsyaAllah.

Jyaa.

Saturday, March 9, 2013

Test #1

Oh hai! Assalamualaikum. Untuk bulan March ni aku belum update apa-apapun sebenarnya, haha. No one yang kisah pun sebenarnya. Korang ada test tak? Maksud aku, lebih kurang macam ujian awal tahun ah. Mesti ada kan lolll ahaha. Actually minggu ni aku ada test. Ni kali pertama experience ujian form4 (well walaupun tak ikut format) but aku taknak berharap sangat lah dengan result test tu nanti. Hahaha, as if you get what I mean. Aku tak rajin macam student lain kayy

Since hujung bulan lepas aku memang sengaja private-kan blog aku ni hoho. Kempunan nak edit blog sebenarnya lol and nahhh ni lah hasilnya walaupun tak seberapa. Aku selalu sangat terfikir, aku nak buat semuaaa benda. Yep, apa yang aku cuba nak sampaikan dekat sini adalah aku nak belajar semua benda art art macam photoshop, poster, gif, edits, and codding. Ahh, molla. Mampu ke aku nak buat semua tu? Kalau nak ikutkan perangai aku //malas memang tak menjadi arh. But at the other side, semangat aku nak belajar tu memang ada. Hahaha. Aku pun tak pasti macam mana sebenarnya.

Nanti aku nak atur bahagian about, links and credit section. Belum complete lagi sebenarnya, walaupun nampak macam complete. Tadi aku blogwalking. Ahhh seriously, banyak gilaa blog yang awesome! Aku ni kalau aku dah suka aku follow je. Aku tak kisah pun dieorang nak follow blog aku balik or tak. Yep aku memang tak kisah sebab aku taknak dilabel sebagai attention seeker. Kalau dieorang follow balik pun, aku memang sangat menghargai dieorang. Thanksss anywayyy //throw loves. Aku ni still dalam golongan newbie kot? Seriously, follower belum ramai lagi. Bahananya kalau malas nak blogwalking and update blog. Hahaha.
Aku ada scandal baru. Ehem! Yoshida Haru. Apa yang penting, aku taknak kawan aku tahu. Kalau dia tahu habisss aku dilabel and dicop sebagai orang yang tak setia. HAHA org dah sedia maklum aku ni Sasuke's waifu. Omgg seriously, melampau sangat ke *fangirling mode* aku ni? HAHAHA lol
 Esok exam Biology. Boleh tak aku ponteng? HAHAHAHAHA ada hati nak escape. Jangan harap.

Jyaa.

Tuesday, February 12, 2013

Melukis + Html/css


Assalamualaikum. Cute tak Lee dekat gambar atas tu? In my opinion, he's being too cute, haha. Boleh pulak kawan aku cakap tak cute eh kau ni Chan, Lee tu cute apaa ._. Cuti seminggu, aku tak tahu nak buat apa. Homeworks? Kalau aku rajin ya memang aku akan buat. HAHA -.-' Nak baca novel, malas pulak. Novel yang aku baca hari tu pun aku belum habis baca lagi. Alahai. Malas gilaa aku ni. 

Sebenarnya aku nak isi leisure time aku dengan aktiviti yang boleh memberi manfaat or memberi kepuasan mental dan fizikal aku. Haha, macam mana? Setelah puas aku fikir macam mana, and bila waktu yang perlu ada untuk buat semua aktiviti tu, aku rasa lah kan, in my opinion, aku nak belajar html/css and melukis. Bercakap mengenai belajar HTML/CSS tu, basic mesti dipelajari dulu lah weh. Kalau tengok dari sudut luaran, memang agak susah jugak nak belajar html ni. Sebab tu perlu dicampur segala kesabaran, ketelitian, dan kesungguhan nak belajar. Yupe, aku akan jadi lebih rajin nak belajar sesuatu tu kalau aku MINAT. Aku harap aku dapat belajar sampai habis chapter tu nanti ._. Kadang-kadang aku kena ingatkan diri aku jugak, sebab penyakit malas aku ni bila-bila masa je boleh menyerang ._. Ohmyy

Belajar melukis? Like seriously? XD

Okay, secondly, nak melukis. Tbh, sebenarnya ada kisah di sebalik kenapa aku nak belajar melukis ni. Tapi tak penting pun, and aku rasa tak payah tulis kat sini kan? Ermm, aaa, bukan tak penting. I'm just, well, I.. HAHA, seperti dah sedia maklum aku malas nak type-type panjang ni. Kecuali time aku rajin ._.  Okay. For beginners, takkan terus nak melukis cantik-cantik kan? HAHA, same situation goes to me. Actually melukis ni, hari tu dah aku belajar. Mula-mula aku belajar buat yang 'chibi version'. HAHA harap maaf. Melukis yang aku maksudkan sebenarnya adalah melukis anime/manga character, memandangkan aku memang minat gila dengan anime/manga stuff ni. Ni semua Chama punya pasal lah ni. Dari last year dah aku mula minat gila-gila dengan anime stuff ni. Setelah mendalami dunia anime/manga ni, aku rasa seronok jugak. Dan obviously aku sangat 'krek' dengan Sasuke sekarang ni. Abang dia jugak, iaitu Itachi. HAHA, tak dapat nak dielak lagi. Well, melukis chibi version ni pun ada teknik-teknik yang tertentu, terutama nak lukis bentuk muka. Tbh, aku sangat lah failed bab-bab membentuk muka ni. Tapi aku percaya dengan quote 'practice make perfect'. Tak gitu?

Nothing much I can say about this, sebab aku memang belum pro lagi dalam benda yang aku nak belajar ni. Boleh dikatakan sebagai beginners jugak lah. Lagi banyak lagi benda yang aku nak belajar, terutama pasal photoshop and macam mana nak edit GIF. Hurm, it seems that i have too many things to learn eh? Takpa, sebab macam apa yang aku cakap tadi, aku akan betul-betul belajar sesuatu benda tu kalau aku MINAT. Tak salah kan? ._. Hehe, bunyi pun agak memenatkan, tapi aku akan buat sampai yang aku mampu je.

Actually semalam nak outing dengan member. Tapi tak jadi pulak, sebab ada sorang member ni tak dapat. Aku sendiri pun entah dapat ke tak semalam sebab mak aku baru balik hari ni. Nak outing hari ni, tapi member aku yang lain tu pulak ada tuition. Esok pun ._. And tak tahu ah bila lagi nak decide ni. Macam takda kata putus je, so aku ikut je lah plan dieorang ._. Tengoh ah nanti macam mana, sebab kiteorang plan nak outing ni dari last week dah ._. Eh, last week ke, aku pun dah lupa ._. Plus kedai-kedai banyak tak bukak, sebab sambut Chinese New Year. So, when is the actual date? Well, aku sendiri pun tak tahu. Let the time decides. Enough said.

Jyaa.

Friday, February 8, 2013

come back again T.T


Assalamualaikum. 

Setelah sekian lamaaanya aku menyepi tanpa kata-kata dan akhirnya activate balik pun blog berhabuk aku ni. Seriously, banyak sangat benda yang berlaku dalam tempoh hujung tahun lepas sampai lah bulan January. Tumblr kesayangan aku tu pun aku terpaksa hiatus-kan, plus sedih jugak aku ade kawan tumblr yang tunggu message dia bagi yang aku tak balas-balas lagi. Hari tu aku ade balas and cakap sorry and aku rindu dia soo much and blablabla, entahlah dilivered ke tak aku pun taktahu. Malas lagi aku nak peduli, sebab sekarang aku boleh dikatakan merajuk dengan dia tu hahaha lol takde maknanya pun kan ._. Sekarang aku hardcore fan dengan Sasuke. HAHA bukan hardcore, tapi minat tahap yang melampau. Sasuke tu suami aku okay puihhh hahaha. Biarlah aku berkhayal di awang-awangan, bayangkan Sasuke tu ade dengan aku hahaha lol ._. Tu lah yang aku cakap, memang minat tahap melampau, coz kadang-kadang memang aku tak dapat control mode fangirling aku tu. But takde lah sampai stress tension bagai tu, Nauzubillah.

Actually aku tak jadi pindah Mukah ._. Stay balik dekat Kuching ._. Aku sayang gilaa dengan sekolah aku tu. Aku ambik aliran Sains Agama, ye lah. Kan sekolah agama lol aku ni ._.  Aku nak study tapi aku malas, and yang menjadi satu masalah adalah aku ni MALAS ._. But still, aku nak study. Kali ni aku nak buat parent aku happy, tu je. Aku just berharap yang aku dapat lakukan semua tu. Aku tahu sebagai anak memang banyak dosa (sama ada sedar ataupun tak sedar) dekat mak bapak aku. Jadi sebab tu aku selalu sangat berdoa. Ya Allah ;_; 

Ohya, aku hias blog aku ni walaupun tak cantik mana pun. Simple je, asal mata aku selesa tengok and tak serabut. Credit section dengan links belom buat lagi so tunggu nanti lah kalau ada masa nanti aku buat. Semenjak jadi Form4 ni aku rasa aku makin takda banyak masa. Seriously, dalam masa yang sama aku tak lah rajin sangat nak buat semua benda tu. Novel yang aku baca tu pun belum habis lagi, walaupun tinggal beberapa muka surat lagi nak dihabiskan alahai. 
" LOST IN LOVE "
Aku dengan dua orang kawan aku ada group baru iaitu u.c.p merangkap sebagai Uca-Chan Production kalau tak silap aku. Lawak gilaa sejarah penubuhan group ni sampai aku pun tak tahu nak cakap macam mana HAHAHA. Kerja kiteorang melukis anime je sebenarnya. Ada sketch book khas untuk kiteorang lukis keh keh keh. Lepas aku scan, nanti ah aku post. Aku harap aku rajin buat benda yang aku suka. HAHA.

Ada banyaak lagi kerja lain yang kena buat. Ahh

Jyaa.

Wednesday, November 28, 2012

Move

Assalamualaikum.

Gambar atas tu merupakan gif pertama yang aku buat lol. Ramai sangat dah orang pandai buat gif. Aku je orang yang paling lambat buat. Tapi size gif ni agak besar jugak. Banyak sangat frame and aku letak jpeg quality besar sangat pft takpa. Haha yep aku ada simpan cerita Brave. Thanks to my couzi. Dia rajin sangat nak download macam-macam movies.

Lama sangat dah aku tak update blog aku ni sebab pindah. Dari Kuching ke Mukah. Dekat Kuching ade internet connection.. Dekat Mukah ni ada jugak tapi slow lah. Takpa asal ada daripada takdak langsung kan. Aku rindu arr nak berbloging eh serious ni ;_; Belakangan ni banyak spent time bukak tumblr. Obses dah aku dengan blog fandom aku tu. Tapi aku takkan lupakan blog kesayangan aku ni haha.

Merdeka Plaza dah bukak hari ni. First day open. Aku takda kat Kuching sekarang nih nanti je aku pergi pft. Next month pergi Kuching.. okay lah tu. Tak sabar nak pergi.. Ada cousin aku sekali pulak tu. HAHA.
"I noticed your beautiful red hair"- Minato
Ohya hari tu kawan aku ada request aku buat poster FF. HAHA ye aku ada buat tapi aku macam tak puas hati je.. Entah la! Sebab aku main taruk je seasoning time nak buat poster tu haha. Ni dia:
Lol haha. Aku nak cuba buat satu lagi.. Mesti. Paling susah time nak letak gambar character. Character perempuan senang nak letak.. Kalau Baekhyun tu lah susah sikit. Aku dah carik dekat tumblr tp yang aku tak jumpa pun gambar dia yang sesuai pft. Banyak sangat gambar dekat stage.. Kalau gambar macam tu mana sesuai nak letak dekat poster ff kan. URGH okay aku akan fikirkan macam mana nak buat poster yang ke-2. Sebab aku rasa tak puas hati dengan yang first ni. Aku ni bukannya berseni sangat pun. SERIOUS memang bukan tangan and otak yang berseni. Tapi aku suka melukis.. HEHE.
Aku rindu dengan someone. Ehem. HAHA
Jyaa ne.

Monday, November 19, 2012

Create the new one | Brave

Assalamualaikum.

Wow berapa hari dah aku tak update blog ni. Nak update semalam tapi tak jadi pulak puih. Adeee je halangannya. Semalam aku tak keluar rumah pun. Boredom really kills me. Takkan aku nak mengadap laptop je kan dan petang semalam pun hari gelap. Sebagai konklusi, semalam memang bosan nak mampus. Like seriously. Apa yang aku suka time mengadap laptop ni pun dapat tengok movie and design blog je. Yang  lain.. erm.. kadang-kadang okay kadang-kadang tak okay. Ahhh molla molla ;_; Aku nak keluar jalan-jalan.. aku nak tengok wayang lol atleast ade jugak aktiviti luar.

Semalam aku buat tumblr baru, khas untuk kpop and personal (aku rasa lah) haha. Sebab aku rasa memang tak boleh campur. Kalau campur nanti followers lari. Orang akan unfollow kita kalau kita post benda yang depa tak suka hahaha. So aku decide create the new one, memandangkan aku ni minat dengan dua benda, Kpop and Anime/Manga. Bunyi macam tamak je lol peduli apa kalau aku suka, aku sukalah. Aku minat, minatlah. Jangan pulak bash sesuatu yang aku minat tu okay.
OMG aku lapar. Nak makannnn T_T
Tadi aku tengok cerita Brave. Aku tak tahulah sama ada aku lambat or tak tengok movie tu. Walau apa-apapun aku rasa movie tu best ah. Agak menyentuh hati dan perasaan kita jugaklah sebab movie tu nampak macam real je omg sedih. Aku tabik gila dengan orang buat animation movie ni sebab walaupun hanya kartun animasi 3d tapi memang semua benda nampak macam yang kita tengok dekat real life. Aku rasa theme movie ni mengenai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Yang menarik jugak, takde pun pasal cinta cintun haha tapi okay jugak lah. Kalau nak tahu dengan lebih dalam lagi pasal cerita ni boleh tengok dekat imdb.

Aku cuma nak cerita je sebenarnya, bukan review. HAHA sebab aku tak reti buat review omg seriously ;_; Banyak lagi movie yang aku nak tengok. Bokura Ga Ita:Kohen aku belum habis lagi tengok, macam biasa ade ade je halangannya puiih takpa. Aku pun nak tengok Skyfall haha aku belom tengok lagi okay. Tapi movie tu dah didownload, tinggal tengok je lagi.

Jyaa ne.

Thursday, November 15, 2012

OMG DAEBAK C-CLOWN COMEBACK! :D

Assalamualaikum.

OMG tu je aku tulis hari ni OMG. HAHA. Hai. Anda semua tahu tak? Hari ni C-CLOWN released MV untuk lagu baru dieorang, tajuknya Far Away.. Young Love. Tapi drama version lah. Actually dah tengahari tadi dah aku tengok. Siap download lagi. Kalau tak salah aku, dieorang ade jugak kot release yang dance version nanti. Mesti best punya! Nak tengok muka abang-abang handsome gitu. Eh wait. Abang-abang? Memanglah tapi seorang je jadi dongsaeng aku lol. Aku Jan, dia Sept, therefore, I am Maru's noona lol dah jadi noona dah aku ni.

Apa-apapun memang daebak gila lah Kangjun dalam MV tu. Kadang-kadang melting jugak aku tengok dia ni lol. Tak boleh tak boleh. Aku dah banyak kali curang dan kali ni aku tak mahu curang lagi okay, kesian biases aku yang lain haha okey. First-first, Key (SHINee), lepas tuh Myungsoo (Infinite). Lepas tuh Sehun (EXO-K), and Ray (C-CLOWN). Takpa, mereka semua ni tetap menjadi bias aku sampai bila-bila. Aku dapat setia dengan semua biases aku tau haha.

Oh sorry dari tadi aku cakap pasal MV. Tak pulak aku kasii link videonya grr ha ni diaaaaaa. Enjoy!
Lepas tengok, komen ar. Okay ke tak lagu ni. Bagi aku lagu n mv ni super daebak. Minat tahap gaban dengan lagu ni tauuu.

Okay now stop talking about the MV. Sekarang nak cerita hal lain pulak. Aku dari hari tu berusaha cari cara nak donload Bokura Ga Ita:Zenpen movie. Asyik-asyik tak dapat je. Last-last aku bukak satu blog ni. Blog ni beri link dekat mana nak download. And yeaaaaaaaaaaaaa! Akhirnya aku berhasil dalam mendownload movie tu. Happy gila. Esok maybe part 2(kohen) aku akan download. Just wait and see! Yang first part tu aku dah tengok setengah je. Yang selebihnya beloommm
Eh aku rasa sejak belakangan ni aku macam pelik je time bercakap dengan orang. Entah la aku pun tak tahu apa sebabnya
Jyaa ne.

Monday, November 12, 2012

Alahai

Assalamualaikum.

Hai. Aku sebenarnya tengah bingung sekarang ni macam mana nak hias blog ni. Aku dah boring dah dengan asyik-asyik warna biru je haha siapa tak boring kan hahah okey. Aku ingat nak buat macam ada warna hitam+darkpink+putih je. Aku ada masalah part header tu sebenarnya puihh. Lepas ni aku nak meneroka //ewah macam mana nak design header tu. Eh, aku tak copy header orang ye. Awal aku cakap nih lol.

Okay dah dah. Sekarang ni nak cerita hal lain pulak. Semalam lebih kurang seluruh Kuching yang kene blackout alahai. Eh wait.. Bukan 'lebih kurang'. Tapi memang seluruh bandaraya Kuching blackout fuhh. Memang agak lama jugaklah blackout tu terjadi //sobs. Time blackout tu jadi kan, aku, kakak aku dengan dua orang cousin aku tengah makan-makan dekat Chillipeppers. Nasib baik dah setengah makan kalau tak memang dah keluar dari restoran tu. Restoran tu pun satu. Atleast pakai lah generator ke.. Baru orang dapat makan dengan tenang and selesa. Nama je restoran ._.

Pagi tadi pun ade lagi blackout. Panas, sampai aku bangun dari tidur. Malam tadi kakak aku asyik je membebel, "ni salah sarawak energy ni huh!". Tak habis-habis haha lepas tu aku cakap lah, "kau ni dari tadi asyik salahkan Sarawak Energy je ._. HAHAHA keh. Memang perangai dia macam tu lol aku harap dia tak baca statement ni. Kalau tak habis aku kena marah. Aku gurau je lah XD

Ohya, dua hari yang lepas aku ada buat poster. Poster FF. HAHAHA aku buat poster je. Aku tak buat FF pun lol hahahaha melebih pulak aku ni kan. Buat poster ff tapi tak buat ff. Takpe, saje je menge-test bidang art aku haha poyo. Ni dia

HAHAHA keh aku rasa biasa je design dia. Semua orang boleh buat kot. Aku je mengada nak buat hahah there you go again Nina ._. Snow Prince tajuk nye alahai macam mana aku dapat tajuk tu aku pun tak tahu. Gambar Luhan Exo-M pulak jadi mangsa. Dia cute okay. Serious dia cute. Tapi sayang, Luhan tak masuk dalam senarai bias aku heheh. Bias aku mestilah Sehun, bestfriend dia aww. Comel gila.
Maybe you've met the right person, but you're just not ready to fall in love.
Jyaa ne.

Saturday, November 10, 2012

English ._.


Assalamualaikum.

Tajuk aku tu bukan bermaksud yang aku ni akan tulis entry dalam Bahasa Inggeris ye. Awal-awal aku cakap. Mimpi je nak buat entry dalam English, grammar pun entah okay ke tak entah ._. HAHA. Bukan nak cakap aku ni tak pandai speaking, lol no HAHA. Cuma aku tak lancar. Kalau aku buat sesuatu ayat tu aku sangat mementingkan grammar. So last-last kalau rasa dah kurang yakin, tak dapat pulak nak cakap English betul-betul. Ada faham? Aku ni teruk lah bab-bab explain nih lol sorry okay.

Dekat twitter aku memang banyakkkk tweet pasal speak in English hahaha. Aku buat macam tu so kira macam nak improve English aku lah. Boleh dikira macam tu lah maksudnya ye. Sekarang ni, aku selalu cari cara macam mana nak improve English aku. SERIOUSLY macam-macam dah. Seperti sudah sedia maklum, kalau aku cakap English tuh mesti aku fikir lagi pasal grammarnya HAHA kan? Walaupun orang tak kesah macam 'OH sorry for my broken english blablabla' haha tapi aku rasa aku tetap dengan style aku. Aku kengkadang je tak peduli yang ada mistake dalam sentence aku HAHA okeh

TERLIUR -.-'

EH by the way kek coklat tu nampak sedap gilaaa omgomgomg aku nak makan kekcoklat tuh ;_;

Menyimpang kejap haha. Okay berbalik kepada topik kita ye ladies and gentleman. Ehem. Abang and kakak aku memang pandai cakap English. Sangat beruntung jadi mereka berdua tuh ._. Gap umur aku dengan kakak and abang aku boleh tahan jauh jugak lah. Aku dengan kakak sulung aku beza 9 tahun. Dengan abang aku pulak 6 tahun. Jauh gilaa kan ._. (Bagi aku lah xD)

Apa-apapun aku harap sangat yang aku dapat improve English aku. Kalau siapa-siapa yang tengok atau bukak link 'About' dekat navigation aku tuh, mesti perasan yang aku tulis pasal aku dalam English. HAHA awkward lah sebab sejujurnya English aku tak lah bagus sangatttt >< Ahh satu lagi. Kan sekarang nih aku ada tumblr, so I need to speak in English with them, no matter what. Lantak lah kan. Janji speaking. Kan kan kan? HEHEHEHEHE.

Okaylah. Ada tengok Anugerah Skrin tak malam tadi? Ahh aku rasa memang confirm ramai yang tengok. Boleh tahan lawak jugak wokk. Tapi walau macam manapun tetap jugak ade kelemahannya :) Aku paling suka part Zizan. Die cakap dekat Akasha tu (time dia nak angkat Fouziah Gous), "Ahh angkatlah, aku ada air sembahyang" Lol agak senstitif dan berbaur sindiran jugak bunyinya hahaha macam-macam.
Aku rasa aku nak edit lagi blog ni kot? HAHA entah lah. Pening jugak kepala aku menghadap code tu je. Tengok lah nanti macam mana.
Jyaa ne.



Thursday, November 8, 2012

Cannot wait aaaaaaah :D

Barom :) Source: Tumblr
Assalamualaikum.

Ehem ehem. Seperti sudah sedia maklum, sejak dua menjak ni aku memang gilakan C-CLOWN nih. HAHAHAHA grup baru kpop. Boleh dikatakan baru jugak lah. Aku mula minat C-CLOWN ni time lagu debut dieorang, SOLO. Lagu depa nih simple je tapi memang best kalau kita dengar betul-betul. Terus jatuh cinta pandang kedua!//slap Ewah.

Aku nak cerita yang c-clown ni akan release MV/lagu baru dieorang, kalau tak silap aku tajuk nya Young Love. Lagu lain ade jugak, tajuknya Cold, Goodnight. Apa-apapun, memang tak sabar ah nak tunggu MV dieorang ni. Tengok teaser pun aku dah memang dapat agak yang lagu baru C-clown ni mesti daebak! Suddenly feel excited about this! HAHAHA

Teaser #1:


Teaser #2:


Teaser #3:


WAHHHHHHHHHHHHHHH! Sampai ada tiga teasers gituuu. Daebak daebak daebak. Walaupun masih ramai lagi orang tak kenal C-CLOWN ni, aku akan tetap sokong dieorang nih! EHEM. Gituu. Terlebih semangat pulak aku ni. Kangjun dah kena pilih jadi watak dalam semua teasers ni ewah. Merangkap sebagai main vocalist, mestilah kan? HAHA. Well actually dia tak termasuk pun dalam list bias aku hahaha kejamnya aku. Ade lah jugak rasa minat kat dia ni. Tapi, biasa je ngehe.

Hari ni nak cakap pasal teaser tu je sebenarnya HAHAHA maaf kalau entry aku kali ni macam buang masa korang je untuk baca. Puih macam ada je orang baca blog macam aku ni ;_; aaaaaa.
I have a really good feeling about this song. Ahh chinca. Sabar ;;_;;
Jyaa ne.

Tuesday, November 6, 2012

Trending | Ray yang comel :3


Assalamualaikum and konichiwa minna-san.

Well, seperti yang semua orang dah tahu, eh wait. Aku tak rasa semua orang tahu haha. Maybe ada sesetengah orang je tahu, pasal nama Amir tu dah jadi trending dekat twitter. Dieorang cakap yang hanya 95' liner sahaja yang tahu haha keh. Well at the first place memang lah aku rasa pelik and macam 'eh, macam mana tiba-tiba nama Amir tu boleh jadi trending pulak?' ahahaa lol.

Hari ni aku tak sekolah pun. Semalam pun. Semangat nak sekolah tu macam tiba-tiba hilang je. HAHAHAHA ye aku tahu aku teruk aaaa mollasoo. Esok aku sekolah. InsyaAllah. Kalau boleh aku nak tolong kawan aku jadi pembantu hakim ketika pertandingan bicara berirama tu nanti. Seriously, aku memang rindu gila saat-saat manis mase Form 2 dulu, terutama ketika latihan bicara berirama hahaha lol. Memang. Tapi agak puas hati jugak lah sebab tak sia-sia usaha kiteorang dulu. Dapat jugak jadi number 1.

Yang tak boleh belahnya group kiteorang terpaksa pulak buat persembahan ketika majlis penutupan. Seriously! Gelabah gilaa masa tu hahaha memang tak dapat lupa ah saat-saat pahit and manis pada ketika itu ewah.

OMG seriously aku tak sabar tunggu comeback dieorang. Sebab muka depa C-clown ni makin comel je aku tengok. EH like seriously memang comel aa
Okay. Orang dalam gambar atas tu Ray namanya. Merupakan salah seorang daripada kumpulan C-CLOWN. Actually c-clown ni baru je debut tahun ni. Bulan berapa entah lah. Time raya dulu kot, dengan lagu yang bertajuk SOLO. Aku rasa daebak jugak lah lagu debut dieorang tuh hahahaha keh. Ray ni one of my biases lol he's cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. TOO CUTE. HAHA. Cuteness overload namanya.

Tak lama lagi budak-budak C-clown ni buat comeback. Gambar atas tu gambar teaser dieorang. Setiap seorang daripada mereka mempunyai teaser gambar yang berbeza lol okay poyoo gila ayat aku ah lantak. Benda yang buat aku tersengih pulak, ada sorang budak dalam C-clown ni, sama umur aku ahaha. Tinggi woo. Nama dia Maru kalau tak silap aku. Kalau nak dibandingkan, aku tua lagi daripada dia haha dia lahir bulan september. Aku pulak Januari lol terasa tua. Eh muda lagi haha..
Okay lah. Nak tengok drama. Maaf buat entry merapu and merepek ni. HAHA just aku sekadar nak update je sebenarnya.
Jyaa ne!