INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Monday, May 7, 2012

Rest kejapp

Assalamualaikum and haii :)




Hah, ni time Minato selamatkan Kushina sebab time tu Kushina kena culik oleh kumpulan ninja Kumogakure, sebab nak menggunakan cakra istimewa yg dimiliki oleh Kushina :) Aku rasa sweet lah part ni. Sebab time ni Kushina jatuh cinta dekat Minato. (Sebab Minato admire Kushina's red hairr, omgg).

Elehhh. Ayat aku atas tu tak boleh nak skema lagi. Lantak ahh situ. Tapi takdapat dinafikan, memang sweet gilaa part nih. Sweet gilaa OMG. Seriously. Maaf kalau aku kuno. Haha. Forever, aku suka part nihh. Pffft

Actually bukannya aku nak cerita pasal Naruto lagi nih. Lainnnn. Haha okayy next. Dalam masa dua minggu nih, aku ada exam. Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, pastu next week lagi, Isnin-Rabu. Perghh lama gak tu heh? Memang tak dapat nak online selalu lah. Lol betul lah tu. Ustazah aku cakap pagi tadi,

Kalau orang lelaki, walaupun dapat belajar LAST MINUTE, dieorang still dapat score exam. Allah telah kurniakan otak yang bagus dekat kaum Adam. Tapi kalau perempuan, memang tak dapat nak belajar last minute. Mesti study dari awal. Itulah bezanya cara study belajar, samada lelaki or perempuan.


Perhatian, ayat ada ubah sikit tapi tak mengubah maksud yang asal :D

Actually aku terasa sikit, ehem, sikit je okayy. Aku selalu belajar last minute, tapi, aku memang betul-betul nak ubah sikap aku yang satu tuh memandangkan aku merupakan salah seorang daripada semua pelajar Form 3 di Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2012. Fuhhhh ayat tak boleh nak panjang lagi. Btw, bukan nak cakap perempuan nih tak da brain yang bagus, ianya memang bagus, cuma otak lelaki lebih lagi bagus. So jangan salah faham sini okay. So, doakan aku so that aku dapat ubah sikap last-minute tu keh? Aaminn :)



Bagi sesiapa yang baca entry nih, doakan untuk exam aku ye T^T Aku akan sentiasa doakan korang cemerlang dalam Exam. ^.^ Semoga kita semua dapat menjawab soalan dengan tenang, Aminn :)



Ppyongg, Jyaa








0 glittering star: