INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Wednesday, May 18, 2011

Nur Kasih The Movie - 19 Mei 2011

Assalamualaikum

Hai semua. 


Kita dah sedia maklum kan, yang Nur Kasih The Movie ni dekat pawagam esok hari (19 Mei 2011). Sekarang ni, aku sengaja post benda ni. Sebab kan, honestly, aku suka gak tengok cerita ni! Semenjak yang bersiri tu.  Haha. Aku rasa nak tengok petang Jumaat -lusa-, (if ada lah). Esok tak dapat kot, coz aku balik sekolah jam 3ptg. Hmm. Yes, memang tak dapat pun.


Seriously, aku nak tengok movie ni. Dapat lah aku rank nanti. Eehehe. Okay let me just straight to the point. (Ceh! Entah ape english aku). Psssttt.


Antara sebab-sebab aku nak tengok movie ni:


1. Jalan Cerita.


Eleh. Mesti dah ade orang yang tahu camne jalan cerita ni. Aku malas nak tulis banyak-banyak. Esok aku sekolah. Kena tidur awal sikit. Trailer a.k.a Review a.k.a Teaser merupakan satu sebab kenapa aku nak tengok movie ni. Tengok dulu! 


Yupe-yupe. Selepas aku tengok lokasi shooting dia, perggh. I hope jalan cerita dia lebih menarik daripada yang sebelum ni, and I hope lahh.


2. Pelakon


Aku tertarik apabila aku tengok Mia Sara Nasuha, budak kecik yang comel gila tu, comel gila tu, comel gilaaaaa tu, ada berlakon! Entah kenapa, aku suka budak-budak cute. Macam nak picit muka! HAHA.

                                                               Mia Sara dan Tiz Zaqyah




Mmmm. Setakat ni saje lah. Tapi belum habis sebenarnya. InshaAllah esok aku sambung entri ni. Mata pun dah layu. Sejak kebelakangan ni, aku liat nak tulis entri. Yahh, ok. BYE BYE and ASSALAM :D

Monday, May 16, 2011

F(x) new single ;D


f(x)_피노키오(Danger)_MUSIC VIDEO ;D ~ best lah jugak!

Girls Generation - Visual Dreams


HAHA. Sengaja aku post benda nihh. Aku suka ni sebab koreografi die senang and simple. ;D

Hari Isnin di Tunaz. Entri jenis Diary.

Assalamualaikum.

Hye! Memang ternganga besar mulut time nak cakap 'hye', seperti gambar Domo Attack di atas. Ceh. Ceh. Nope-nope. Hari ni aku nak story pasal aku dekat sekolah tadi. Siang tadi. Yes, pagi tadi.

First aku datang sekolah tu, memang akhir. Around 6:47pg. Ya, memang akhir. For me, lah. Jadi as usual terus duduk dekat dataran. Sekali aku datang, ada tazkirah and announcement. MPP tu announce yang Ujian Geografi pada pukul 8 lebih tu ditangguh pada pukul 11:30 pg. Lepas aku dengar tu, aku rasa ohhh! I feel like heaven! Hehehe, nope. Just kidding. Yupe, memang ditangguh.

Yang best lagi, kite orang dibenarkan balik selepas solat zohor. Tapi aku tak balik terus. Stay sekejap dekat sekolah sampai pukul tiga. Pergggh, sepanjang tu, aku memang arhhh. Apa nak buat nihh? Hehe. Nasib aku ade kawan, yang balik akhir gak. ekekeee.

Esok kan cuti, HARI WESAK bahh. Jadi kiteorang celebrate Teacher's Day hari lusa (RABU). Student Tunaz perlu pakai baju batik. BUT, masalahnya AKU TAKDA BAJU BATIK RASMI SEKOLAH. NOOO! MIND TO HELP ME?


Yes. Aku amat memerlukan baju batik itu. Harap kawan aku tu dapat tolong aku. Amin amin Ya Rabbal A'lamin!

Ala, aku dah ngantuk ni. Bye! Good night! Awal betul! Haha.. ;D

Saturday, May 14, 2011

Yeah Yeah Yeah

Assalamualaikum ya semua.
Hehehe. Dah berapa lama aku off, and tak update this blog. (sebenarnya satu minggu sj) haha. Aku off, and deactivate facebook hari tu, sebab aku memang busy gilerr dengan examination aku. Tapi, yang tak best nya, soalan yang keluar tu memang susah gilerr. Aku jawab soalan tu memang rasa nak menangis, and nak teriak. haha, tapi apa-apapun, aku berserah sahaja kepada Allah S.W.T. Aku dah buat yang termampu je. Tapi, ada satu lagi ujian, belum habis lagi. Iaitu, Geografi. Lusa. Satu je lagi. And lepas dua minggu, aku bebas! Cuti lah katakan. Aku tak sabar nak balik kampung, wakakaka.

Aegyo, sepatutnya aku buat entri benda-benda yang bermanfaat. Bukan entri personal macam ni. Setakat suruh orang baca and tak beri apa-apa makna. Memang! Sebab belum ada idea lagi.

Sini aku nak minta tolong. Dekat sekolah aku, ada melakukan usrah. Setiap pelajar form1 sampai form3 dibahagikan beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada naqeebah, iaitu ketua kumpulan lah (maybe, aku tak tahu sangat arab) btw, actually macam ni. Kiteorg boleh buat macam-macam aktiviti. Dekat kumpulan aku, kan aku yang paling tua. (sebab lahir pada 12 January) so, automatically aku jadi orang pertama yang kena cari aktiviti yang perlu dibuat minggu depan, iaitu GAME atau TAZKIRAH. Syarat dia mesti BEST, and ahli-ahli lain mesti suka. Jadi, sekarang ni aku nak cari game yang best-best yg dapat dilakukan dalam kumpulan. And if siapa-siapa yg baca ni ada idea pasal game or tazkirah tu, cepat-cepat kasi dekat aku. Just tekan INI! Post dekat wall aku atau send je message. Done!

Itu saja, terimassss!

Wednesday, May 4, 2011

Benarkah Nasi Lemak Punca Obesiti?

copy from other website
p/s: hanya untuk info semata-mata. ;D

Beberapa minggu lepas, Kementerian Kesihatan Malaysiatelah membuat cadangan supaya penjualan nasi lemak di kantin sekolah dihadkan kepada sekali sahaja seminggu. Selepas cadangan itu diketahui orang ramai, banyak organisasi dan persatuan menyuarakan pendapat mereka yang kebanyakkannya tidak setuju dengan usul tersebut.
Pertama sekali, sudah tentu perniagaan kantin dan juga pengusaha nasi lemak akan terjejas jika cadangan ini dilaksanakan. Ramai juga berpendapat bahawa nasi lemak itu bukanlah musuh utama yang perlu diperangi, tetapi kesedaran masyarakat tentang ‘pemakanan sihat’. Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?
...Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?...
Saya masih ingat dahulu zaman semasa saya masih bersekolah. Setiap pagi saya akan singgah ke kantin dan jamah dulu sebungkus nasi lemak dengan kawan-kawan sebelum sesi kelas bermula. Kadang-kadang kalau tak cukup sebungkus saya akan makan lagi sebungkus. Bila tiba waktu rehat, saya akan berlari pergi ke kantin yang sama dan makan sepinggan lagi nasi (bersama dengan rakan-rakan yang sama). Apabila tamat waktu persekolahan dan sampai ke rumah, ibu saya akan hidangkan nasi dan lauk untuk hari tersebut. Selalunya, saya sudah kenyang sebab sudah makan nasi dua kali di sekolah tapi ibu saya selalu berpesan, "Sebutir nasi itu ibarat setitik peluh petani, tak baik membazir". Disebabkan tidak mahu mengecewakan ibu saya, saya akan habiskan juga nasi itu. Sudah tentu bila tiba waktu makan malam, saya akan dihidangkan dengan nasi lagi bersama dengan hidangan lain. Begitulah selalunya rutin pemakanan saya semasa saya bersekolah. Saya juga tidak bersenam dan hanya habiskan masa dengan bermain komputer dan menonton TV. Bila saya sambung belajar di universiti, saya mula sedar mengapa saya gemuk. Saya tidak tahu langsung apa itu ‘kalori’, ‘lemak’ , ‘karbohidrat’ dan sebagainya. Saya cuma tahu yang kita perlu makan kalau lapar dan membazir makanan ialah suatu perkara yang tidak baik.

Jadi salahkah nasi?

Saya tidak ada niat untuk menuduh nasi sebagai punca kenapa saya gemuk mahupun ibu saya kerana mengingati saya supaya menghargai titik peluh petani. Tetapi, saya rasa murid-murid di sekolah pada hari ini juga mungkin mengalami dilema yang sama seperti saya dahulu. Kemungkinannya mereka tidak tahu berapa jumlah kalori di dalam sebungkus nasi lemak. Saya juga yakin kemungkinan ibubapa mereka juga tidak tahu berapa jumlahnya. Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese. Obesiti hanya akan berlaku apabila kita makan secara berlebihan lebih dari apa yang badan kita perlukan.
Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese.
Kerajaan perlu mengajar murid-murid di sekolah mengenai makanan. Satu subjek baru patut diwujudkan dan silibusnya meliputi topik-topik mengenai ‘apa itu kalori’, cara memilih makanan sihat, kepentingan senaman dan sebagainya. Kalau kita boleh ajar murid mengira, membaca, sudah tentu kita boleh ajar murid bagaimana untuk hidup dengan sihat bukan?

Akhir kata

Akhir sekali, semua pihak perlu mengambil langkah positif dalam melihat semula cara hidup dan budaya pemakanan kita. Kerajaan boleh hadkan penjualan nasi lemak di kantin tetapi nasi lemak masih tetap lagi dijual setiap hari di gerai, warung, di restoran mamak, di tepi jalan. Kalau kita boleh didik generasi muda mengenai makanan, kita tak perlu risau dan takut terhadap nasi lemak sebab ia bukanlah musuh kita, tetapi makanan tradisi kita. Musuh kita sebenarnya ialah kelalaian kita sendiri apabila kita alpa dan tidak mahu mengambil langkah untuk berubah ke arah yang lebih sihat.

Something about tutorial.

Assalamualaikum.

Okay. Hari ni aku nak cerita serba sedikit dekat entri ni sebelum aku post pasal benda-benda lain lepas nih. Sebenarnye, bukan ape. Aku just suka-suka nak cakap yang; ade tak yang Tumblr aku tu, aku banyak follow blog-blog orang yang femous, termasuk orang yang tak follow aku balik (I don't mind actually, haha). Antara cara-cara dieorang untuk meng-femous-kan lagi blog dieorang adelah:

  • BUAT TUTORIAL.
  • EDIT CODE TEMPLATE.
  • BUAT EDITS GAMBAR-GAMBAR.
  • BUAT QUOTES DENGAN CREATIVE. 
  • KEEP IN TOUCH DENGAN FOLLOWERS.
  • PALING UTAMA, BUAT GIFS.
Sekarang. Aku nak terangkan macam mane dieorang buat, dengan satu persatu.

1. Buat tutorial

Macam ni. Hari tu aku ade masalah sikit dengan tumblr aku. Aku buntu and tak tahu lagi dah macam mana and apa yang patut aku buat. So, aku dah mintak tolong salah seorang dari follower aku ni. Die boleh dikatakan  expert and femous. Jadi, die POSTKAN TUTORIAL, dengan cara screen print. Entah ape name die aku pun tak tahu. Memang jelas, and aku dah dapat solution die. haha.

2. EDIT CODE FROM TEMPLATE

As usual. Pergi customize, pandai-pandai lah dieorang atur code yang berserabut tu.ASALKAN DAPAT MENCANTIKKAN blog dieorang. Dah tu je -.-'

3. BUAT EDIT GAMBAR

Dieorang ambiklah mana-mana gambar dari mana-mana website, lepas tu, pandai-pandah lah dieorang edit gune software untuk meng-edit gambar. Such as:- Photoscape, XiuXiu, and paling kerap gune Photoshop(cs3, cs5) ~ yang paling kerap lah. Dieorang belajar edit sendiri, with the help of google. Hasilnye sangat cantik ;D

SEKARANG AKU DAH LIAT NAK TULIS PANJANG-PANJANG -.-'. AKU NAK MINTAK MAAF IF AKU POST BENDA-BENDA SPAM MUCH, OUT OF TOPIC, BUAT TITLE SELAIN DARIPADA BLOGGER, SUCH AS TUMBLR TU AND SEWAKTU DENGANNYA. TAPI, MEMANG SUM, AKU BORED. AKU TAK BOLEH KAWAL JARI-JARI AKU YANG NAK SANGAT TULIS NI. TAPI, IF DAH TULIS BANYAK, LIAT PULAK

Minta maaf ye. Sekian, terima kasih ;)





Tuesday, May 3, 2011

Promotion to stay connected ;D

Assalamualaikum.

Okay aku straight to the point saje lah ;)

  • Firstly, if ada sesiape yang nak ask, follow lah tumblr aku yang satu ni. Just click here. Sesiapa saje boleh tanya, dengan menekan ask, tapi, yang susahnye mesti ade account tu lah. Tetapi jangan risau. ;D
  • Secondly, aku pun ada account facebook. Just click sini. Ehem, jangan lupa tekan butang add as friend! haha, lol just kidding. Aku dah ramai friends. So susah sikit nak approve, terutama takde mutual friends. But, send massage kat inbox aku pun boleh gak, no worries bah ;D
  • Lastly, aku ade Twitter gak. Tapi kan, aku ade sikit je followers. Maklum lah, semua orang mesti tahu yang aku ni bukan FAMOUS macam orang lain. Gahh gahhh okae if nak follow, or keep in touch dengan aku, just click here! Kalau nak follow, follow lah, takpaa.
Done. By the away, aku tak paksa and suruh-suruh orang untuk follow aku. BYE BYE

Introduction about myself ;)

Assalamualaikum.

Okay. Ini gambar aku. Saja-saja, upload gambar sendiri. Post title pun dah nama 'Introduction about myself' kan. So aku mulakan intro aku dengan gambar atas tu. okay sudah-sudah let me intro myself first.

Full name aku Nur Farina binti Harun. Aku lahir kat Mukah, Sarawak pada 12 January 1997. Time sekolah rendah, aku sekolah dekat skmukah (2004-2008) dan Skrampangi, Kuching (2009). UPSR aku biasa-biasa saje. 4a1b. Alhamdulillah, so aku terus masuk SMK(A) Tun Ahmad Zaidi, Kuching. Honestly, semenjak ni aku homesick. I mean, aku rindu nak balik tempat asal aku, so aku macam belum betul-betul  belum 'ngam' lagi dengan kehidupan sibuk di Bandaraya Kuching, Sarawak. Oh tidak, aku belum siapkan homework aku lagi. (you jangan nak ikut ye) lol. Lepas nih aku sambung balik lah post ye. Okay, ini post pasal Intro aku PART 1.

Sebagai p/s, sorry sangat lah if aku guna/pakai ayat-ayat skema. Boleh lah aku mempertingkatkan lagi karangan/penulisan bm aku. cehh. LMAO. BYE :)

Tutup Aurat Biar Sempurna ;)


Sungguh mengagumkan apabila fesyen terutama untuk wanita membuka ruang diskusi dan perdebatan, dari pentas peragaan di Paris dan New York hingga kepadang pasir berkerikil di negara Arab mengenai pakaian lelaki dan wanita sama ada dipandang dari sudut negatif atau positif.
Beberapa tahun lalu, perdebatan berkisar isu pakaian wanita Islam hebat diperkatakan dan aspek yang sangat mempesonakan ialah kebanyakan perdebatan itu didominasikan bukan Muslim.
Kepada sesetengah pihak, wanita bertudung lingkup dari kaki hingga kepala didakwa sebagai satu penindasan, manakala yang lain cuba memahami logik yang tersirat di sebaliknya, sementara bakinya tidak mempedulikannya malah berpendapat penerimaan cara berpakaian hak individu.
Sesuatu pakaian boleh dikatakan fesyen atau tidak bukannya berdasarkan faktor negara semata-mata. Jika anda dari Afrika Barat, contohnya warna terang, pakaian panjang dan aneka hiasan lazimnya mendominasi fesyen pakaian.
Jika anda dari Pakistan, mungkin menjadi cantik dengan 'salwar kameez' (baju dan seluar yang longgar) yang ditakrifkan sebagai sentuhan menarik. Tetapi sekiranya anda mengenakan gaya berfesyen ekstrem dari Barat, norma atau kebiasaan yang perlu dibayar terlampau mahal harganya.
Beberapa tahun lalu, kita mendapati peningkatan bilangan remaja perempuan Islam mengenakan tudung untuk menutup kepala dan berpakaian dengan gaya sederhana.
Walaupun ia mungkin menjelakkan bagi golongan yang cenderung kepada 'kebebasan' dalam berfesyen, aliran itu semakin meningkat.
Ketika fesyen golongan lelaki tidak mendapat perhatian sebagai tajuk besar, fesyen wanita adalah sebaliknya mempunyai pengaruh kuat dalam hubungan sosial dan ekonomi.
Jika kita menyelidik lebih dalam, kita akan menemui sejumlah wanita Islam yang cenderung kepada pakaian sederhana.
Kita juga akan menemui wanita mengenakan tudung kerana pelbagai sebab dan alasan.
Di kebanyakan negara majoriti penduduknya Muslim, terutama negara Arab, transformasi kepada kesederhanaan berpakaian menunjukkan peningkatan dramatik beberapa tahun kebelakangan ini.
Anda boleh terus menyelidiki senario ini, bilangan wanita memakai tudung kerana menjadi amalan masyarakat dari generasi ke satu generasi, wanita memakai tudung kerana sebahagian daripada fesyen atau mereka mengubah suai sehingga mewujudkan pelbagai gaya pemakaian tudung.
Kemudian, anda juga boleh menemui keseimbangan wanita yang mengutamakan kepercayaan agama, malah memahami kepentingannya dan oleh kerana itu memilih untuk memakai tudung.
Jika kita menoleh ke perbatasan Indo-Pakistan, ada kecenderungan berbeza dalam aspek ini. Pakaian wanita lebih sederhana, sama ada dengan 'salwar kameez' atau 'sari'.
Tetapi di kalangan masyarakat Islam, wanita juga ada kelihatan tidak menutup kepala atau menutupinya secara acuh tidak acuh. Di sini mungkin ada alasan berbeza, tetapi secara asasnya menutup kepala secara sempurna adalah tanggungjawab beragama.
Adakah anda pernah bertanya pada diri anda. "Kenapa saya memakai pakaian begini? Adakah bagi mematuhi peraturan agama kerana pengaruh budaya atau sosial? Kemudian, apakah cita rasa cara berpakaian anda dipengaruhi agama yang anda anuti, kewarganegaraan anda, atau masyarakat anda? Apakah anda juga dipengaruhi aliran fesyen tempatan atau antarabangsa?
Maryam, 19, dari Ghana, berkata jika mengikut budaya wanita di negaranya, mereka mengenakan pakaian panjang dan menutup kepala.
"Tetapi dengan semua yang berlaku seluruh dunia, kini saya mempunyai banyak persoalan dan mahu mengetahui agama lebih baik.
"Saya mula memakai hijab dan berasakan lebih banyak kebaikan mengenainya. Walaupun tiada yang ingin mendekati saya dan ini mungkin satu masalah, menutup kepala adalah tuntutan agama dan budaya. Saya memilihnya kerana tuntutan agama," katanya.
Ruqayya, 22, dari Afrika Selatan, yang menggemari fesyen pakaian, berkata sebelum ini dia berpendapat aktiviti berfesyen bercanggah dengan agama.
"Tetapi sekarang saya tidak berfikir demikian. Saya percaya anda dapat memberikan komitmen kepada agama dan terus berfesyen, selagi anda memenuhi tuntutan syariat dan kod pakaian yang ditetapkan Islam.
"Hanya dua tahun lalu, saya mula berfikir mengenai hijab," katanya yang sentiasa berpakaian sederhana (baju labuh dan berseluar atau berkain labuh).
"Saya mahu menutup rambut dan saya suka berbuat demikian dalam majlis tertentu. Saya tahu ia tidak sepatutnya dalam majlis tertentu. Bukan bermakna saya enggan memakainya, tetapi apabila saya mahu memakainya, saya mahu niat saya ikhlas," katanya.
Huda, 16, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), berkata: "Saya berfesyen untuk menarik hati.
Memang bukan begitu sepatutnya, tetapi saya hanya menjelaskan sikap jujur saya." Dia bukannya mengenakan pakaian untuk menunjuknunjuk, tetapi dia memang suka kepada aksesori dan kelihatan anggun.
"Saya tidak kisah apa yang rakan saya fikir terhadap pakaian saya. Saya suka pujian dan berbual mengenai fesyen terbaru," katanya.
Mengenai fesyen, secara langsung atau tidak, secara sedar atau tidak, orang akan sentiasa terpengaruh dengannya. Aliran fesyen bergerak pantas dan ramai remaja mendapati mereka tertekan apabila mahu menyesuaikan diri dengan gaya fesyen terkini.
Tetapi segelintir dapat menenangkan diri mereka daripada menghadapi kekalutan itu.
Ketika sesetengah memberikan alasan, fesyen membuatkan orang kelihatan anggun, sebaliknya ia juga boleh membawa masalah apabila ia mempengaruhi harga diri orang.
Penting untuk mengetahui alasan anda berpakaian sedemikian. Dengan cara itu, anda dapat menerima pilihan gaya anda dengan alasan munasabah. Apa yang penting pakaian anda menepati hukum Allah.