INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Wednesday, November 28, 2012

Move

Assalamualaikum.

Gambar atas tu merupakan gif pertama yang aku buat lol. Ramai sangat dah orang pandai buat gif. Aku je orang yang paling lambat buat. Tapi size gif ni agak besar jugak. Banyak sangat frame and aku letak jpeg quality besar sangat pft takpa. Haha yep aku ada simpan cerita Brave. Thanks to my couzi. Dia rajin sangat nak download macam-macam movies.

Lama sangat dah aku tak update blog aku ni sebab pindah. Dari Kuching ke Mukah. Dekat Kuching ade internet connection.. Dekat Mukah ni ada jugak tapi slow lah. Takpa asal ada daripada takdak langsung kan. Aku rindu arr nak berbloging eh serious ni ;_; Belakangan ni banyak spent time bukak tumblr. Obses dah aku dengan blog fandom aku tu. Tapi aku takkan lupakan blog kesayangan aku ni haha.

Merdeka Plaza dah bukak hari ni. First day open. Aku takda kat Kuching sekarang nih nanti je aku pergi pft. Next month pergi Kuching.. okay lah tu. Tak sabar nak pergi.. Ada cousin aku sekali pulak tu. HAHA.
"I noticed your beautiful red hair"- Minato
Ohya hari tu kawan aku ada request aku buat poster FF. HAHA ye aku ada buat tapi aku macam tak puas hati je.. Entah la! Sebab aku main taruk je seasoning time nak buat poster tu haha. Ni dia:
Lol haha. Aku nak cuba buat satu lagi.. Mesti. Paling susah time nak letak gambar character. Character perempuan senang nak letak.. Kalau Baekhyun tu lah susah sikit. Aku dah carik dekat tumblr tp yang aku tak jumpa pun gambar dia yang sesuai pft. Banyak sangat gambar dekat stage.. Kalau gambar macam tu mana sesuai nak letak dekat poster ff kan. URGH okay aku akan fikirkan macam mana nak buat poster yang ke-2. Sebab aku rasa tak puas hati dengan yang first ni. Aku ni bukannya berseni sangat pun. SERIOUS memang bukan tangan and otak yang berseni. Tapi aku suka melukis.. HEHE.
Aku rindu dengan someone. Ehem. HAHA
Jyaa ne.

Monday, November 19, 2012

Create the new one | Brave

Assalamualaikum.

Wow berapa hari dah aku tak update blog ni. Nak update semalam tapi tak jadi pulak puih. Adeee je halangannya. Semalam aku tak keluar rumah pun. Boredom really kills me. Takkan aku nak mengadap laptop je kan dan petang semalam pun hari gelap. Sebagai konklusi, semalam memang bosan nak mampus. Like seriously. Apa yang aku suka time mengadap laptop ni pun dapat tengok movie and design blog je. Yang  lain.. erm.. kadang-kadang okay kadang-kadang tak okay. Ahhh molla molla ;_; Aku nak keluar jalan-jalan.. aku nak tengok wayang lol atleast ade jugak aktiviti luar.

Semalam aku buat tumblr baru, khas untuk kpop and personal (aku rasa lah) haha. Sebab aku rasa memang tak boleh campur. Kalau campur nanti followers lari. Orang akan unfollow kita kalau kita post benda yang depa tak suka hahaha. So aku decide create the new one, memandangkan aku ni minat dengan dua benda, Kpop and Anime/Manga. Bunyi macam tamak je lol peduli apa kalau aku suka, aku sukalah. Aku minat, minatlah. Jangan pulak bash sesuatu yang aku minat tu okay.
OMG aku lapar. Nak makannnn T_T
Tadi aku tengok cerita Brave. Aku tak tahulah sama ada aku lambat or tak tengok movie tu. Walau apa-apapun aku rasa movie tu best ah. Agak menyentuh hati dan perasaan kita jugaklah sebab movie tu nampak macam real je omg sedih. Aku tabik gila dengan orang buat animation movie ni sebab walaupun hanya kartun animasi 3d tapi memang semua benda nampak macam yang kita tengok dekat real life. Aku rasa theme movie ni mengenai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Yang menarik jugak, takde pun pasal cinta cintun haha tapi okay jugak lah. Kalau nak tahu dengan lebih dalam lagi pasal cerita ni boleh tengok dekat imdb.

Aku cuma nak cerita je sebenarnya, bukan review. HAHA sebab aku tak reti buat review omg seriously ;_; Banyak lagi movie yang aku nak tengok. Bokura Ga Ita:Kohen aku belum habis lagi tengok, macam biasa ade ade je halangannya puiih takpa. Aku pun nak tengok Skyfall haha aku belom tengok lagi okay. Tapi movie tu dah didownload, tinggal tengok je lagi.

Jyaa ne.

Thursday, November 15, 2012

OMG DAEBAK C-CLOWN COMEBACK! :D

Assalamualaikum.

OMG tu je aku tulis hari ni OMG. HAHA. Hai. Anda semua tahu tak? Hari ni C-CLOWN released MV untuk lagu baru dieorang, tajuknya Far Away.. Young Love. Tapi drama version lah. Actually dah tengahari tadi dah aku tengok. Siap download lagi. Kalau tak salah aku, dieorang ade jugak kot release yang dance version nanti. Mesti best punya! Nak tengok muka abang-abang handsome gitu. Eh wait. Abang-abang? Memanglah tapi seorang je jadi dongsaeng aku lol. Aku Jan, dia Sept, therefore, I am Maru's noona lol dah jadi noona dah aku ni.

Apa-apapun memang daebak gila lah Kangjun dalam MV tu. Kadang-kadang melting jugak aku tengok dia ni lol. Tak boleh tak boleh. Aku dah banyak kali curang dan kali ni aku tak mahu curang lagi okay, kesian biases aku yang lain haha okey. First-first, Key (SHINee), lepas tuh Myungsoo (Infinite). Lepas tuh Sehun (EXO-K), and Ray (C-CLOWN). Takpa, mereka semua ni tetap menjadi bias aku sampai bila-bila. Aku dapat setia dengan semua biases aku tau haha.

Oh sorry dari tadi aku cakap pasal MV. Tak pulak aku kasii link videonya grr ha ni diaaaaaa. Enjoy!
Lepas tengok, komen ar. Okay ke tak lagu ni. Bagi aku lagu n mv ni super daebak. Minat tahap gaban dengan lagu ni tauuu.

Okay now stop talking about the MV. Sekarang nak cerita hal lain pulak. Aku dari hari tu berusaha cari cara nak donload Bokura Ga Ita:Zenpen movie. Asyik-asyik tak dapat je. Last-last aku bukak satu blog ni. Blog ni beri link dekat mana nak download. And yeaaaaaaaaaaaaa! Akhirnya aku berhasil dalam mendownload movie tu. Happy gila. Esok maybe part 2(kohen) aku akan download. Just wait and see! Yang first part tu aku dah tengok setengah je. Yang selebihnya beloommm
Eh aku rasa sejak belakangan ni aku macam pelik je time bercakap dengan orang. Entah la aku pun tak tahu apa sebabnya
Jyaa ne.

Monday, November 12, 2012

Alahai

Assalamualaikum.

Hai. Aku sebenarnya tengah bingung sekarang ni macam mana nak hias blog ni. Aku dah boring dah dengan asyik-asyik warna biru je haha siapa tak boring kan hahah okey. Aku ingat nak buat macam ada warna hitam+darkpink+putih je. Aku ada masalah part header tu sebenarnya puihh. Lepas ni aku nak meneroka //ewah macam mana nak design header tu. Eh, aku tak copy header orang ye. Awal aku cakap nih lol.

Okay dah dah. Sekarang ni nak cerita hal lain pulak. Semalam lebih kurang seluruh Kuching yang kene blackout alahai. Eh wait.. Bukan 'lebih kurang'. Tapi memang seluruh bandaraya Kuching blackout fuhh. Memang agak lama jugaklah blackout tu terjadi //sobs. Time blackout tu jadi kan, aku, kakak aku dengan dua orang cousin aku tengah makan-makan dekat Chillipeppers. Nasib baik dah setengah makan kalau tak memang dah keluar dari restoran tu. Restoran tu pun satu. Atleast pakai lah generator ke.. Baru orang dapat makan dengan tenang and selesa. Nama je restoran ._.

Pagi tadi pun ade lagi blackout. Panas, sampai aku bangun dari tidur. Malam tadi kakak aku asyik je membebel, "ni salah sarawak energy ni huh!". Tak habis-habis haha lepas tu aku cakap lah, "kau ni dari tadi asyik salahkan Sarawak Energy je ._. HAHAHA keh. Memang perangai dia macam tu lol aku harap dia tak baca statement ni. Kalau tak habis aku kena marah. Aku gurau je lah XD

Ohya, dua hari yang lepas aku ada buat poster. Poster FF. HAHAHA aku buat poster je. Aku tak buat FF pun lol hahahaha melebih pulak aku ni kan. Buat poster ff tapi tak buat ff. Takpe, saje je menge-test bidang art aku haha poyo. Ni dia

HAHAHA keh aku rasa biasa je design dia. Semua orang boleh buat kot. Aku je mengada nak buat hahah there you go again Nina ._. Snow Prince tajuk nye alahai macam mana aku dapat tajuk tu aku pun tak tahu. Gambar Luhan Exo-M pulak jadi mangsa. Dia cute okay. Serious dia cute. Tapi sayang, Luhan tak masuk dalam senarai bias aku heheh. Bias aku mestilah Sehun, bestfriend dia aww. Comel gila.
Maybe you've met the right person, but you're just not ready to fall in love.
Jyaa ne.

Saturday, November 10, 2012

English ._.


Assalamualaikum.

Tajuk aku tu bukan bermaksud yang aku ni akan tulis entry dalam Bahasa Inggeris ye. Awal-awal aku cakap. Mimpi je nak buat entry dalam English, grammar pun entah okay ke tak entah ._. HAHA. Bukan nak cakap aku ni tak pandai speaking, lol no HAHA. Cuma aku tak lancar. Kalau aku buat sesuatu ayat tu aku sangat mementingkan grammar. So last-last kalau rasa dah kurang yakin, tak dapat pulak nak cakap English betul-betul. Ada faham? Aku ni teruk lah bab-bab explain nih lol sorry okay.

Dekat twitter aku memang banyakkkk tweet pasal speak in English hahaha. Aku buat macam tu so kira macam nak improve English aku lah. Boleh dikira macam tu lah maksudnya ye. Sekarang ni, aku selalu cari cara macam mana nak improve English aku. SERIOUSLY macam-macam dah. Seperti sudah sedia maklum, kalau aku cakap English tuh mesti aku fikir lagi pasal grammarnya HAHA kan? Walaupun orang tak kesah macam 'OH sorry for my broken english blablabla' haha tapi aku rasa aku tetap dengan style aku. Aku kengkadang je tak peduli yang ada mistake dalam sentence aku HAHA okeh

TERLIUR -.-'

EH by the way kek coklat tu nampak sedap gilaaa omgomgomg aku nak makan kekcoklat tuh ;_;

Menyimpang kejap haha. Okay berbalik kepada topik kita ye ladies and gentleman. Ehem. Abang and kakak aku memang pandai cakap English. Sangat beruntung jadi mereka berdua tuh ._. Gap umur aku dengan kakak and abang aku boleh tahan jauh jugak lah. Aku dengan kakak sulung aku beza 9 tahun. Dengan abang aku pulak 6 tahun. Jauh gilaa kan ._. (Bagi aku lah xD)

Apa-apapun aku harap sangat yang aku dapat improve English aku. Kalau siapa-siapa yang tengok atau bukak link 'About' dekat navigation aku tuh, mesti perasan yang aku tulis pasal aku dalam English. HAHA awkward lah sebab sejujurnya English aku tak lah bagus sangatttt >< Ahh satu lagi. Kan sekarang nih aku ada tumblr, so I need to speak in English with them, no matter what. Lantak lah kan. Janji speaking. Kan kan kan? HEHEHEHEHE.

Okaylah. Ada tengok Anugerah Skrin tak malam tadi? Ahh aku rasa memang confirm ramai yang tengok. Boleh tahan lawak jugak wokk. Tapi walau macam manapun tetap jugak ade kelemahannya :) Aku paling suka part Zizan. Die cakap dekat Akasha tu (time dia nak angkat Fouziah Gous), "Ahh angkatlah, aku ada air sembahyang" Lol agak senstitif dan berbaur sindiran jugak bunyinya hahaha macam-macam.
Aku rasa aku nak edit lagi blog ni kot? HAHA entah lah. Pening jugak kepala aku menghadap code tu je. Tengok lah nanti macam mana.
Jyaa ne.



Thursday, November 8, 2012

Cannot wait aaaaaaah :D

Barom :) Source: Tumblr
Assalamualaikum.

Ehem ehem. Seperti sudah sedia maklum, sejak dua menjak ni aku memang gilakan C-CLOWN nih. HAHAHAHA grup baru kpop. Boleh dikatakan baru jugak lah. Aku mula minat C-CLOWN ni time lagu debut dieorang, SOLO. Lagu depa nih simple je tapi memang best kalau kita dengar betul-betul. Terus jatuh cinta pandang kedua!//slap Ewah.

Aku nak cerita yang c-clown ni akan release MV/lagu baru dieorang, kalau tak silap aku tajuk nya Young Love. Lagu lain ade jugak, tajuknya Cold, Goodnight. Apa-apapun, memang tak sabar ah nak tunggu MV dieorang ni. Tengok teaser pun aku dah memang dapat agak yang lagu baru C-clown ni mesti daebak! Suddenly feel excited about this! HAHAHA

Teaser #1:


Teaser #2:


Teaser #3:


WAHHHHHHHHHHHHHHH! Sampai ada tiga teasers gituuu. Daebak daebak daebak. Walaupun masih ramai lagi orang tak kenal C-CLOWN ni, aku akan tetap sokong dieorang nih! EHEM. Gituu. Terlebih semangat pulak aku ni. Kangjun dah kena pilih jadi watak dalam semua teasers ni ewah. Merangkap sebagai main vocalist, mestilah kan? HAHA. Well actually dia tak termasuk pun dalam list bias aku hahaha kejamnya aku. Ade lah jugak rasa minat kat dia ni. Tapi, biasa je ngehe.

Hari ni nak cakap pasal teaser tu je sebenarnya HAHAHA maaf kalau entry aku kali ni macam buang masa korang je untuk baca. Puih macam ada je orang baca blog macam aku ni ;_; aaaaaa.
I have a really good feeling about this song. Ahh chinca. Sabar ;;_;;
Jyaa ne.

Tuesday, November 6, 2012

Trending | Ray yang comel :3


Assalamualaikum and konichiwa minna-san.

Well, seperti yang semua orang dah tahu, eh wait. Aku tak rasa semua orang tahu haha. Maybe ada sesetengah orang je tahu, pasal nama Amir tu dah jadi trending dekat twitter. Dieorang cakap yang hanya 95' liner sahaja yang tahu haha keh. Well at the first place memang lah aku rasa pelik and macam 'eh, macam mana tiba-tiba nama Amir tu boleh jadi trending pulak?' ahahaa lol.

Hari ni aku tak sekolah pun. Semalam pun. Semangat nak sekolah tu macam tiba-tiba hilang je. HAHAHAHA ye aku tahu aku teruk aaaa mollasoo. Esok aku sekolah. InsyaAllah. Kalau boleh aku nak tolong kawan aku jadi pembantu hakim ketika pertandingan bicara berirama tu nanti. Seriously, aku memang rindu gila saat-saat manis mase Form 2 dulu, terutama ketika latihan bicara berirama hahaha lol. Memang. Tapi agak puas hati jugak lah sebab tak sia-sia usaha kiteorang dulu. Dapat jugak jadi number 1.

Yang tak boleh belahnya group kiteorang terpaksa pulak buat persembahan ketika majlis penutupan. Seriously! Gelabah gilaa masa tu hahaha memang tak dapat lupa ah saat-saat pahit and manis pada ketika itu ewah.

OMG seriously aku tak sabar tunggu comeback dieorang. Sebab muka depa C-clown ni makin comel je aku tengok. EH like seriously memang comel aa
Okay. Orang dalam gambar atas tu Ray namanya. Merupakan salah seorang daripada kumpulan C-CLOWN. Actually c-clown ni baru je debut tahun ni. Bulan berapa entah lah. Time raya dulu kot, dengan lagu yang bertajuk SOLO. Aku rasa daebak jugak lah lagu debut dieorang tuh hahahaha keh. Ray ni one of my biases lol he's cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. TOO CUTE. HAHA. Cuteness overload namanya.

Tak lama lagi budak-budak C-clown ni buat comeback. Gambar atas tu gambar teaser dieorang. Setiap seorang daripada mereka mempunyai teaser gambar yang berbeza lol okay poyoo gila ayat aku ah lantak. Benda yang buat aku tersengih pulak, ada sorang budak dalam C-clown ni, sama umur aku ahaha. Tinggi woo. Nama dia Maru kalau tak silap aku. Kalau nak dibandingkan, aku tua lagi daripada dia haha dia lahir bulan september. Aku pulak Januari lol terasa tua. Eh muda lagi haha..
Okay lah. Nak tengok drama. Maaf buat entry merapu and merepek ni. HAHA just aku sekadar nak update je sebenarnya.
Jyaa ne!

Sunday, November 4, 2012

Semakin addict?


Assalamualaikum.

Tiap-tiap hari dah aku bukak tumblr ngehehe. Semakin addict aku jadinya. Banyak graphic yang cantik-cantik. Rindu zaman kegemilangan aku dulu ewah. HAHAHAHA keh. Aku selalu berfikir, macam mana nak tarik orang bukak tumblr aku and follow and be friend with me. Ewahh, macam kau tu famous sangat. //bercakap dengan diri sendiri hahaha keh lupakan.

Actually, aku rasa aku ada problem sekarang nih.. Problem pasal sekolah kot? Entahlah. Aku dah luahkan dekat member aku yang sorang nih. Dia cakap dia faham perasaan aku. Aku glad yang dia faham keadaan aku. Okaylah, sebagai konklusi, aku rasa aku ni seorang yang coward. Aku rasa semenjak dulu perangai aku cenggitu. Ahh molla molla molla. Aku akan menangis kalau aku memang betul-betul taknak lakukan sesuatu yang memang aku taknak buat walaupun ia perkara yang munasabah untuk dilakukan keh. Agak rumit jugak ayatnya haha. Apa-apapun, tengok lah nanti mcm mana.

Entry kali ni pendek je. Fikiran aku sekarang ni.. Entahlah. Sukar nak digambarkan ewahh haha keh.
Kadang-kadang aku tengok banyak jugak budak-budak arrogant dlm tumblr tuh. Ah biasalah. Hakikatnya, aku tak sukapun perangai dieorang cenggitu haha. Takpa, lain orang lain lah pandangan masing-masing kan? Oh, btw, you deserve it.
Jyaa ne.



Saturday, November 3, 2012

Game.



Assalamualaikum.

Aku dah edit semuaa benda yang aku ada kecuali deviantart. HAHA. Well aku takdapat buang sifat kemalasan aku tu lol. Seriously, aku taktahu macam mana nak handle benda alah tu. Lama jugak dah aku tak blogwalking lol nantilah. Semalam aku and kakak aku buat passport. Like seriously, service tu memang tak memuaskan, jujur aku cakap ni haha. Hangiiin kakak aku sebab duration buat passport dia sampai tiga hari baru nak settle. Siapa yang tak hangiin kan? Bukan main depa cakap satu jam je dah siap. Dah lah, aku malas lagi nak membebel. Buat sakit hati je lmao.

Sejak dua menjak ni aku suka main game. I mean, game dalam Facebook hahaha lol. Diamond Dash tu. Takkan tak tahu. Well okay. Memang ada jugak orang yang taktahu haha keh.

Post hari ni pendek je. Aku pun tak tahu kenapa aku update entry merapu ni. Maaf ye. Aku nak tengok Masterchef kejap ewahh. Kadang-kadang tengok rancangan tu memang macam buat sakit hati je haha aku pun tak tahu kenapa maybe sebab tengok perangai dieorang kot. Macam-macam je heshhh.

I was about to cry. But no tears come out. There was only sensation of my heart being pulled to shreds.


Jyaa ne.