INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Tuesday, December 27, 2011

Ermmm feeling lepas tengok result PMR para '96 liner

Assalamualaikum :)



Hello guys. Kalau diikutkan memang dah lama giler aku tak update belog kan? muahaha. Iyelahhh. Budak pemalas gituu. Tak ada lah rajin sangat nak update belog. Kalau ada mood rajin je aku akan mengupdatenya. KALAU ada mood je YE CIK ENCIK






Okay okay back to the topic, korang tau tak lepas aku dengar result PMR para cousin aku, yang sama kampung dengan aku, and sape sape je lah yang 96-liner, ada satu perasaan terdetik kat hati aku.




'Aku boleh ke berusaha dengan sungguh-sungguh macam dieorang?'








Okay fine tenang-tenang. hahaha. Taknak lah feeling serious sangat.






Hmmm. Yeahh bila aku dah tengok result pmr dieorang cemerlang, termasuk cousin aku, aku rasa mcm ehhh untuk pmr next year aku mesti berusaha sungguh-sungguh. Sebab aku nak fokus jugak dengan subjek bahasa arab aku.. Jarang dapat A. Walaupun ada jugak dapat A, tu pun sekali je. Yang ujian selebihnya dapat B je. HAHA.








Fighting NINA!!!!!!!!!!!!!!!




Ehhhhh kantoi lah pulak umur aku baru 14 tahun ni (97-liner), next year dah nak masok 15 pada 12 jan tak lama lagi, jangan lupa wish *ekekekekeke! sempat lagi minah ni












Cerita pasal cousin aku yang PMR tu, dia dpt 5A3B, boleh tahan bagus kan? Sekali lagi congrate yaa wahai cousin ku.. :) Okay lah ape ape pun kan, aku berdoa so that aku and rakan-rakanku yang lain berjaya menempuh pmr next yearr... and dapat result yang cemerlang.. Aminn! :)







Okay lah sampai tu je rasanya ye.. Nanti kalau ade masa and ada mood rajin nanti saye update ye =)



Banyak lah pulak smiley yang aku buat






Tettt okay dah dah. Bye bye allllll!

Sunday, December 11, 2011

I want to share a story, with you! -part1

Hek hek. Assalamualaikum and hye yoo!



Hmmm, aku nak share cerita lah sikit nih. Hari jumaat tu, orang dekat kampung aku termasuk makcik-makcik aku semua sibuk kerja urus hal orang kahwin dekat rumah kenduri tu. Dari pagi sampai lah malam. Aku dengan cousin aku ni tak lah rajin sangat nak tolong orang masa tu. Heheheh. Bad Habit doe. Ignore it. Okeh okeh. Sambung cerita. Aku dengan cousin aku memang tak keluar rumah, asyik depan laptop je, nak atur blog lah konon. Hem, penat jugak time usha-usha tutorial dekat blog ni. Lepas tu, kiteorang dah tak tahu nak buat apa. Cousin aku yang umur 10 tahun tu pun sedang nyenyak tidorrr. Dah laa tv pon tak ditutup, haiyya budak nih.



Then, aku dengan cousin ku yang bernama farah ni keluar lah jalan-jalan around kampung. Pergh, perut aku memang rasa lapar sangat time tu. Tapi tak lah sampai keluburan ye cik cik. Eh keluburan ke eja? Bukan kebuluran ke? Ahhh lantak lah. Janji hampir sama je bunyi dia, tol tak. Last-last pergi jugak aku dengan farah ke tempat orang kahwin tuh. Nak makan sebenarnya. Then aku panggil lah makcik aku. Makcik aku pun tanya, buat ape kiteorang kat sini. Sebenarnya ada jugak rasa malu. Aku ambik beberapa moment untuk cakap hajat yang sebenarnyaaa (makan). Belom sempat aku jawab, PAAANGGGG!






FARAH : MAKCIKK, NINA NAK MAKAN!!!!!!!!!!!!!~~~~~~~~~~~~~






















p/s: Okay sebenarnya kiteorang bercakap dalam bahasa melanau ye. Aku dah translate-kan ke dalam bahasa melayu.




Ahhhhhhhhhhhhhhh! Farahhhhhhhhhhhhhhh. Aku memang rasa maluu gila time tu. Depan orang ramai pulak tu. Mana tak nya, dah la tiba-tiba datang nak makan. Tambahan pulak kan kiteorang ni tak tolong. Lagi lah malu kan? Si farah niii, nama aku pulak dia sebut. Aku tau kau pun lapar jugak time tu, ekekekek. -.-'









Hmm, nak share story lagi lah. Tapi dah larut malam ni. Suku lagi nak pukul 12 malam. Ahh, dah rasa ngantok pulak. Okeeh takpa. Nanti lah aku update lagi k.















Nite, anyeonghijomuseyoo, bye-bye. Assalamualaikum =)

Thursday, December 8, 2011

OMO... BOYFRIEND NEW MV (I'LL BE THERE), SO DAEBAKKKK~~ :D





Okay, ni new MV dari BOYFRIEND. Tajuk dia I'll be there. Perghh, aku suka sangat dengan video baru dieorang ni. Lagu pun boleh tahan best! Aku dah abis donlod lagu dia. Maybe esok aku donlod video dia kot. Sebab tadi aku ada try tapi internet slow. Sekarang ni pon tengah hujan. Makcik aku dah tido. Aku belom lagi. Hehe, besa lah kan. Tapi rasa ngantuk pun ada jugak sikit nihh. Takp^____^


Apa apa pun, korang mesti tengok ni mv! Tak rugi ye kalau tak tengok. Pergh, puas hati aku tengok. Fyi, lagu ni sebenarnya bersempena dengan sambutan krismas akan datang. Sebab tu lah Boyfriend Oppa pakai baju time musim sejok and menari dekat salji a.k.a snow, wii! Okaylah, ape ape pon enjoy the new daebak music video!







Okay bye! :)

Wednesday, December 7, 2011

Ring Ding Dong!

Assalamualaikum you all!



Aku dah tak tahu dah nak buat tajuk ape. Main lantak je lahhh kan.




Sekarang ni aku dekat kampung. Memang best gilerr kat kampung ni. Rasa macam tak nak balik pun ade jugak. Nasib baek lah cuti masih lama. Perghhh. Kerja aku pun belom siap. Apelah cikgu aku ni, time cuti panjang pon nak kasi kerja rumah. Takpe lah. Dah nasib diri sendiri. Next year dah nak PMR. Tettt. AKu sebenarnya dah lama tak update belog ni, semenjak bulan lepas. Sekarang ni dah disember, baru nak update lagi. Hehehe, besa lah. Kan aku kat kampong, bergantung dekat brodband je lah. Dekat kuching senang je, ade streamix. HEHE :D





Lusa ade kenduri kawin. Esok orang kampung pun dah nak kerja siapkan makanan ape semua tu. Last week pon ade kenduri sebelah rumah aku. Boleh tahan ramai jugak lah orang yang datang. Dari Mukah, Kuching, Sibu, Sabah dan macam-macam lagi tempat lah. Aku dengar cerita lebih kurang seribu lebih orang undangan.. Boleh tahan jugak. Makanan yang ada pun boleh tahan, daging masak kari. Perggh, memang pedas. Tapi, yang aku suka pasal daging dia adalah daging tu tak liat. Kalau daging sapi ni memang feveret aku lah ye. HEHEHE.





Semalam time petang aku dengan farah asyik-asyik ulang alik dari rumah ke masjid kampung. Ye lah, semalam orang kampung buat bubur asyura. Kalau tak silap aku, semalam 10 Muharram. Probably. Tegur aku kalau salah. :D







Okay lah aku rasa panjang dah aku tulis ni. Tak lah panjang sagat. Sedang-sedang je. HEHE. Nanti aku update lagi kalau ada masa. Hehehee.












Okay bye! =)