INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Saturday, February 25, 2012

Aku sukaaa DH2 :)

gif are not mine :)

Hello and Assalamuaikum. 


Tengok gif dekat atas tuh. Tu salah satu scene dalam dream high 2 ep 7 kalau tak silap aku. Kalau tak pun episod 8. Scene ketika Jin Yoo Jin (Jinwoon), Son Dong, Ji Soo, dan Ui Bong sama-sama sambut birthday Ri An (Jiyeon) dekat kedai fried chicken principle dieorg. Scene ni aku tak eksaited sangat la, sebab time tu Hae Seong(Sora) tengah sedih. Aku yang tengah feeling 2x tengok cerita ni pun rasa sedih. Ade jugak scene yang buat aku nangis keluar air mata darah. Eh takda la sampai darah keluar. Okeh aku tipu. Sedihh kottttt. Kesian dekat si Hae Seong tuh.


Hari Jumaat (semalam) 24 Feb 2012, lepas pulang dari sekolah, aku terus bukak laptop and tengok cerita nih. Aku suka gilaa tengok cerita nih. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! Pfft. Best gilaa OMG. Aku paling suka scene Hae Seong dengan JB tuh. Sweet gila omg. Haha gila dah aku ni.


not mine. aaaaa cute gila scene ni!


not mine :)

Scene ni lah yang aku cakap aku suka tuh, awwww JB nyanyi lagu Why I can't Sing - Se7en! Tu kot buat ramai orang suka. Hahaha. Korang tengok sendiri ahh :) Kalau ada sesiape yang belom tengok Dream High 2 nih, tengok lah ye. Tak menyesal korang tengok. Percayalahh. First-first susah pulak aku nak faham macam mana story line, last-last aku faham jugak. Memang best! Memang tak sabar gila aku nak tunggu Isnin dan Selasa. Hujung minggu aku download. Exam! -.-


So yeah, Progresif exam next week yooo. Pray for me k? Thankyousomuch. :3 


Aku nak share satu lagi video. This also not mine okay :) Ew, terok nye English aku.. -.-'




Tengok, jangan tak tengok. Haaaaaaa aaa ni la time Kang Sora nyanyi depan JB. Best lagu nih eiiii geramm aku. Simple je lagu ni. Sebab tu aku suka. Suka suka suka. Atleast Kang Sora nyanyi bagus lagi dari aku. Eh,  yeke. Aku nyanyi pun dah macam nak pecah telinga kalau high note. Biasa lah, teknik vocal dah terlampau bagus. Sorry tu say lah, haha. cis, muka aku ni nak pandai nyanyi? Come on laa tak payah nak mimpi sampai mcm tu sangaat la. Haha. Keh aku tipu once again.


Ehh apesal nama dia JB? tetttt bukan Justin Bieber okeh. Ieeeeeeee hahaha mengada

Okbye.
Ppyong





Thursday, February 23, 2012

Random Awesomee

Helloo, Assalamualaikum..



Omg I like this picture.. Aku jumpa dekat tumblr. Serious cantik. Cantik sangat-sangat. Agree with me? Yeaa. Aku memang suka gambar-gambar macam ni. Relaxing betul. Wuuuhuu. Hehe takkan aku nak cakap tu je kot. Wii hi. 

Keh, nak story. Sebenarnya aku ingin sangat nak pakai baju macam...  



Baju macam..







Ni:

Source: .

Epsss, I mean baju sebelah kiri tuu. Color Pink pink tuh. Aku suka baju tu je okayyy. Ignore yang lain lain tuh. Sangat cantik, bagi aku lah. Sebab jenis fabrik tu macam lembut je, walaupun kelihatan panas, tapi, baju tu longgar. Sesuai sikit dengan orang yang pakai hijab. Lagipun baju bahagian yang dalam tu, panjang sampai bawah hips. Aku suka sangat awwwwww.



So yeah, aku dah dapat baju macam ni! Alhamdulillah. Thanks to my sis and my dad. Tapi warna hitam lerr. Aku sukaaa awwww! Hahaha lol. Cantik, longgar. Aku nak cakap yang,, aku tak suka baju ketat. Aku suka longgar! And fashionable lol haha. Aha, macam kat gambar atas tu lah. Pandai-pandai lah kalau nak padankan dengan shawl nanti. Ahh satu lagi. Aku tak suka pakai shawl pendek. Aku suka shawl yang panjang sikit, contoh, Pashmina. Hehe, ya. Aku nak jaga aurat dengan baik.. :) 


Bukan nak cakap besar or ape, just want to share something that I like.. Hehe. No harsh words here, sorry if ade kesalahan dalam menulis entry ni ye! Lain macam je entry kali ni lol ignore-ignore!



Keh, itu je aku nak share. Sorry if have any mistake. Byeee-bye 


Ppyong

Tuesday, February 21, 2012

Tuesday!

Assalamualaikum :D




Ehehe, k. Wowww. Punya lah semangat aku datang sekolah hari nih. Wow serious hari ni best! Ceh, ye ke best? Aah. Boleeh la tu. Hari ni ada PJK, kiteorang main ping pong dengan badminton dekat dewan. OMG serious best. Pfft best! Tak pernah aku main sampai aku errr camna nak cakap eh? Aaa, tak pernah main sampai rasa nak main lagi. Serious rasa nak main lagiiiiii perghh minggu depan dah nak Progresif Exam. Takdapat laa main. Ohh harap-harap sebelum minggu cuti tuh, dapat main lagi. Main bola pun jadi lahh! Lol kemain lagi excited melebih aku nih. Muahahaha.


Ade satu lagi yang buat aku eksaited. Ehem, bukan aku sorang je excited, actually most of my friends pun excited. Hehehe. Ade lahh cerita tu malam ni. Keh, tukar topik lol




Tadi aku ada makan sup ayam, pergh sedap weii. Nak lagi -.-'

Haish, spam! Kehh, dah. Dah rasa malas pulak tulis lol. Nak cakap pasal tu je sebenarnya, ahh soryy ye kalau buang masa  anda untuk baca entry ini. Sungguh tak bermanfaat, seriously.

Keh jangan terlalu serious pulak.


Vanilla coklat malam niiiiiiiii! Eksaited! Kbye!


Ppyong

Friday, February 17, 2012

New look

Assalamualaikum, anyeong :)



Alahai, aku mesti post gambar makanan, dari tadi aku rasa lapar. Tsk


Aku dah macam tak sayang dengan diri aku sendiri dah pft. Sanggup aku tahan lapar, sekadar nak buat new appearance dekat blog nih Muehehe,OMG banyak betul yang aku ubah. Dulu colour brown/orange. Sekarang nih dah tukar ke light blue. Pa macam? Takde la cantik sangat pun. Aku suka-suka je edit simple-simple. Tak serabut mata tengok kan?


Okeh, sebenarnya ada lagi yang aku perlu edit dekat blog ni. Ruangan komen tuh. Alahaii, ada lagi kerja aku lepas nih. Homework pun belum sentuh lagi. Apaa dah nak jadi aku ni hahahahaha


Okay nak makan. Tak tahan! xD



Ppyong.

Wednesday, February 15, 2012

Okay, I want to share something :)

Anyeong, Assalam ! Aku nak share satu cerita yang boleh dikatakan lawak laa jugak pft! HAHAHA. Ni aku dpt dari facebook. Hujung article nanti aku bagi source (link)

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita

lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,
dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA


Antaranya cerita-cerita yang lain, cerita ni aku rasa paling annoying lah. HAHA, apa-apapun, terbaikk ah!


K tu ja, hahahahahaha. Gudnyte, ppyong.


Source: sini :) jangan lupa like!  :DD

blockquote? yeah.

STAND BY ME, AND I'M SORRY..

Tuesday, February 14, 2012

Ouch.

Assalamualaikum, hello hye.


Tadi tengok cerita yang popular tu dekat tv3, yang vanilla coklat tuh. Aw, best gila cerita ni OMG. Keh aku tahu aku tahu haha. Suka laa teww tengok Aiman and Zara tu berlakon. Lol eh macam gedik pun ade jugak nih omg //buang jauh-jauh




By the way kan, time mula-mula cerita tadi memang okay je. Sweet sume ade. And scene paling last tu aku TAK SUKA. Ya, seriously aku tak suka tak suka. tsk! Aku rasa memang ramai jugak orang yang tak suka nih. Betul atau tidak. Kacau betol budak liyana tu. Geram gila vvavi jugak tengok si Akmal tuh. So cruel pftt pfft. Eh hahah membebel pulak aku ni, tu kan hanya lakonan semata-mata. Ehh nak lepaskan geram lah katakan, sebab tu bebel dekat sini. Lol okeh ignore ayat aku.


Wo wo wow wowww perut aku dah nyanyi dah ni. Nak mintak isi perot la tewww. Nasib sempat beli burger dekat airport tadi. Aku bawak balik, tak habis. Lol, tapi sedap. Aku bawak balik sebab rushing tadi, kakak aku dah nak masok flight gi Kl dah, dia pun fikir dia lambat. Takpaaaaaa haha


Okeh, esok aku nak download vanillacoklat ep 9. Episode sebelum ni semua aku dah download. Ehm, first time aku donlod cerita melayu nih, tu pun sebab cerita ni best, kot?

Aku pun tau jugak ada orang yang taksuka cerita ni, tapi berbeza orang, berbeza minat betol tak?

Apa-apa pun lah, aa. Aku harap happy ending je. Omg pahal cerita tu sekejap sangat. Sabar-sabar.




jangan pening kepala ya, ^^ okay bye!

Sunday, February 5, 2012

Kisah pagi tadi.

Assalamualaikum, anyeonghaseyo.



First of all, aku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua umat Islam. Maaf kalau lambat, tapi takpa la, kan still ada masa nak ucap. Hehe.


Okaylah. Hari ni aku pergi berjalan-jalan dengan kakak and dua orang cousin aku. Yeah, rasa macam melancong pun ada jugak. Aku dapat pergi tempat yang aku jarang pergi. Hahaha, tu la yang bestnya.  Tapi aku taknak cakap banyak la. Ada yang lebih penting lagi yang aku nak cakap. Yerr. Penting ke. Takda la penting sangat pon. Err sukati 


Yang aku nak story ni. Pagi tadi aku tengah duduk-dekat sofa. Kakak aku tengah buat kerja. Adalahh kerja yang dia buat tu. Hehehe. Tiba-tiba time dia buat kerja tu, ada seekorrrrrr cik sitikus limpas dekat ruang tamu. Entah dari mana datang tu entah. Kakak aku yang tengok sebenarnya. Sebab tu lah dia ada terjerit sikit. Lepas tu tiba ja cik siti tu hilang camtu je. Ehhhhhhh kau ni memang suka main sorok-sorok ye cik siti. Takpa takpa. Hahaha ape yang aku merepek ni ><




Then keadaan berubah menjadi seperti biasa.  Macam takda ape-apepun yang berlaku. Dalam hati, ahh lantak. Then beberapa minit lepas tuh kan, aku tengah buat air untuk aku sendiri. Aku time tu nak minum air oat dengan soya. Aihh senang cerita, yang jenis dalam paket tu. Aku pergi dapur, then tetiba je aku dengar kakak aku menjerit lagi untuk kali kedua. haha, dipendekkan cerita, lepas aku nampak cik siti tu, terus aku naik atas kerusi. Then cik siti terus pergi bawah kerusi aku (kerusi dekat meja makan) lepas tu aku jerittttt sekuat hati aku and lariii pergi ruang tamu.


Habis aku kena tegor sebab aku jerit kuat sangat sampai tahap dewa. Lol just kidding, but ya, memang kuat sangat aku jerit time tuh. Macam orang giler pun ada jugak, haha jk.


Kau tahu tak aku jerit sampai keluar air mataaaaaaa?


Berusaha lah bapak aku buang tikus tu.



last-last mati. hoho



Dah dah. Aku malas lagi nak cerita. Biar la kalau tergantung. Takda lah orang baca sangat pun. haha :)


Ppyong.