INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Saturday, March 31, 2012

One Direction? Haha.


Hello, hai and Assalamualaikum :D



Ehem. Aku bet ramai yang dah tahu orang-orang diatas kan? Ha, bagi sesape yang belum tahu lagi tu, mintak je Pak Cik Google tolong perkenalkan. Okeh. Hahaha. //kalau rajin jekk :P


Sebenarnya kan, salah seorang dari budak dalam gambar di atas itu, same birthday dengan aku, iaitu pada 12 Januari. Bangga aku. Haha, sebab ramai gilaa orang minat dekat dia kot? Lol keh takde kena mengena. Si budak Zayn Malik tuh. Aku post entry ni bukan nak tunjuk yang aku minat dieorang lah. Ehemm ye ke. Cuma. Haha. Hem. Atur ayat jap. Keh.


Semalam tetiba je aku bukak youtube, and tengok mv dieorang. First, aku bukak lagu One Thing. Dalam hati aku,


Ehem. Boleh tahan jugak lagu dieorang nih. Aww cute jugak budak-budak ni ehh? HAHAHA. Tak boleh jadi ni pftt.


Tekan sini untuk dengar lagu and tengok mv One Thing by One Direction.


HAHAHA. Tak sangka aku. Sanggup aku tunggu buffering video tu sampai habis. Walaupun time tu aku tengah download something, yang menyebabkan internet aku sloww gilehh. Budak-budak ni cute. Haha, jujur aku cakap. And yang paling penting sekali, budak-budak nih seribu kali lebih better dari bieber. Entahla, dulu aku okay je dengan bieber tuh. Sekarang tak berapa sangat lah.. Haha.


Lepas aku tengok mv One Thing tuh, aku beralih pulak tengok video What Makes You Beautiful. Ceh, romantik gilehh tajuk lagu. Hahaha. Klik sini untuk mv What Makes You Beautiful by One Direction. Lepas nihh la download lagu dieorang. Hehehe. Aku minat biasa-biase je k. Tak minat lebih-lebih mcm aku minat Korea. Ewahh. Tetiba cakap pasal korea pulak aku nih. Sedangkan ini entry tentang One Direction jeh? Biar ah. Takde orang kesah pun kan. :P



NOT MINE. GOT THIS VIA TUMBLR.


Aku suka tengok muka Zayn Malik (dua dari kiri) and terutamanya, Liam Payne (kanan). Dia cute! Hahaha. Aku rasa aku nak dia jadi abang aku lah. HAHA :D Lol joke k. Tak mungkin. Dia kan om puteh. HAHA lol keh ape aku ni tutt tutt.


Itu jea kot?

Ppyong :)





Wednesday, March 28, 2012

For all beautiful ladies out there.. :)


Assalam :)

Oh ya. Tadi aku ade bukak satu blog nih. Dia ni ade simpan banyak koleksi quote dan 'beautiful words' berunsur Islam dekat blog dia, and Subhanallah. Aku suka semua beautiful words tuh. Ade makna yang sungguh mendalam. Ini adalah salah satu daripada yang aku suka:

Wahai wanita, semakin kamu menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur kata mu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seseorang lelaki.


Aku setuju sangat. Selain daripada yang atas tuh, ni pun words yg cantik.

Tidakkah kaum lelaki ini rasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang dibawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka yang melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat hak yang sama? 


Subhanallah, aku suka ayat ni. Mesti dibaca oleh seorang suami. And Seriously. Ha, yang ni ada maksud yang tersirat nih. So, renung-renung dan fikir-fikirkanlah. So, the moral of the story. Jagalah aurat anda, sebagai seorang wanita dan InsyaAllah, anda akan selamat, di dunia dan diAkhirat :)


Pengajaran buat aku sendiri jugak. And sama-samalah kita mempelajari dan meningkatkan kualiti diri untuk menjadi seorang muslimah yang solehah :)

Saturday, March 24, 2012

Homesick ? Story pasal my village.

Oh hye, and Assalamualaikum.

Entry panjang :D


Not mine. Got this via Tumblr :)

Heyyy. Aku pun tak tahu lah. Sejak kebelakangan nih, aku rasa aku sangat rindukan kampung aku. Ceh. Dan itu lah yang dinamakan homesick kot? Ye lah. Memang pun. Aku homesick sebab aku rindu everything pasal kampung aku. Antara perkara yang buat aku rindukan kampung aku ialah:

Semestinya, my grandparent and my aunt. Lepas tuh, my cute cousin : Farah, Syaza, and others. My nephew and niece: Dazriel, Dania, and others. Ahhh aku betul-betul rindukan korang tahu tak?

Lepas tuh kan. Aku teringatlah balik ape yang kiteorang (me and my cousin) buat time holiday hujung tahun lepas. Biasalah kan, time hujung-hujung tahun nih memang air sungai tinggi. Eh, betul ke penggunaan perkataan 'tinggi' aku ni? Biar je lah. Haha. Ha, time tu memang air tinggi tahap gaban sampai mencecah jalan raya dekat kampung aku. Tapi air tu sampai dekat permukaan jalan raya je lah.


Di saat-saat macam tu lah aku, Farah, and Syaza main basikal dekat jalan raya tuh. Berulang alik tauu. Seronok gila! Waktu petang pulak tuh. Memang gilaa ah best. Rase macam kanak-kanak riang pun ade. Walaupun dah besar memanjang. Sanggup kiteorang main basikal sampai dah nak Maghrib. Hehehe. Dekat kampung je kot. Balik masuk rumah lewat pun, orang dah tak kisah. Hahaha.


Setiap petang, all of my aunt akan lepak-lepak dekat tangga rumah nenek cousin aku tuh. Kira nenek aku jugak lah. Tapi lebih kepada cousin aku tu lah, yang nama si Farah (16) and Syaza(11) tuh. Kadang-kadang ade jugak aku join sekali lepak tuh. Boleh tahan best ar. Bergosip-gosip dengan cerita orang tua-tua. Walaupun macam tu, tapi best jugak ahh. Lepak-lepak dekat tangga sambil menyaksikan pemandangan yang indah. Tambahan pulak, rumah kiteorang dekat je. Depan rumah kami pulak ade sungai.





Dari kiri : Dania (anak buah aku), Farah, Syaza, and Aku. Lol lawak gila muka aku situ. Comel betul cousin aku dengan anak buah aku kan? HEHE :D Betul. Tak tipu.


Gambar atas tuh time kiteorang dekat pejabat pos. Hehe, aunt aku ade urusan dekat situ mase tu. Dalam waktu yang sama, sempat lah pulak kiteorang capture gambar. Sebagai suka-suka and kenang-kenangan.


Berbalik pada cerita tadi. Kan depan rumah kami ade sungai. So kalau time paras air sungai tu tinggi, kiteorang mandi lah. Lebih best lagi kalau time anak buah and cousin aku dari Kuching dan KL balik kampung, sebab kalau dieorang ade, memang ramai ahh yang bermandi-manda dekat sungai tuh. HEHE. Lepas habis mandi tuh, me and my cousin akan mandi pakai paip depan rumah. Best kan? Haha.


Hahaha. Tengok gambar atas tuh. Time ni lawak. Ni lah cousin aku, Syaza. Cehh, berapakali aku nak cakap. Macam-macam gelagat kalau dah lepas mandi sungai. Ha, macam nih la jadi nya. Dengan buih shampoo lagi tu, atas kepala. Dia ni dah jadi model tak dibayar. Joke HAHA :D


Tapi kan, ade jugak perkara yang buat aku geram dekat kampung. Haha, bukan ape, ade lah sekumpulan budak lelaki nih. Namja okey. Eh malass ah aku nak cerita. Buat orang menyampah jea. Tskk taknak cerita. Nanti orang cakap aku menggatal pulak. HAHA. Cukup lah sekadar aku cakap yang aku geram dengan dieorang. Dah dah. Kepada readers, jangan curious okeh?


Eh dari tadi aku strory pasal kampung aku. Sampai sekarang aku tak bagi tahu lagi name kampung aku. Honestly lah kan, kampung aku terletak di Brunei. So aku bukan orang Malaysia. Cehcehceh okay fine aku tipu. Lol. Aku memang pure Malaysian okay. And proud to be :D Aku melanau, and Kampung aku dekat Dalat, Bahagian Mukah. Name dia Kampung Brunei. Kalau tak tahu kat mane, rajin-rajin lah bukak google maps keh? Lol k haha.



Seperti kampung-kampung yang lain jugak. Memang time hari raya lah best. Ramai family yang balik. Kecuali abang aku lah, sebab dia study overseas. Beraya di rantauan. Tapi takpe, next year InsyaAllah dia habis, and dapat beraya sama-sama lagi. Ziarah menziarahi, and makan kuih raya. Favourite aku time raya adalah makanan. Haha, yeah memang aku minat gilaa dengan kelupis berkuahkan kuah sate ayam pergh pergh sedap gilaa omg. Aku pun sukaa gila dengan Daging masak kari, hasil air tangan aunty aku. OMG serious sedap weihh betuuuul aku tak tipu. Daging dia tak liat, malahan lembut gilaa. Senang dikunyah and telan. Penuh aroma, ewahh ayat aku.


Selalunya time raya first tu pun aku and family akan pergi kampung yang satu lagi. Pada waktu petang. Haa yang nih kampung sebelah bapak aku lah. Terletak di Daro. Tapi sayang lah. Sebab aku tak fasih betul bercakap dalam Melanau Daro. Aku just fasih cakap melanau sebelah mak, iaitu Dalat. Tapi takpe, atleast aku tau sikit-sikit. Walaupun tak semua. Lebih baik dari tak tahu langsung kan?


Dah dah. Panjang dah aku tulis nih, penat wehh penat. Kalau aku rajin nanti aku tulis lagi. Bye


Ppyong.

Tuesday, March 20, 2012

It's Tonight, Yeorobun.





Ehem. Assalamualaikum.


Ignore title atas tuhh. Seriously aku memang tak pandai cipta title untuk post. So tulis je lah ape yang terlintas di minda ewah. Aku tak sabar nak sekolah esok. Eh, wait. ye ke? Aku cakap aku tak sabar esok sebab ada waktu free esok. Homework memang tak banyak, kecuali Pendidikan Islam. Omg seriously memang banyak Ustazah aku bagi kerja tapi takpe jugak kalau dia buat macam tuh. My ustazah cakap kali ni dia mesti  serious sikit. Kalau tak siap kerja dalam buku pink tuhh, bersedia lah untuk berlari ke Dataran


Pergh. Di dataran ilmu lah tempat yang paling famous di sekolah aku. Ehh jangaan main-main kau. Tempat nih memang famous, tetapi famous sebagai tempat menghukum pelajar sebab tak siap homework. AHAHA. So far aku tak pernah lagi. Ceh, budak baiklah katakan. Chewahh.


OMG okay honestly aku lapar. /tu pun nak cakap ke? Ignore ayat tuuhh tak penting chewah memang entry ni tak penting pun. Tskk dah dah dah. Bengang aku dengan cerita Indon dekat tv rumah aku nihh. Storyline sameeee jeeeeeea. Dah tahuu sangat dah storyline dia. Tak payah cerita pun dah tahu.


Dua orang dah tag aku untuk join Giveaway (GA) anjuran seorang blogger tuh. Tapi aku tak rasa aku join, sorry eikk. Bukan ape, aku tengok syarat dia banyaak. Dan mesti add ni and add ni. Peserta pun dah ramaai. So aku tak join tapi thanks la sebab dah tag ekk :) Thanks to : Zymah and Farah sebab dah tag ^^



Ppyong :3

Sunday, March 18, 2012

School.

Assalamualaikum.


Hari ni. Budak-budak asrama tuhh dah nak balik asrama lagii dah. Tskk alahai. Gerenti hari nie ramai budak-budak sekolah buat homework yang tak siap. Keh I admit la, aku pun macam tu jugak. Haha. Siapalah yang dah abis buat homework kan? Conferm, semua belum. Kecuali ade budak yang betul-betul rajin. Hahaha.


Aku tak tahu lah perasaan aku nih. Rasa malas nak pergi sekolah pun ade jugak. Aduhhh, mesti buat ni! Atleast 70% dah siap. Keh taknak tulis lama-lama. Mesti buat kerja.


Ppyong.

Thursday, March 15, 2012

Joma joma





Assalamualaikum and hai you all sumeeeeee

Tskk puas aku fikir nak letak tajuk apa. So aku main letak je tajuk tuhh, walaupun takde kena mengena. Sekarang nih tengah dengar lagu joma-joma from c-real. Okay, back to the story. //Cehh tak payah nak story sangatt lah. Oh ya. Petang nanti cousin aku nikah. Aku sendiri belum tahu lagi macam mana muka tunang dia. Makcik aku cakap hensemm orangnya. Hahah, macam orang cina pulak makcik aku cakap. Kalau macam tu, gerenti kulit dia putih macam cousin aku tu. //Cehh ape yang aku merepek nih.


Kalau ade kesempatan, nanti arr aku ambikan gambar and letak dekat blog. Nanti orang tahu lah macam mana muka cousin aku tuh. Ehh rasa tak berani pun ade jugak. Sukahati aku je letak gambar orang dalam blog sendiri. Eh tengok lah nanti ekk. Nak letak ke taknak letak. Kita tengok je nanti yea.


Nak kasi tauu nih. Semalam, ade lah seorang budakk tuh. Setelah sekian lamaa dia tak mintak kredit dengan aku, tetiba je semalam ade mintak lagi. Macam aku ni ATM Kredit machine. Haha -,-' dari dulu budak tu macam tu. Aneh. Okeh, last-last aku tak balas pun RQ dia tu. :P Kedekut jugak aku nie. Tapi kredit aku pun dah tinggal sikit semalam. Lama gilaa dah aku tak topup baru. Aku rasa budak ni kenal siapa dia. HAHA. Kalau kau tahu, diam jea. Zip your mouth!



Keh, lepas ni nak bersiap. Pastikan everything is clear! Ceh ayat akuu.



Ppyong.

Why so fast?

Assalamualaikum.


Hm. Dah hari Khamis dah. Minggu depan dah nak start pergi sekolah lagi dah. Alahai cepat betul masa berlalu. Homework melambak-lambak. Tak dapat nak banyak lagi ke? Nasib baik tahun nih PMR. Takpe, tahun ni je aku mesti rajin sikit. Bulan Oktober tuhh, tak lama lagi. Lepas tu sukahati kau la nak buat ape ye? Actually aku cakap macam ni hanya untuk menenangkan diri aku jea. So that aku ada semangat sikit.


Esok cousin aku nikah. Aku tak tahu lah aku ada masa ke tak buat homework yang belum habis nihh. InsyaAllah ada. Okay dah lepas ni aku nak sambung buat homework. Sikit je lagi, habis lah tu! Nasib baik 2 3 hari lepas aku ada buat sikit-sikit homework. Almost 30% dah siap. Okayyy dah! Apelaaa aku nii tak berhenti nak menaip. Doakan aku agar cepat-cepat dapat siapkan homework. :)


Ppyong :3

Tuesday, March 13, 2012

Myungmyung

Assalamualaikum, and hai people.


Tskk pehal aku ni. Aku dah hampir terlupa yang hari ni birthday Myungsoo. Lol teruk betul aku ni. Sebagai seorang fan, mestilah sentiasa ingatt birthday bias dieorang. Tak macam aku, lol. DAH DAH -,-'

Alahai. Merepek je kerja aku ni. Apeapepun, happy birthday my Myungsoo shii. I will always support you! ceh, macam dia nak baca entry ni pulak kan. HAHA.





Saengil chukka hamnida, Myungsoo shii! 


Hambikk kau love dari aku. Mueheheehe :P Ppyong.

Photo aku ambik dari tumblr

Saturday, March 10, 2012

Berat lagi.

Assalamualaikum, and hye.


Tskk pehal la blog aku ni berat sekali lagi. Aku tak suka aaaaa macam berat je nak scroll up and down. Sampai nak tekan back to top pun dah macam slow je. T^T Alahaai. Maybe sebab gambar yang aku upload tu berat sangat kot? Sebab tu la KOT ahaha TT_TT Sabar-sabar-sabar. Tripple double sabar


Eh btw semalam aku ade cakap dengan mak aku yang aku nak beli flat. Jap. Bukan flat rumah. Erm alaa yang macam kasut tu tapi flat. Aisshh ahh lantak. Sebab tu aar aku rasa eksaited nak keluar hari ni. Hambboi kalau keluar, keluar jugak tapi homework melambak tu jangan lupe -.-'


Edit belog kejap. EHEHE ppyong

Tuesday, March 6, 2012

Clipping Mask.

Assalamualaikum. Hye-yeom.


Erk erk tadi aku ada try buat clipping mask untuk font. Hahaha. Lol dengan bangganya aku dapat buat. Fuhh. Tapi, still di peringkat tadika lagi ekk. Tak se EXPERT orang lain -> Cantik-cantik belaka gitewww. For the first time aku try buat header pakai tekstur yang aku googlekan. Yeaa! Dengan bantuan Encik Google, dapat lah aku carik tekstur tuh. Walaupun banyak tekstur yang tak cantik, tapi aku try jugak sampai lah aku menghasilkan header yang tak berapa nak okay sangat ni. Hamboi terlampau merendah diri pulak aku ni :P





Alahaiiii sekali lagi aku pakai warna gelap! Bila lagi aku nak pandai main-main dengan warna ni ekk? HAHA. Takpelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ceh kemain panjang h aku. Click to enlarge, but do not copy the link and put on your site. Aku hrmmmkan -.-'

Iee maaf kalau buruk. Yepp memang. Aku tak tipu sebab aku bukan tangan seni. :P

Pfft. Dekat sekolah aku form 1,2, and 4 tak sekolah. Dieorang cuti, dan untuk form3 and 5, WAJIB PERGI SEKOLAH. Alahaai nasib badan. Sabar je lah :)

Sunday, March 4, 2012

Jalan jalan jalan jalan makan angin

Assalamualaikum ;)


Cuti tahun baru cina hari tu aku and family ade pergi jalan-jalan dekat damai central, santubong. Mak aih, seriously cantik tempat tuh. Memang cantik wok dia punya scenery. Serious aku tak tipu. Damai central ni terletak dekat depan Kampung Budaya (Sarawak Culture Village). Ha ni kira kali kedua lah aku pergi. Boleh tahan ramai orang pergi situ. Last year first time aku pergi, takde lah seramai ni. Ye la, time tu kan masih baru lagii >.<


Cantik kan tempat ni? Yes, tempat ni pun sesuai untuk shooting gambar. Sebenarnya kan, gambar atas tu aku crop. You know why? Sebab gambar nya besar lahh teramat. Kalau aku tak crop, berjam lah aku tunggu nak upload. Sampai esok pun tak habis upload kot? Keh aku tipu. HAHA


Next, dekat Damai Central ni, ada pemandangan di pantai dan gunung santubong tauuu.  Dekat pantai tuh, orang ramai boleh mandi, berkelah, buat istana pasir, and macam-macam lagi lah. Even tempat orang makan pun ada. Last year aku pernah cuba nasik ayam penyet dengan nasi lalapan. Wow! Rasanya memang pergh! Maaf ye takda gambar, muehehehe :3


 Me and my sis

 Di tepi pantai yang indah :)









Ignore my facee. Hihihihi. Dan! Gambar yang aku paling suka sekali adalahhhh.


HHHHHHHHHHAAAAAAAAAA! Cantik kan? Diambil time dah nak sunset. Nampak macam waktu malam kan? Tapi sebenarnya, masih petang. Sekali tengok gambar di atas, macam di edit pun adoo. Tapi sebenornya kan, ori tauuu. Bukan pakai DSLR atau yang seangkatan dengannya, tapi hanya dengan menggunakan camera biasa! Entah pe tah nama camera tuh. Erm lebih kurang macam ni lah. Tapi jenis lain lah :)


Ada lagi gambar lain. Tapi aku malas lah nak upload banyak-banyak. Tersangat lah lambat. Okay. So, kalau ada siapa-siapa nak jalan-jalan around Kuching ni, boleh la pergi Damai Central ni dekat area santubong. Ada aura yang tenangg gituuuw kalau pergi sini, sungguh relaxing!


Ppyong :3

Saturday, March 3, 2012

Yea, for the first time!

Assalamualaikum :)


Tadik aku ada buat header pakai photoshop. Header jenis yang gothic. Yang seram+gelap tuh. Eh betul ke eja? Lantak. Haha. Actually first time aku buat. Aku pun sedang belajaaaaaar. Takpa, lepas PMR nanti, aku belajar betu;-betul pasal photoshop ni. Ei, kalau boleh tunggu abang aku balik dari US. Dia pandaiii yooo pasal-pasal photoshop nih! Kalau nak tunggu dia, terpaksa la tunggu lepas form 4 nanti. HAHA! Sabar je la.


Ni la gambar header tuh. (Apasal aku rasa buruk? Ye memang pun kot. Percubaan pertama. Takda hiasan. Just ayat je. Aku still tulis pakai 'seoul prince'. Hehehe)




Sebenarnya header atas ni aku memang ikut saiz standard header. Tapi disebabkan blog aku kecik, so aku resizekan jadi kecik. Klik je kalau nak besar. Yang aku suka pasal gambar ni, aku suka shadow warna hitam tuh. HAHA.



So how? EE sory kalau buruk. T^T Pfft. Okeh. Sekarang ni aku rasa lapar la pulak alahaii. So k aku makan dulu. Nanti-nanti lah aku update lagi ya. lapar! tsk




P/s: Aku baru je habis ujian semalam. Yeah! Alhamdulillah. Harap-harap dapat keputusan yang memberi kepuasan. Amin :)


Ppyong :3

Alaahaaaaaaaai

Aku rasa ada something happen dekat date header aku. Besar kann? Alahai, ape nak jadi lah.

Friday, March 2, 2012

Aku sukaaaaa ~

Keh keh! Not mine :)

Cantik! Next :)

K. All of these photos are not mine.








Aku post semua gambar ni sebab aku suka. Haha, menyampah aku. Yeahh, aku suka tengok baju-baju ni semua. Susah gila nak cari baju ni! sebab, sebab aku tengok dekat mall majority of the baju memang lengan pendek dan ketat. Ade yang longgar, tapi mahal sangat kot. Alahai, memang takde yang berpatutan ke? Haha. Takpa lah. Nanti kalau ada pergi mana-mana ke, kot kot ade kan? Just wait and see. Or maybe kat korea je kot ada? Haha, tak semesti nyaaaa!



Agak-agak korang kat mana eh ade jual baju ala-ala mcm nih? Ohh, aku rasa memang difficult la nak cari. Lain lah kat KL, semua ade. Kat kuching ni? Meow Meow je. Haha.


Ppyong, Assalamualaikum :)

Akuu nakkkk ~

This picture is not mine :)



Eheeee. Yer, aku nak. Tunggu ade duit je la. lol keh bye

Anyeong, Assalamualaikum w.b.t :)