INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Tuesday, March 26, 2013

i need a decision lol

Assalamu'alaikum. Aku baru habis blogwalking hoho banyaaknya blog cuteee! Jealous pulak aku tengok  depa heheh seriously diorang semua kreatif. Tak macam aku hoho //kicked. Dulu aku pernah cakap nak belajar html/css kan? Hoho, buat masa terdekat ni maybe tak. Aku rasa... hujung tahun nanti kot? InsyaAllah, kalau aku betul-betul ikut plan maybe semua benda yang aku nak belajar akan menjadi hehe. Bosan jugak jadinya kalau setiap masa harus depending dengan template yang kadang-kadang agak menyakitkan hati aku ceh hyperbola aku ni ._. Hurm, pendek kata, aku nak cuba design blog aku sendiri heheh

Memandangkan aku dah tahu nak buat apa sekarang ni, aku rasa aku nak join GA. Tapi, ada benda yang menjadi satu masalah dekat sini. And the problem is aku malas. Alasan yang sangat tak bermunasabah di dunia. Aku tahu haha //slapped. Seriously dalam hati aku //ceh memang ada niat nak join GA. Tak kisah lah mana-mana GA sekalipun, asal hadiah dia menarik and boleh jadi benda yang buat aku happy ceeeeeh gituu

Nanti aku nak edit bahagian links and about. Belum lengkap lagi part navigation tu sebenarnya *sigh* Bila aku nak atur pun aku tak sure lagi.

P/s: Tadi aku tengok movie Journey to the West. Overall memang best and a little bit 'seram' tapi movie tu tak sampai sejam pun. Tu yang buat aku tak puas hati sebenarnya sobss T.T I need moreee. 

Jyaa ne.

Monday, March 25, 2013

edits or mangacaps

This is my husbando, Sasuke-kun. Dia comel okay askfhjalsdjghlsaghlashjlgkjsglja even though dengan ular sekali hahah keh whatever he is mine
Assalamualaikum. Musim cuti sekarang ni aku ambik kesempatan nak buat edits/mangacaps. Hahaha masa mak and bapak aku keluar kerja, takda benda nak buat dekat rumah soo ni je lah aku buat keke. Aku takda lah setiap masa buat benda alah ni. Banyak lagi kerja lain yang perlu aku buat. Macam... homework? Keh. As if aku buat. Okay aku akan buat but not now. Teruknya akuu sampai bertangguh buat hohoho. AMARAN KERAS: JANGAN IKUT PERANGAI MALAS AKU OKAY

Mangacap atas tu actually belum habis edit lagi omggg seriously aku tak reti sangat dengan benda alah ni (art) tapi aku sukaa aku sukaa and aku suka. Kalau sekolah aku ada subjek art untuk spm, sure aku akan ambikk but unfortunately, subjek seni akan bertembung dengan subjek pqs (kalau diikutkan jadual SPM nanti) Kalau tak silap aku la. Sobs. Redha je lah. Aku terimaa. Art boleh dipelajari bila-bila masaaa. Betul tak? Yeaaa

Aku dah save beberapa mangacaps dalam folder baru aku hohohoohoho leceh. Seriously leceh. Aku sharpen and tukarkan jadi image hitam putih guna photoscape. Lepas tu baru save. Lepas save tu, terus edit guna ps. Ahh, maybe ada lagi cara yang paling senang and aku tak tahu macam mana. Lantak situ.

Wohhooo aku tukar header lagi. Simple je. Yang lama tu macam tak mengena je dengan warna so aku tukar. Jalan yang terbaik ceeeeeeh. Oh ya, tadi aku ada edit mangacap Naruto. First time aku guna curve. Yup salah satu cara yang lain untuk buat mangacaps kita jadi high quality adalah dengan menggunakan kaedah curve. (p/s:selain dengan menggunakan kaedah filter>sharpen>sharpen). Erm aku tak tahu macam mana nak explain pasal ni hahaha tapi korang boleh google tutorial macam mana nak guna curve ni. Aku baru try cara ni and aku rasa berhasil ceeeeeh. Ah, ni dia:
Seriously, edits aku belum sempurna sepenuhnya and tak macam orang lain T_T Aku dah banyak kali cuba and cuba. Haha, aku harap lepas banyak practice aku dapat tahu cara macam mana nak edit gambar or mangacaps dengann cara yang lebih baik dari yang sebelumnya. Aku harap cenggitu lah jadinya hehe.

Aku memang ada niat nak blogwalking tapi malas jea rasa. Maybe malam nanti kot? Tengok ah nanti

Jyaa ne.

Sunday, March 24, 2013

hi infiniteu!

Assalamu'alaikum. Oh ya, it's been awhile since the last time I've updated this blog (Almost a week. Maybe more than that?) Memandangkan dah cuti sekolah jadi sekarang aku nak ambil kesempatan yang ada untuk update blog selalu hoho. Actually post ni memang dah beberapa kali aku tangguh. Reason? M.... uhh. Ehem bukan. Sebenarnya.. sebenarnya.. okay. Ada beberapa halangan yang mendatang so baru sekarang ada masa nak update.

Memandangkan sekarang dah cuti sekolah, aku bet ramai orang yang cakap 'omg boringnyaa' and 'homework aku belum sentuh lagi' ahaha well itu memang kebiasaan. Aku sendiri macam tu and entah la bila perangai aku nak berubah. Aku dah puas kena bebelan dan segala-gala nasihat yang ada and yeap okay aku terima. Hurm tutup cerita pasal ni. Hari tu (Khamis, 21Mac 2013) result SPM keluar kan? Aku dengar cerita dekat sekolah aku ada lima orang dapat straight As. Alhamdulillah, walaupun 5 je tapi aku tetap bersyukur. Bangga woo ada senior macam diorang ni haha pandai-pandai belaka. Sekali gus jadi rolemodel untuk budak-budak spm tahun nih and tahun depan. Aku suka tengok cousin aku yang form 5 tu, Farah. Dia dah makin semangat nak belajar and hahaha perkara yang lucunya aku tak abes-abes suruh dia tengok teaser Man In Love- Infinite tuh. Kesian dia ahaha as if you get what I mean.

Wowww I can say that comeback Infinite kali ni awesomee babehhh! New appearance, tak macam lagu diorang before nih. Pendapat aku; Jenis music lagu diorang sama (dari dulu). What I mean is, rentak memang la tak sama tapi 'music' yang diorang guna tu. Erk, seriously, aku tak tahu macam mana nak describe opinion aku ni dalam bentuk satu ayat. Kadang-kadang aku pernah terfikir yang lagu Teentop jauh lebih best dari Infinite tapi memang takdapat nak nafi yang Infinite memang daebak serius sampai aku jatuh cinta dekat L okayy  argh ehem ignore //slapped.
Aku dah start balik tengok korean drama. Drama dekat chanel One sekarang nih, That Winter, the Wind Blows. Okay I bet memang ramai yang dah tahu. Aku mulanya takda niat nak tengok cerita ni pun hoho lepas dengar synopsis pendek dari si Farah yang comel, baru aku rasa ada force of attraction mengenai cerita tu then terus aku tengok petang semalam hahah. Serious sweet. Sedih gak ah. Mesti lah sedih, it's a melodrama story mannnnn it's really worth watching! Ramai member aku taklayan cerita sedih macam ni. I don't know why.

Gonna update new entry soon! Aku sure kali ni aku akan selalu update. Okeh

Jyaa ne.

Tuesday, March 12, 2013

Mmmmaddddneesss

Assalamualaikum and hai. Sekarang aku nak cepat. Haha, bukannya hapee, dari tadi asyik online je and seriously belum study untuk test PSK esok. Hati aku ni tiba-tiba terdetik nak update. Haha, ramai gilaa orang cakap tak penting tapi bagi aku memang penting ah jugak. Kalau sivik tak dapat A, haha you know what I mean. I have no intention to mention about it here.

Time sekolah tadi seriously aku jadi pendengar setia je. Dua orang member aku ada-ada je cerita funny+weirdo+cute stories waktu zaman kecik dieorang. Aku jeles, sebab aku tak tahu sama ada aku ingat atau tak kisah waktu kecik aku hahaha. Be a listener, that's what I did it this morning. Nasib baek funny HAHAHA.

Aku nak salin lyrics. Kerja aku dekat sekolah sekarang ni menyanyi je OMG hahaha aku memang sepatutnya STUDYING not SINGING. Result test? Ehem. *caugh*
Waa~ Excited. Esok pergi lawatan ke Damai Beach Resort. Untung gak jadi ahli PPIM Pakej 3 sekolah aku ni huahuahua. I admit, memang cikgu pakej kiteorang agak tegas but nice and fun. Seriously.
Ohya, tomorrow is my friend's birthday. Mai-Chama. Happy becoming birthday my friend! May Allah bless you. You'll be my bff till forever. InsyaAllah.

Jyaa.

Saturday, March 9, 2013

Test #1

Oh hai! Assalamualaikum. Untuk bulan March ni aku belum update apa-apapun sebenarnya, haha. No one yang kisah pun sebenarnya. Korang ada test tak? Maksud aku, lebih kurang macam ujian awal tahun ah. Mesti ada kan lolll ahaha. Actually minggu ni aku ada test. Ni kali pertama experience ujian form4 (well walaupun tak ikut format) but aku taknak berharap sangat lah dengan result test tu nanti. Hahaha, as if you get what I mean. Aku tak rajin macam student lain kayy

Since hujung bulan lepas aku memang sengaja private-kan blog aku ni hoho. Kempunan nak edit blog sebenarnya lol and nahhh ni lah hasilnya walaupun tak seberapa. Aku selalu sangat terfikir, aku nak buat semuaaa benda. Yep, apa yang aku cuba nak sampaikan dekat sini adalah aku nak belajar semua benda art art macam photoshop, poster, gif, edits, and codding. Ahh, molla. Mampu ke aku nak buat semua tu? Kalau nak ikutkan perangai aku //malas memang tak menjadi arh. But at the other side, semangat aku nak belajar tu memang ada. Hahaha. Aku pun tak pasti macam mana sebenarnya.

Nanti aku nak atur bahagian about, links and credit section. Belum complete lagi sebenarnya, walaupun nampak macam complete. Tadi aku blogwalking. Ahhh seriously, banyak gilaa blog yang awesome! Aku ni kalau aku dah suka aku follow je. Aku tak kisah pun dieorang nak follow blog aku balik or tak. Yep aku memang tak kisah sebab aku taknak dilabel sebagai attention seeker. Kalau dieorang follow balik pun, aku memang sangat menghargai dieorang. Thanksss anywayyy //throw loves. Aku ni still dalam golongan newbie kot? Seriously, follower belum ramai lagi. Bahananya kalau malas nak blogwalking and update blog. Hahaha.
Aku ada scandal baru. Ehem! Yoshida Haru. Apa yang penting, aku taknak kawan aku tahu. Kalau dia tahu habisss aku dilabel and dicop sebagai orang yang tak setia. HAHA org dah sedia maklum aku ni Sasuke's waifu. Omgg seriously, melampau sangat ke *fangirling mode* aku ni? HAHAHA lol
 Esok exam Biology. Boleh tak aku ponteng? HAHAHAHAHA ada hati nak escape. Jangan harap.

Jyaa.