INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Friday, April 27, 2012

Nampaknya, aku dah makin addicted dengan..


Minato Manikaze and Kushina Uzumaki


Assalamualaikum. Hai. NOT MINE okayy. Alololololo. Comelnya parent Naruto. Mak Naruto, Uzumaki Kushina memang sangat-sangat cantik OMG rambut dia warna merah tapi OMGOMG panjang and ihh memang sweet gilaa ah. HAHA. Lol k aku tahu ayat aku dah tak betul dah tsk. Tetiba je aku cakap pasal Naruto kan? LOL ya memang nak cakap pasal tu pun.


Aku memang dah lama gila dah tak tengok anime Naruto, since abang aku dah terbang ke US time 2009 dulu. Time dia ada kan, memangg selalu ahh tengok Naruto ni dalam komputer. Lol masa tu kiteorang masih tinggal kat Mukah lagi. Abang aku ni rajin sangat tengok Naruto so aku tumpang sekaki la. HAHA lololol. Cerita tu serious best. Aku memang tak faham betul lah kenapa ade orang yang tak minat tengok cerita tu lol korang nii haha best kot??


Takpe takpe. Tu hak dieorang nak minat ke tak puihh. Rugi tak tengok. HAHA. Lol. Aku.. aku sebenarnyaa. Sebenarnyaa ewah. Tak da pa. Eh tak. Ehh entah lol ape aku nak cakap nih. Hah. Petang semalam (Khamis) aku tengok anime Naruto dekat NarutoGet. Aku tengok yang Naruto Shippuden punyaa. Sebab aku dah tahu jalan cerita tu time Season 1 lol hahaha. Tapi tak ingat semua lah. Atleast, time tengok Naruto Shippuden tu aku faham jalan cerita dia. Interesting betul. AAA time first episode Naruto Shippuden tu aku teriakk tengok muka Sasuke. OMG gilaa hensem muka Sasuke.




Sasuke Uchiha


HAHAHA aku memang tak tahan kalau tengok muka lelaki anime yang hensem+cool+woo memang tersenyum kambing eh tak memang tersenyum sorang sorang depat laptop. Apatah lagi tengok anime (dalam video). Alahaiiiii dengan kartun pun aku boleh TERsuka. Takpa. Sekejap jeh tuh. Ehem


Semalam aku memang habiskan masa aku tengok Naruto lol jangan ikut sikap aku. HAHAHA! EH tak la macam tu sangat, ade lah jugak buat benda-benda lain macam.. Makan, tidur, a'ah yang selalu kita buat time everyday life tuh lol. Mestilah kan. Lol ape aku merepek nih. Dari tadi asyik taip perkataan LOL jeh. Pening kepala. HAHA.



Keh dah tutup pasal Naruto. Entry aku sebelum ni, memang amat menyedihkan ewah sebab time tu spec aku hilang. Tapi Alhamdulillah lah sebab hari Rabu tuh jumpa balik spec tu. Tahu kat mana? Tsk. Dekat bawah meja makmal Sains. Sebab hari Selasa tuh kitorang ade pergi makmal Sains. And tertinggal dekat situ -,- Aku rasa kan, kawan duduk sebelah aku yang letak bawah tu lol. Tapi aku diam je. Tengok-tengok dia kecik hati pulak nanti kan? Tapi takpa. Aku tak kisah pun sebab dia kawan aku. Aku pun sebelum keluar dari makmal tu tak cek. HAHA.



Okeh tu je kot. See you next time, ewaah.


Ppyong.

Tuesday, April 24, 2012

Cuai :|

Assalamualaikum and hai readers.



NOT MINE


Hari ni biasa je sebenarnya. Sekolah seperti biasa, and buat kerja sekolah seperti biasa. Nothing special actually, but ada satu masalah time balik tadi. Ahh seriously. Spoil hari ni dibuatnya. Tapi dah takdir Allah. Kita sebagai hamba-Nya mestilah menerima takdir dengan redha. Sebenar-benarnya, spectacle aku hilang lagi. Ya, hilang lagi. For the second time. Ya Allah, cuainya aku. Aku harap aku dapat bertemu balik dengan spec tu. Mana tahu tertinggal dekat sekolah kan?


Sekarang nih, harapan aku hanyalah doa. Kalau aku jumpa balik spec tu, aku akan betul-betul jaga spec aku. We must always struggle in study, and keep our stuff safely. Keh ignore broken english aku tuh. HAHA sempatttt. Apa-apapun, exam dah tak lama lagi tuuu. Bila nak study? OMG serious, aku belum study. Bukan aku malas, cuma, belum prepare. Tahun nih, mesti rajin. Ya Allah susah nya. Kalau nak berjaya, takda perkataan senang. Ia akan jadi senang kalau kita melalui fasa susah dulu. Yeah, aku sedar tu, aku sedar :) //ewahh ayat aku. tapi memang betul lah kan :)


Bismillahirrahmaanirrahim..






Ya Allah, ampuni dosa kesalahan aku, dosa kedua ibubapaku, dosa saudara-saudaraku, dosa semua kaum muslimin dan muslimat di dunia ini, Ya Allah. Kuatkanlah kami dalam menghadapi dugaanMu. Permudahkanlah urusan kami, Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin :)




PMR, I beg you, please be nice with all of 2012 PMR's candidates. I LOVE YOU! :D




P/s: Ya Allah, aku harap, dapat jumpa balik spec tuh. Amin. Aku betul-betul takkan cuai lagi lepas nih. T_T :'(



Ppyongg.


Saturday, April 21, 2012

Dua tiga hari kerja Melukis -.-'

Assalamualaikum :)



Haha. Cuba tengok background twitter aku tuh. Hehehe. Hensem tak hensem tak lol keh aku tahu jawapannya keh dah lol. Aku sayang background tuh T_T Taknak tukar! HAHA :D Keh dahdahdah.


Berbalik kepada tajuk. Dua tiga hari ni lama dah aku tak update blog. Malas gila aku nak blogwalking. Follower tak ramai. Tapi silent reader ramai wwooo -.-' Aku dapat tahu dari facebook. Haha. Okay. Semenjak petang jumaat tuh, kerja aku hanya melukis. Ye, melukis. Melukis guna Paint Tool SAI. Alahai best gilaa bende alah ni. Senang nak lukis doodles. Tapi aku tak seEXPERT kawan aku. Dia terer gila melukis anime. I'm soo jelly. HAHA. Keh nak tengok hasil doodle aku? Tapi aku dah post bende alah ni dekat fb dah. Ramai dah tengok kot. HAHA. 

Eh jap. Aku tak tahu lah sama ada yang aku lukis ni doodles atau tak. Haha. Aku bukan tangan seni tsk tsk.





Lol aku tahu buruk. Hahaha, first time kot buat bende alah ni? -.-'





LOLOLOLO, aku namakan doodle ni Se Hun. Haha. Eh. Ye ke. Aku rasa the real Se Hun handsome lagi kot? Aku tahu, doodle ni tak sama muka dengan dia  HAHAHA xD (Memang pun ) Haih -.-' Ape aku merepek ni.




Hah. Yang ni aku baru buat semalam. Ade peningkatan sikit la dari yang sebelum nih. 


Sebenarnya, doodle yang dekat atas tu atas request kakak aku. Dia suruh aku buat macam Park Bom (2NE1). Tak tahu lah macam ParkBom ataupun tidak. Dia suruh aku letak snowcap jugak. Tapi aku tak reti. So aku cakap lah, nanti aku cuba lagi. HAHA kalau ada masa terluang, aku lukis. :D



Maaf kalau ade lukisan aku tu buruk. Aku memang tak pandai melukis lol. Aku bukan tangan seni. Aku pun tak ade bakat dalam mewarna. Tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk menyiapkan lukisan tuh. Lol keh. Meh aku tunjukkan lukisan kawan aku tuh. Credit to her :D








Cantik kan? (Bagi aku la). Banyak lagi lukisan yang dia hasilkan. Semua cantik-cantik. Oh ya, dia ni pelukis anime. Dia cakap, practice make perfect. Yeahh she's sooo right 



P/s: Oh ya. Hari Jumaat tuh sekolah kiteorang ade merentas desa. Nanti kalau ade masa lagi, aku post pasal kejohanan tuh. Kalau aku rajin. Haha aku tak rasa aku akan rajin, ewahh ye ke. Mesti rajin. Eh tengok lah nanti ye. HAHA.


Ppyong :3

Saturday, April 14, 2012

Exotic

Assalamualaikum.



Ecececeh. Aku sengaja buat kecik je gambar Liam Payne. Sebab entry ni takde kena mengena dengan dia. Gambar hiasan semata-mata hahahaha. Sesaje je letak gif dia kat sini lol k. Bunyi macam kejam je kan. Hahaha biarrr.


Lama gileh tak update and blogwalking. Hmm iyelah. Dua tiga hari ni aku just edit blog jeh. Blog aku hari tuh dah hancur. I repeat, hancur. Terpaksa aku buat baru balik. Penat aku godek-godek code alahai penat, seriously penat. Sambil tuh, ehehehe :P Aku dah jatuh cinta ewah ayat tak boleh nak jiwang lagi. Aku dah jatuh cinta dengan Exo-K. Eh Exo-K je ke? Kesian dekat Exo-M. Hahaha nak buat macam mana lah kan. Lol hahaha hampir semua dalam Exo-K tu aku minat. Ewah aku minat kat dieorang time tengok dance practice lagu History tuh. Sharp gilaa tarian lagu tu OMG HAHA.


Oh Se Hoon


OMG gilaa pesal kau hensem sangat eiiii geram aku tengok. Comel betul kau ni. Jeles aku tengok kau menari dekat History dance practice tuh. Cara kau menari tu sebenarnya buat aku tertarik dekat kau.


Haha sila muntah sekarang. Aku tahu ayat di atas tu boleh buat orang rasa uekkkkkkkk. Tapi serious weii aku fall in love dekat Exo-K. Tapi aku tak berkenan sangat dekat lagu MAMA tuh. Macamm erkkk search la Youtube, tapi aku sarankan jangan dengar lagu tuh lah. T^T Sobsss aku tak pandai explain sebab tak boleh dengar lagu tuhh.


Haaa yang ni D.O. Dia sama birthday ngan akuuuu aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nanti kita sama-sama celebrate birthday okay? HEHEHE. Walaupun dia ni pendek tapi aaaa comel lah muka and sora dia. Tsskk Daebak.


Semalam aku tengok hot debut dieorang. Exo-K sama sekali tidak lips sinc! (Eh betul ke perkataan 'lips sinc' tuh?). Aku dengar sora depa live live omgg power beb. Memang berbakat betul depa nih. Baru je debut, MV depa dah mencecah 3 million ++ dah. Aku tabik spring sama korang Exo-K!


Eleh, macam la diorang dengar ape yang aku cakap nih hahaha tapi takpa lah. Sobs sobs T^T.
Eh aku nak wish dekat Se Hun,


Happy Belated Birthday!

Walaupun dia tak dengar oohhh kesian betul ewah. Dari tadi aku tak habis-habis merapuu. Biarr je. Ghupe orang dah fall in love tadi kan. Oh ya, Se Hun ni sebenarnya Maknae dalam Exo-K. Paling muda lah maksud dia. DOB dia 12 April, 1994. Umur dia dah masok 19 (Korean). Hmm kalau aku tinggal kat Korea, mesti umur aku dah cecah 16. Berangan kau tapi apa salahnya. HEHE



P:S: Btw, jangan lupa doakan aku supaya dapat menjejakkan kaki ke Korea ye? HAHA. Kakak aku pernah cakap, kalau dia ada duit/gaji, dia nak ajak aku pergi Korea. AA best betoii ah. Amin :D




Ppyong.



Wednesday, April 11, 2012

Trang tang tang tang


Assalamualaikum :)



NOT MINE


Hai. Ignore tajuk. Sampai bila-bila aku takkan pandai cipta tajuk. Haha. Erk rasanya dah lama kot aku tak update. Semenjak join GA hari tuh. Wakaka. Aku just.. Taknak lalai sangat berblogging dan berfacebook. Tahun nih aku PMR. So aku mesti kurangkan ONLINE. Tskk. Aku nak sangat dapat 9A. Amin :') Maybe lepas nih aku jarang kut online. Harap jadi macam tu lah. Focus dekat study je. Tak lama lagi teww


Hari ni Rabu. 1 Malaysia cuti kan. Rasa macam hari Sabtu lah pulak. HAHA. Ye lah. Kita kan tak biasa cuti  hari Rabu. Sebab tu rasa macam hari Sabtu jehh :3 keh dah. Oh ya, aku dah tukar lagu dalam blog ni. Rugi tak dengar sampai habis. Ahhh sedap gila suara Yonghwa. Comel aaaaaaa comel gila omg. Aku suka dengar suara dia aaa sedap gilaa omg. K dah-dah. Boleh gila jadinya malam-malam camni nak fangirling. AHAHA. 



Okay masok bab orang putih pulak. Tadi bab orang korea /tskk apa aku merepek nih

Tadih aku dengar lagu BOYFRIEND dari Justin Bieber. Erkk boleh tahan jugak lah lagu dia yang baru tuh. Haha. Tp kalau empunya suara tu aku belum berkenan lagi lah. Lagu dia je. Aku ulang. LAGU DIA JE. Haha. Klik sini kalau nak dengar lagu tuh. Mv dia tak lama lagi keluar. Dah ada tiga teaser dah. Cerr tengok kat youtube. HEHE :3






Aku mesti struggle dalam study. Tahun nih jangan main-main. Kurangkan online, tv, and benda-benda yang melalaikan. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk melakukan semua ini. Aamin Ya Rabbal Aalamin :') 9A. Beat It! InsyaAllah.


Assalamualaikum :3 Ppyong.









Saturday, April 7, 2012

1st Giveaway Forever Young By Nazihah Hsn


Assalamualaikum :D



Hai semua. Ehehe. Actually nie first time aku join GA nih. Nak try pulak sebab nampak menarik je dia punya hadiah kan. Kalau nak join, just tekan ye banner di atas :) Memang for the first time betul aku join GA nih. Haha, sebab orang lain dah penat tag aku. So aku try la join, hehe. Mana tahu ada rezeki kan? Amin ya rabbal 'aalamin :D

Keh. Ni antara sebab aku nak pensel case tu :

~ Semestinya, pensel case tu comel! Betul, tak tipu. :D
~ Pensel case aku hari tuh dah koyak. So mana tahu ade rezeki dapat pensel case baru :)
~ Aku suka benda yang handmade nih. Sangat kreatif  and comel :D
~ Design pensel case tu simple je. I like..

Meh meh. Aku nak tag ...


Farah | Erin | Nana |  Aisyah


Tu je. Thanks to Zimah sebab tag :)


Ppyong.



Thursday, April 5, 2012

Pening! Pening!


Hai. Assalamualaikum.


Bacalah rintihan hati aku dulu... 



Tskkk. Tsskkk. Teruk betul. Post title pon ntah pape tah. Aku bukannya not in mood. I'm just... ewah ayat aku -.- Okay. Decoration blog aku dah berubah dengan sendiri. Aku. Tak ubah apa-apa pun selain header, background, sidebar, blockquote and so on. Tu pun jarang tukar. Tengok date header aku. Tetiba je jadi besar. Aku sakit hati betul tengok bende alah tu. Sedangkan code date header dekat code HTML takdek pun aku tukar? Nasib badan kan. Haha. T_T


Ha. Tu first. Yang second, border dekat sidebar aku. SIDEBAR , but not SIDEBAR TITLE. Tsk. Sebelum ni kosong jehh dekat bawah blog archieve tuh. Tetiba pulak tadi aku tengok ade line-line. Aahhh biar je lah. Malas aku nak atur lagii. Nanti asyik keluar air mata je tengok bende yang meng-spoil-kan decoration blog aku. Haha -,-



Bukan tu je masalah yang aku hadapi. Ceh. Aku ada follow blog orang. Tapi, tapi, and tapi! Post dieorang tak keluar dashboard aku kalau dieorang ade update entry. T_T and orang yang follow blog aku pun takde name dieorang dalam list follower aku. Follower lama je ade. Yang baru takdaakkk. Alahaiii, ape lah nasib aku. Aku dah try log out pastu sign in. Still same. There's no different AT ALL. Ah tengok. Dah speaking dah. Sedih hati ni tauuu. Keh ignore ayat dramatik tuh.


Ada sesiapa tahu macam mana nak backup template? Aku betul-betul tak tahu and NAK TAHU. Serious! Haha.   Aku main ngedit je. Tapi aku tahu apa yang salah and betul. Ceh aku tahu readers takkan faham punya. Ape-ape je lah.






Terimakasih kerana mendengar rintihan hati yang tak seberapa ini. T_T


p/s: Sebelum tu. Dear blogger.com, tolonglah be nice with me. Jangan lah memburukkan ape yang dah sedia ada keh? Aku mintak tolong sangat dengan kau. Kerjasama kau amatlah dihargai. Yang dah okay tu, jangan buat dia tak okey. And yang kecik, jangan letak jadi besar. Dan macam-macam lagi lah yang seangkatan dengannya. Terimakasih sesangat -.-


Ppyong :3