INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Wednesday, November 28, 2012

Move

Assalamualaikum.

Gambar atas tu merupakan gif pertama yang aku buat lol. Ramai sangat dah orang pandai buat gif. Aku je orang yang paling lambat buat. Tapi size gif ni agak besar jugak. Banyak sangat frame and aku letak jpeg quality besar sangat pft takpa. Haha yep aku ada simpan cerita Brave. Thanks to my couzi. Dia rajin sangat nak download macam-macam movies.

Lama sangat dah aku tak update blog aku ni sebab pindah. Dari Kuching ke Mukah. Dekat Kuching ade internet connection.. Dekat Mukah ni ada jugak tapi slow lah. Takpa asal ada daripada takdak langsung kan. Aku rindu arr nak berbloging eh serious ni ;_; Belakangan ni banyak spent time bukak tumblr. Obses dah aku dengan blog fandom aku tu. Tapi aku takkan lupakan blog kesayangan aku ni haha.

Merdeka Plaza dah bukak hari ni. First day open. Aku takda kat Kuching sekarang nih nanti je aku pergi pft. Next month pergi Kuching.. okay lah tu. Tak sabar nak pergi.. Ada cousin aku sekali pulak tu. HAHA.
"I noticed your beautiful red hair"- Minato
Ohya hari tu kawan aku ada request aku buat poster FF. HAHA ye aku ada buat tapi aku macam tak puas hati je.. Entah la! Sebab aku main taruk je seasoning time nak buat poster tu haha. Ni dia:
Lol haha. Aku nak cuba buat satu lagi.. Mesti. Paling susah time nak letak gambar character. Character perempuan senang nak letak.. Kalau Baekhyun tu lah susah sikit. Aku dah carik dekat tumblr tp yang aku tak jumpa pun gambar dia yang sesuai pft. Banyak sangat gambar dekat stage.. Kalau gambar macam tu mana sesuai nak letak dekat poster ff kan. URGH okay aku akan fikirkan macam mana nak buat poster yang ke-2. Sebab aku rasa tak puas hati dengan yang first ni. Aku ni bukannya berseni sangat pun. SERIOUS memang bukan tangan and otak yang berseni. Tapi aku suka melukis.. HEHE.
Aku rindu dengan someone. Ehem. HAHA
Jyaa ne.

Monday, November 19, 2012

Create the new one | Brave

Assalamualaikum.

Wow berapa hari dah aku tak update blog ni. Nak update semalam tapi tak jadi pulak puih. Adeee je halangannya. Semalam aku tak keluar rumah pun. Boredom really kills me. Takkan aku nak mengadap laptop je kan dan petang semalam pun hari gelap. Sebagai konklusi, semalam memang bosan nak mampus. Like seriously. Apa yang aku suka time mengadap laptop ni pun dapat tengok movie and design blog je. Yang  lain.. erm.. kadang-kadang okay kadang-kadang tak okay. Ahhh molla molla ;_; Aku nak keluar jalan-jalan.. aku nak tengok wayang lol atleast ade jugak aktiviti luar.

Semalam aku buat tumblr baru, khas untuk kpop and personal (aku rasa lah) haha. Sebab aku rasa memang tak boleh campur. Kalau campur nanti followers lari. Orang akan unfollow kita kalau kita post benda yang depa tak suka hahaha. So aku decide create the new one, memandangkan aku ni minat dengan dua benda, Kpop and Anime/Manga. Bunyi macam tamak je lol peduli apa kalau aku suka, aku sukalah. Aku minat, minatlah. Jangan pulak bash sesuatu yang aku minat tu okay.
OMG aku lapar. Nak makannnn T_T
Tadi aku tengok cerita Brave. Aku tak tahulah sama ada aku lambat or tak tengok movie tu. Walau apa-apapun aku rasa movie tu best ah. Agak menyentuh hati dan perasaan kita jugaklah sebab movie tu nampak macam real je omg sedih. Aku tabik gila dengan orang buat animation movie ni sebab walaupun hanya kartun animasi 3d tapi memang semua benda nampak macam yang kita tengok dekat real life. Aku rasa theme movie ni mengenai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Yang menarik jugak, takde pun pasal cinta cintun haha tapi okay jugak lah. Kalau nak tahu dengan lebih dalam lagi pasal cerita ni boleh tengok dekat imdb.

Aku cuma nak cerita je sebenarnya, bukan review. HAHA sebab aku tak reti buat review omg seriously ;_; Banyak lagi movie yang aku nak tengok. Bokura Ga Ita:Kohen aku belum habis lagi tengok, macam biasa ade ade je halangannya puiih takpa. Aku pun nak tengok Skyfall haha aku belom tengok lagi okay. Tapi movie tu dah didownload, tinggal tengok je lagi.

Jyaa ne.

Thursday, November 15, 2012

OMG DAEBAK C-CLOWN COMEBACK! :D

Assalamualaikum.

OMG tu je aku tulis hari ni OMG. HAHA. Hai. Anda semua tahu tak? Hari ni C-CLOWN released MV untuk lagu baru dieorang, tajuknya Far Away.. Young Love. Tapi drama version lah. Actually dah tengahari tadi dah aku tengok. Siap download lagi. Kalau tak salah aku, dieorang ade jugak kot release yang dance version nanti. Mesti best punya! Nak tengok muka abang-abang handsome gitu. Eh wait. Abang-abang? Memanglah tapi seorang je jadi dongsaeng aku lol. Aku Jan, dia Sept, therefore, I am Maru's noona lol dah jadi noona dah aku ni.

Apa-apapun memang daebak gila lah Kangjun dalam MV tu. Kadang-kadang melting jugak aku tengok dia ni lol. Tak boleh tak boleh. Aku dah banyak kali curang dan kali ni aku tak mahu curang lagi okay, kesian biases aku yang lain haha okey. First-first, Key (SHINee), lepas tuh Myungsoo (Infinite). Lepas tuh Sehun (EXO-K), and Ray (C-CLOWN). Takpa, mereka semua ni tetap menjadi bias aku sampai bila-bila. Aku dapat setia dengan semua biases aku tau haha.

Oh sorry dari tadi aku cakap pasal MV. Tak pulak aku kasii link videonya grr ha ni diaaaaaa. Enjoy!
Lepas tengok, komen ar. Okay ke tak lagu ni. Bagi aku lagu n mv ni super daebak. Minat tahap gaban dengan lagu ni tauuu.

Okay now stop talking about the MV. Sekarang nak cerita hal lain pulak. Aku dari hari tu berusaha cari cara nak donload Bokura Ga Ita:Zenpen movie. Asyik-asyik tak dapat je. Last-last aku bukak satu blog ni. Blog ni beri link dekat mana nak download. And yeaaaaaaaaaaaaa! Akhirnya aku berhasil dalam mendownload movie tu. Happy gila. Esok maybe part 2(kohen) aku akan download. Just wait and see! Yang first part tu aku dah tengok setengah je. Yang selebihnya beloommm
Eh aku rasa sejak belakangan ni aku macam pelik je time bercakap dengan orang. Entah la aku pun tak tahu apa sebabnya
Jyaa ne.

Monday, November 12, 2012

Alahai

Assalamualaikum.

Hai. Aku sebenarnya tengah bingung sekarang ni macam mana nak hias blog ni. Aku dah boring dah dengan asyik-asyik warna biru je haha siapa tak boring kan hahah okey. Aku ingat nak buat macam ada warna hitam+darkpink+putih je. Aku ada masalah part header tu sebenarnya puihh. Lepas ni aku nak meneroka //ewah macam mana nak design header tu. Eh, aku tak copy header orang ye. Awal aku cakap nih lol.

Okay dah dah. Sekarang ni nak cerita hal lain pulak. Semalam lebih kurang seluruh Kuching yang kene blackout alahai. Eh wait.. Bukan 'lebih kurang'. Tapi memang seluruh bandaraya Kuching blackout fuhh. Memang agak lama jugaklah blackout tu terjadi //sobs. Time blackout tu jadi kan, aku, kakak aku dengan dua orang cousin aku tengah makan-makan dekat Chillipeppers. Nasib baik dah setengah makan kalau tak memang dah keluar dari restoran tu. Restoran tu pun satu. Atleast pakai lah generator ke.. Baru orang dapat makan dengan tenang and selesa. Nama je restoran ._.

Pagi tadi pun ade lagi blackout. Panas, sampai aku bangun dari tidur. Malam tadi kakak aku asyik je membebel, "ni salah sarawak energy ni huh!". Tak habis-habis haha lepas tu aku cakap lah, "kau ni dari tadi asyik salahkan Sarawak Energy je ._. HAHAHA keh. Memang perangai dia macam tu lol aku harap dia tak baca statement ni. Kalau tak habis aku kena marah. Aku gurau je lah XD

Ohya, dua hari yang lepas aku ada buat poster. Poster FF. HAHAHA aku buat poster je. Aku tak buat FF pun lol hahahaha melebih pulak aku ni kan. Buat poster ff tapi tak buat ff. Takpe, saje je menge-test bidang art aku haha poyo. Ni dia

HAHAHA keh aku rasa biasa je design dia. Semua orang boleh buat kot. Aku je mengada nak buat hahah there you go again Nina ._. Snow Prince tajuk nye alahai macam mana aku dapat tajuk tu aku pun tak tahu. Gambar Luhan Exo-M pulak jadi mangsa. Dia cute okay. Serious dia cute. Tapi sayang, Luhan tak masuk dalam senarai bias aku heheh. Bias aku mestilah Sehun, bestfriend dia aww. Comel gila.
Maybe you've met the right person, but you're just not ready to fall in love.
Jyaa ne.

Saturday, November 10, 2012

English ._.


Assalamualaikum.

Tajuk aku tu bukan bermaksud yang aku ni akan tulis entry dalam Bahasa Inggeris ye. Awal-awal aku cakap. Mimpi je nak buat entry dalam English, grammar pun entah okay ke tak entah ._. HAHA. Bukan nak cakap aku ni tak pandai speaking, lol no HAHA. Cuma aku tak lancar. Kalau aku buat sesuatu ayat tu aku sangat mementingkan grammar. So last-last kalau rasa dah kurang yakin, tak dapat pulak nak cakap English betul-betul. Ada faham? Aku ni teruk lah bab-bab explain nih lol sorry okay.

Dekat twitter aku memang banyakkkk tweet pasal speak in English hahaha. Aku buat macam tu so kira macam nak improve English aku lah. Boleh dikira macam tu lah maksudnya ye. Sekarang ni, aku selalu cari cara macam mana nak improve English aku. SERIOUSLY macam-macam dah. Seperti sudah sedia maklum, kalau aku cakap English tuh mesti aku fikir lagi pasal grammarnya HAHA kan? Walaupun orang tak kesah macam 'OH sorry for my broken english blablabla' haha tapi aku rasa aku tetap dengan style aku. Aku kengkadang je tak peduli yang ada mistake dalam sentence aku HAHA okeh

TERLIUR -.-'

EH by the way kek coklat tu nampak sedap gilaaa omgomgomg aku nak makan kekcoklat tuh ;_;

Menyimpang kejap haha. Okay berbalik kepada topik kita ye ladies and gentleman. Ehem. Abang and kakak aku memang pandai cakap English. Sangat beruntung jadi mereka berdua tuh ._. Gap umur aku dengan kakak and abang aku boleh tahan jauh jugak lah. Aku dengan kakak sulung aku beza 9 tahun. Dengan abang aku pulak 6 tahun. Jauh gilaa kan ._. (Bagi aku lah xD)

Apa-apapun aku harap sangat yang aku dapat improve English aku. Kalau siapa-siapa yang tengok atau bukak link 'About' dekat navigation aku tuh, mesti perasan yang aku tulis pasal aku dalam English. HAHA awkward lah sebab sejujurnya English aku tak lah bagus sangatttt >< Ahh satu lagi. Kan sekarang nih aku ada tumblr, so I need to speak in English with them, no matter what. Lantak lah kan. Janji speaking. Kan kan kan? HEHEHEHEHE.

Okaylah. Ada tengok Anugerah Skrin tak malam tadi? Ahh aku rasa memang confirm ramai yang tengok. Boleh tahan lawak jugak wokk. Tapi walau macam manapun tetap jugak ade kelemahannya :) Aku paling suka part Zizan. Die cakap dekat Akasha tu (time dia nak angkat Fouziah Gous), "Ahh angkatlah, aku ada air sembahyang" Lol agak senstitif dan berbaur sindiran jugak bunyinya hahaha macam-macam.
Aku rasa aku nak edit lagi blog ni kot? HAHA entah lah. Pening jugak kepala aku menghadap code tu je. Tengok lah nanti macam mana.
Jyaa ne.



Thursday, November 8, 2012

Cannot wait aaaaaaah :D

Barom :) Source: Tumblr
Assalamualaikum.

Ehem ehem. Seperti sudah sedia maklum, sejak dua menjak ni aku memang gilakan C-CLOWN nih. HAHAHAHA grup baru kpop. Boleh dikatakan baru jugak lah. Aku mula minat C-CLOWN ni time lagu debut dieorang, SOLO. Lagu depa nih simple je tapi memang best kalau kita dengar betul-betul. Terus jatuh cinta pandang kedua!//slap Ewah.

Aku nak cerita yang c-clown ni akan release MV/lagu baru dieorang, kalau tak silap aku tajuk nya Young Love. Lagu lain ade jugak, tajuknya Cold, Goodnight. Apa-apapun, memang tak sabar ah nak tunggu MV dieorang ni. Tengok teaser pun aku dah memang dapat agak yang lagu baru C-clown ni mesti daebak! Suddenly feel excited about this! HAHAHA

Teaser #1:


Teaser #2:


Teaser #3:


WAHHHHHHHHHHHHHHH! Sampai ada tiga teasers gituuu. Daebak daebak daebak. Walaupun masih ramai lagi orang tak kenal C-CLOWN ni, aku akan tetap sokong dieorang nih! EHEM. Gituu. Terlebih semangat pulak aku ni. Kangjun dah kena pilih jadi watak dalam semua teasers ni ewah. Merangkap sebagai main vocalist, mestilah kan? HAHA. Well actually dia tak termasuk pun dalam list bias aku hahaha kejamnya aku. Ade lah jugak rasa minat kat dia ni. Tapi, biasa je ngehe.

Hari ni nak cakap pasal teaser tu je sebenarnya HAHAHA maaf kalau entry aku kali ni macam buang masa korang je untuk baca. Puih macam ada je orang baca blog macam aku ni ;_; aaaaaa.
I have a really good feeling about this song. Ahh chinca. Sabar ;;_;;
Jyaa ne.

Tuesday, November 6, 2012

Trending | Ray yang comel :3


Assalamualaikum and konichiwa minna-san.

Well, seperti yang semua orang dah tahu, eh wait. Aku tak rasa semua orang tahu haha. Maybe ada sesetengah orang je tahu, pasal nama Amir tu dah jadi trending dekat twitter. Dieorang cakap yang hanya 95' liner sahaja yang tahu haha keh. Well at the first place memang lah aku rasa pelik and macam 'eh, macam mana tiba-tiba nama Amir tu boleh jadi trending pulak?' ahahaa lol.

Hari ni aku tak sekolah pun. Semalam pun. Semangat nak sekolah tu macam tiba-tiba hilang je. HAHAHAHA ye aku tahu aku teruk aaaa mollasoo. Esok aku sekolah. InsyaAllah. Kalau boleh aku nak tolong kawan aku jadi pembantu hakim ketika pertandingan bicara berirama tu nanti. Seriously, aku memang rindu gila saat-saat manis mase Form 2 dulu, terutama ketika latihan bicara berirama hahaha lol. Memang. Tapi agak puas hati jugak lah sebab tak sia-sia usaha kiteorang dulu. Dapat jugak jadi number 1.

Yang tak boleh belahnya group kiteorang terpaksa pulak buat persembahan ketika majlis penutupan. Seriously! Gelabah gilaa masa tu hahaha memang tak dapat lupa ah saat-saat pahit and manis pada ketika itu ewah.

OMG seriously aku tak sabar tunggu comeback dieorang. Sebab muka depa C-clown ni makin comel je aku tengok. EH like seriously memang comel aa
Okay. Orang dalam gambar atas tu Ray namanya. Merupakan salah seorang daripada kumpulan C-CLOWN. Actually c-clown ni baru je debut tahun ni. Bulan berapa entah lah. Time raya dulu kot, dengan lagu yang bertajuk SOLO. Aku rasa daebak jugak lah lagu debut dieorang tuh hahahaha keh. Ray ni one of my biases lol he's cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. TOO CUTE. HAHA. Cuteness overload namanya.

Tak lama lagi budak-budak C-clown ni buat comeback. Gambar atas tu gambar teaser dieorang. Setiap seorang daripada mereka mempunyai teaser gambar yang berbeza lol okay poyoo gila ayat aku ah lantak. Benda yang buat aku tersengih pulak, ada sorang budak dalam C-clown ni, sama umur aku ahaha. Tinggi woo. Nama dia Maru kalau tak silap aku. Kalau nak dibandingkan, aku tua lagi daripada dia haha dia lahir bulan september. Aku pulak Januari lol terasa tua. Eh muda lagi haha..
Okay lah. Nak tengok drama. Maaf buat entry merapu and merepek ni. HAHA just aku sekadar nak update je sebenarnya.
Jyaa ne!

Sunday, November 4, 2012

Semakin addict?


Assalamualaikum.

Tiap-tiap hari dah aku bukak tumblr ngehehe. Semakin addict aku jadinya. Banyak graphic yang cantik-cantik. Rindu zaman kegemilangan aku dulu ewah. HAHAHAHA keh. Aku selalu berfikir, macam mana nak tarik orang bukak tumblr aku and follow and be friend with me. Ewahh, macam kau tu famous sangat. //bercakap dengan diri sendiri hahaha keh lupakan.

Actually, aku rasa aku ada problem sekarang nih.. Problem pasal sekolah kot? Entahlah. Aku dah luahkan dekat member aku yang sorang nih. Dia cakap dia faham perasaan aku. Aku glad yang dia faham keadaan aku. Okaylah, sebagai konklusi, aku rasa aku ni seorang yang coward. Aku rasa semenjak dulu perangai aku cenggitu. Ahh molla molla molla. Aku akan menangis kalau aku memang betul-betul taknak lakukan sesuatu yang memang aku taknak buat walaupun ia perkara yang munasabah untuk dilakukan keh. Agak rumit jugak ayatnya haha. Apa-apapun, tengok lah nanti mcm mana.

Entry kali ni pendek je. Fikiran aku sekarang ni.. Entahlah. Sukar nak digambarkan ewahh haha keh.
Kadang-kadang aku tengok banyak jugak budak-budak arrogant dlm tumblr tuh. Ah biasalah. Hakikatnya, aku tak sukapun perangai dieorang cenggitu haha. Takpa, lain orang lain lah pandangan masing-masing kan? Oh, btw, you deserve it.
Jyaa ne.



Saturday, November 3, 2012

Game.



Assalamualaikum.

Aku dah edit semuaa benda yang aku ada kecuali deviantart. HAHA. Well aku takdapat buang sifat kemalasan aku tu lol. Seriously, aku taktahu macam mana nak handle benda alah tu. Lama jugak dah aku tak blogwalking lol nantilah. Semalam aku and kakak aku buat passport. Like seriously, service tu memang tak memuaskan, jujur aku cakap ni haha. Hangiiin kakak aku sebab duration buat passport dia sampai tiga hari baru nak settle. Siapa yang tak hangiin kan? Bukan main depa cakap satu jam je dah siap. Dah lah, aku malas lagi nak membebel. Buat sakit hati je lmao.

Sejak dua menjak ni aku suka main game. I mean, game dalam Facebook hahaha lol. Diamond Dash tu. Takkan tak tahu. Well okay. Memang ada jugak orang yang taktahu haha keh.

Post hari ni pendek je. Aku pun tak tahu kenapa aku update entry merapu ni. Maaf ye. Aku nak tengok Masterchef kejap ewahh. Kadang-kadang tengok rancangan tu memang macam buat sakit hati je haha aku pun tak tahu kenapa maybe sebab tengok perangai dieorang kot. Macam-macam je heshhh.

I was about to cry. But no tears come out. There was only sensation of my heart being pulled to shreds.


Jyaa ne.

Tuesday, October 30, 2012

Reunion


Souce: Tumblr. Kyoya Ootori. He's just too handsome. I cant stand it. But my Sasuke will always be my number one <3

Assalamualaikum. Hahaha, sila muntah sekarang. Ada kelainan sikit post aku hari ni. Jiwang sikit. Takpa, sekali sekala apa salahnya kan?

Aku ada main satu game ni. Nak tengok? Ni dia:


Which member of Ouran Host Club are you more like?
I got Kyoya Ootori! Wahhhh blushingnya saya. HAHAHA.
Tamaki princely type:
[]You are French 
[]You’re a very romantic person 
[]You flirt a lot with girls/boys. 
[]Easily fooled by things that wouldn’t fool most.
[]You’re overly eccentric in everything you do.
[/]You care about your family deeply even if they don’t return the feelings 
[]Your birthday is April 8th 
[/]You’re slow when it comes to your own feelings. 
Total: 2
Kyoya Cool Type:
[/]You wear glasses
[/]You are known for being “evil”
[/]Your favourite foods are anything spicy 
[]You excel in everything you do 
[]Your birthday is November 22. 
[/]You hate waking up in the morning. 
[/]You never like to do anything unless it has a benefit 
Total: 5
 Hunny Loli Shota Type:
[]You’re the shortest out of your friends. 
[/]You love cakes and sweets.
[]You have a stuffed animal that has special meaning to you.
[]You are/have taken a martial arts class 
[/]You are close to your cousins. 
[/]You look a lot younger than you are. 
[]You’re born on February 29th 
[/]Your favourite subject is math 
Total: 4
Mori Wild Type:
[]You’re the tallest out of your friends 
[]You only talk when you need to 
[/]You’re protective of people you care for. 
[]You favorite food is Japanese food 
[/]When bad things happen you tend to blame yourself a lot. 
[]Your birthday is May 5th 
[]You’re not much of a leader but more of a follower 
Total: 2
Hikaru Devil Type:
[/]You and your sibling have a strong bond 
[]You’re a very cynical person. 
[]You like to mess with your sibling 
[]You’re the oldest sibling 
[]Your birthday is June 9th 
[/]You like Italian food 
[/]You get jealous easily (sometimes)
[]You don’t make friends easily (unless it's a good person)
Total: 3
Kaoru Devil Type:
[/]You like to play games 
[/]Is your favorite subject English and/or Modern Literature 
[]You enjoy cosplay 
[]You’re nicer than your siblings 
[]Your birthday is June 9th 
[/]You’re very forgiving 
[/]You’d rather give someone something and go without to make that person happy 
[]You like playing tricks on people
Total: 4
Haruhi Natural Type:
[/]You don’t care about trivial things like appearance
[]You’re tight with money 
[]You get along with guys well 
[]You’re blunt about everything 
[]You’re an excellent cook. 
[/]You have a hard time understanding love sometimes 
[]Your birthday is February 4th 
[/]People feel like they can open up and talk to you easily
Total: 3

So ni lah kerja aku haha memang takda kerja. Esok aku and classmate aku pergi Kem Permai dekat Santubong. Aku memang rasa tak sabar lah, excited gila! Haha. Tengok ah macam mana esok. Aku bawak sandwich dengan keropok. Wiii makan-makan dalam bas. First time trip dengan classmate aku time form 3 nih. Sapa tak excited kan?
Aku ada wish happy birthday for unnie aku yang dah lamaaa tak bertegur-sapa. Aku rindu dia. ;;_;; I feel soo glad yang dia still ingat aku. Iyelah, busy dengan pmr lah katakan. Boleh dikatakan sebagai reunion lah kan. HAHA
Jyaa ne!

Monday, October 29, 2012

Hoshi wo Kazoeru Yori mo


Assalamualaikum minna. Tajuk takdak kena mengena pun haha.

Tadi aku bukak semua jenis blog yang aku ada ewah. Kemain banyak. Tak jugak lol. Sikit betul pengikut, same goes to this blog haha seriously forever alone. Bukan nak cakap mintak kesian ke hape ke. Cuma aku nak kawan dengan ramai orang je masalahnya. Aku ni boleh lah dikatakan shy shy cat punya perangai hahaha. Itu memang tak boleh belah ah. Sebab, kalau malu macam mana nak make friend kan? True story bro.

Satu lagi kelemahan aku ialah, aku tak suka kena kritik walaupun apa-apa yang aku buat tu salah and tak menepati cita rasa orang lain. Entah, aku rasa aku ni cepat sangat 'ouch' tapi sejujurnya kan, aku pun kurang gemar sebenarnya perangai macam ni. Aku lebih suka perangai yang macam... macam mana eh. Ah, happy go lucky. Kira macam tu lah haha. Perangai aku dengan kawan aku pun entah macam apa. Suka sangat troll orang lain. Buat sakit hati je hahaha tapi lawak ah.


Tetiba cakap pasal perangai lol. Okaylah bagi siapa-siapa yang baca post ni, tengok lah blog-blog yang aku ada ni. HAHA //mcm mintak kesian je puih. Nak dikatakan sebagai blog tak jugak. Laman sosial lah kot namanya. Ada link dekat navigation blog aku nih. Tekan jer, kalau rajin, follow lah sekali. Sejuta penghargaan buat korang aaaw gumawo <3

Jyaa ne.

Sunday, October 28, 2012

Walking


Source: Tumblr

Assalamualaikum. Haha, well aku ni peminat setia Sasuke-kun. So, sesiapa pun jangan weird pulak dengan aku ni. Pagi tadi sempat keluar pergi jalan-jalan, walaupun akhir gila bangun. Kira-kira pukul 9 a.m macam tu lah. (Bagi aku dah akhir dah hahaha k) Jalan-jalan dekat sekitar Carpenter Street, nak beli beads. Cantik jugak barang-barang dekat situ hahaha tapi aku tak beli apa-apa pun. Kakak aku je beli. Yang aku punya dah beli hari tu hehe, so malas lagi lah nak beli untuk kali ke dua. Pekerja dekat kedai tu pun dah kenal muka kiteorang. Ye lah, kan dah berkali-kali pergi situ. HAHA

Semalam pergi Sarikin (well aku pun tak tahu eja). Alah, tempat yang dekat dengan Bau tu. Tempat orang Indon jual barang-barang tuh. Ramai gilaa orang pergi. Cuaca pun panas, sampai berpeluh seluruh badan aku ewahh. Aku and kakak aku beli bag je. Beg yang... bagi aku... comel jugak haha.

Ada satu lagu ni. Comel betul bunyinya. Lagu jepun. Kadang-kadang aku terfikir, macam mana pulak penyanyi orang jepun ni comel bebeno bunyi nya? Voice actress pun. HAHA. Aku pun nak cuba tapi lantang sangat bunyinya. Kakak aku selalu tegur aku, dia cakap suara aku ni tajam sangat. Alahai, nampaknya suara tajam ni tak diterima umum ewahhh.

Oh ya, sebelum terlambat, aku nak ucap, Salam Aidiladha! Dah masuk tahun ke empat aku raya haji dekat Kuching ni. Next year dah dekat Mukah balik. QAQ

Takdeape lagi kot. HAHA. Jyaa ne!

Tuesday, October 23, 2012

Perfect


Assalamualaikum.

Hai. First post in October lol. Tajuk takda kena mengena. Lepas busy mengharungi PMR, akhirnya habis gak. Alhamdulillah, yang tinggal hanya doa saja. Actually, aku spent banyak masa lepas pmr untuk edit blog, baru aku bukak balik lol haha. Oh ya, aku tak sekolah hari ni lol. Ade lah sebabnya. Jeng jeng jeng.

Aku dah buat baru account Tumblr dengan DeviantART. Yang DA tu aku terpaksa buat sebab kawan aku tu tak habis-habis and berusaha untuk suruh aku buat. Aku tak tahu apa-apa.... Aku just rasa aku tak pandai lukis tapi dia cakap lukisan aku adorable... MAI CHAN! Aku tak pandai melukis lah... Serious ni. Awkward gilaa rasanya hahahahaha. Aku lebih selesa menulis blog ni daripada melukis lepas tu upload dekat DA. Sorry but aku sedar aku tak sehebat orang lain dalam bab-bab melukis ni. Eh serious ni :)

Banyaaaaaaaaak lagi benda yang aku nak buat lepas PMR ni haha. Oh ya tahun ni adalah tahun terakhir aku sekolah dekat Kuching. Dekat TUNAZ. Aku forever akan rindu dengan chingu dekat sini ;;_;; Aku just berharap je lepas habis sekolah kiteorang dapat jumpa lagi. Amin.

I like to play guitar!

Semalam aku belajar main guitar lagu Safe and Sound by Taylor Swift. Makkk aiiii susah gedabak lagu tu. Intro first dengan second part je aku tahu buat. Takpa, practice make perfect kan? Aku nak jadi guitarist! Eh seriously At least, ade jugak kelebihan aku kan kalau pandai main guitar. HAHA. InsyaAllah. Aku harap aku dapat pandai main guitar nanti. Tengok lah nanti. Aku nak belajar dengan abang aku. Dia pro sikit, guitar current. Aku just akustik je. For newbie, mestilah kan.



Aku nak download Bokura Ga Ita Zenpen tu. Ikuta Toma yang berlakon, kawan aku minat gilaaa dengan dia. Sampai cover photo dekat facebook pun dia letak gambar Ikuta Toma ni. HAHAA. Okay. Nak download tapi banyak sangat rintangan. Dah la aku ni jenis tak penyabar. Eh, wait, ade lah jugak sabarnya hahaha. Nak download yang jenis BRRip punya tapi perlu jadi premium member. Ni aku tak suka ni. Buat orang hangiiin je kan. Dekat DramaCrazy dah ada english sub. Tapi lambat gila buffering. Ada tiga jenis player tapi dua jenis pulak yang rosak. Yang tak rosak tu lah lambat gilaaa macam siput.
Last-last, icon close tab aku tekan. HAHA.

Aku harap aku dapat download cerita tuuuuuuuu ;;_;;





Jyaa ne.

Saturday, September 15, 2012

The new one



Assalamualaikum.

Oh akhirnya dah habis pun trial. Aku tak puas hati sebenarnya tapi apa boleh buat lah kan lol. Tinggal tiga minggu lagi nak pmr sebenar okay. Tskk. Oh ya. Nanti aku nak study. Berapa kali aku nak cakap aku nak study lol hahaa ye.

Yeah, seperti biasa aku edit lagi blog aku ni. Actually aku puas sangat dah tukar header tu. Asyik tak sesuai je. Iye lah, otak aku ni bukannya 'seni' sangat pun. Lastlast macam tu lah jadi nya ye. Terimoooo je lah kan? Kadang-kadang agak cerewet jugak lah aku time buat header ni lol hahahaa k.

There's always that one song that brings back old memories.

Tadi aku sakit perut. Sekarang pun. Oh maiii. Entah ape bende aku makan entah. HAHA. Bukan aku sorang, makcik aku gak lol. Ape-ape je lah kan. Tskk argh sakit nyoo lol. Apehal pulak aku cakap mende alah ni dekat sini lolololol buang jauh-jauh shuh shuh

Aku nak tengok To The Beautiful You episode baruuuuuuuuuuuuuu. Naruto pun. HAHA lepas gian aku ni. TTBY dekat chanel One HD tu lambat sangat. Baru sampai episode 2. Kalau SBS(Korea) dah sampai episode 8 kalau tak silap aku lah. HAHAHAHA okay tak lawak ._.


Aku rindu lah nak update entry panjang-panjang. Aku janji lepas PMR nanti aku nak update entry panjang-panjang and banyak-banyak ;_; hahaha. Tengok ah nanti kalau rancangan aku ni menjadi haha lol. Aku rasa tak kot. Entah let us wait and see hehee. Oh ya, cousin aku si Farah ni lamoo dah aku tak tengok dia update blog. HAHA aku rindu lah zaman kegemilangan blog kau ceh wah. Rajin-rajin kanlah diri ye Cik Farah. HEHE.

Nanti nak pergi Popular. Renew membership card. Actually aku ada rancangan nak beli novel gak. Tengok ah nanti. Ahaha.

Life is priceless.

Jyaa.

Saturday, September 8, 2012

Anyeongg


Assalamualaikum.

Esok trial. Okay. Aku tahu aku mesti study. Kenapa mesti nak update? Hehe, suka-suka lol. Aku akan rasa boring kalau aku tengok blog aku ni tak update-update. Okay takpa. Buat masa sekarang ni, aku kena kurangkan sikit buat benda nih. HAHA. Takpa fareena, lepas PMR sukahati kau ah nak buat apa. Sebulan lagi tuh OMG kejap lagi.

Aku rasa maybe after this aku takkan update. Buat sementara waktu ah. Dalam masa sebulan ni aku nak belajar jeh. Semangat nih. Semangat gilaa. Okay, InsyaAllah dapat buat. Ye, dapat buat. Doakan aku okay? Thankyou sesangat :D Aku hargainya.

Aku nak lebih better result. Sekurang-kurangnya, 8A1B. MESTI! Okay study study study.

It's time to focus about....


PMR!!!!


Okay jya nee minna-san :)

Friday, September 7, 2012

Hallllllloooooo :D




Assalamualaikum. Saje nak update. Sebenarnya dalam masa minggu ni banyak aktiviti. Maloss bebenoo aku nak update. Trial minggu depan. Dua minggu lepas trial, exam PMR pulak menjelang. Alahai, masa cepat betul berlalu kan. Aku pun bukannya cukup study, so petang ni aku nak study. Study sejarah. Argh mesti study. Study nina, study. Argh, aku nak pandai macam abg aku. HAHAHAHA lol dia dari dulu dah genius. Aku ni pemalas, so susah ah. Tapi keinginan aku untuk dapat straight A tu memang besar ahh. Kalau lah perangai aku ni rajin. Urghhh, salah aku jugak. ._.


Lepas ni, maybe aku takkan update. Kecuali lepas PMR nanti. Sebulan lagi tuh OMG. Aku belum cover subject Sains aku lagi. Trial 1 hari tu pun aku dapat gred 2A7B jeh. Close enough. Arghhh, okay. Tak guna jugak kalau mengeluh je hahahahahaha.



Credit to its owner

Awhhh aku suka tengok gif sasuke nih. Kbye

Jyaa ne minna-san!

Thursday, August 30, 2012

Kdrama.


Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni aku selalu tengok Kdrama. Kalau tak silap aku, semenjak cuti raya hari tu haha. Aunty aku yang dekat Sibu tu ade bawak astro beyond dia balik kampung so dapat ah tengok channel One HD. Almost setiap hari menatap channel tu je hahaha. Macam-macam lah jugak rancangan yang aku tengok. Star King, Strong Heart, Inkigayo, Running Man. Tu semua program/rancangan reality. Kalau drama pulak, Bride of the Sun, Bravo My Life, Glass Castle, and macam-macam lagi ah. HAHA.


Last day Ramadhan tu kan, aku tolong aunty aku pasang hook dekat langsir. Well, preparation untuk raya lah kononnya tadi haha. Cuaca time tu gilaa ah sejuk sampai terasa masuk dalam tulang haha ehhh serious ni. Hujan satu hari kot? Sejuk sesangat sampai berbelas degree rasanya. Badan aku hampir demam masa tu. Nasib baik rasa sejuk tu waktu petang, kalau tak, pecah puasa agaknya haha. Nauzubillah taknak aku -.- lol

Time pasang hook tu aku depan tv ekekeke so seperti biasa tengok One HD. Rancangan ketika itu adalah Strong Heart ye. Best giloo dengar cerita-cerita para artis Korea hahahaha. Pasang hook pun tak habis sebab concentrate sangat tengok Strong Heart. Teruknya aku sampai kena tegur haha


Soalan cepu emas: Korang ada tengok tak drama To the Beautiful You?


Ekekeke sekarang ni aku minat tengok cerita ni woo. Klik sini kalau nak tengok pasal cerita ni. Hew Hew comel je Minho dengan Sulli. Sweet gitu. Aku tak sabar nak tengok episode 5. Esok cuti ahhhh aku suka cuti sebab dapat tidur lama hahahaha ya. Ahhh best nya tidur lololol k aku tahu dah menyimpang lol. K.

Aku nak makan dulu hahaha keh.

Jyaa neeee

Wednesday, August 29, 2012

Setelah sekian lamaaa ewah


Ehem. Assalamualaikum and hai. Okay. First, aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maaf lah kalau aku lambat ucap HAHA. Tapi kita masih dalam bulan Syawal, so tak salah kan? HAHA. Okay kay.


Actually lama gila aku tak update blog. Ceh tak de orang kisah pun kan haha. Alahai, jarang gila if aku tak update blog dalam masa seminggu. Bukannya apa, time minggu cuti raya hari tu aku balik Kampung. Dekat kampung aku tu takde internet. Memang ada line internet, but 'no internet access' hahaha so k. Kalau ade pun, slow slow slow lambat macam siput tutt. So yeah, tak online lah aku harhar.


Sambutan hari raya dekat kampung aku tu memang best gila gila best gila best! HAHAA. Meriah. Memang sangat meriah ceh. Dapat jumpa cousin aku ofcoz. Buat kuih before raya and so on. Tak dapat aku nak bayangkan macam mana meriahnya sambutan hari raya aku dekat kampung haha ade gambar tapi belum upload lagi. Nanti kalau aku rajin, aku upload k.



Aku tak tahu lagi nak cerita pasal apa sebenarnya. Esok sekolah aku ada sambutan merdeka raya tapi aku tak pergi lol. Aku rasa aku banyak lagi kerja yang perlu disettlekan. Mesti siap.

Eh aku rinduu nak balik kampung aku ehh serious rindu. Homesick. HAHA tapi Alhamdulillah aku sihat. Oh ya, hari tu kan, my aunt ade call. Time dia call tu aku nangis haha tapi dia tak realize. (Eh betul ke ejaan nih lol). Kemungkinan besar dia fikir aku main-main je hahaha. Then aku check facebook. Then aku scroll down dekat wall fb aku. Then aku terbaca status cousin aku darjah lima tu haha:



Sejujurnya aku pun sedihhhh nak tinggalkan kampung aku tu aaaaa. Hampir nangis aku baca status cousin aku nihhh lol. Dia memang rapat dengan aku haha.

Takpe, hujung tahun ni aku balik! HAHA yeeeeeeeeeeeeeah. PMR dulu okay. Baru boleh belah hahaha joke. Trial 2 pun 10 September nanti. Dua minggu lepas trial 2 tu, terus PMR ohmyohmy maybe jarang update lagi lepas ni T.T Okay takpa.

Aku nak letak gambar raya dalam laptop, tapi rasa malas lah pulak haha k.

Jyaa ne.

Friday, August 10, 2012

Last paper | I'm back


Laaaaaa comel comel comel nya :3

Assalamualaikum. Setelah seminggu lebih menghadapi trial PMR, akhirnya dapat jugak aku update blog. Post pertama untuk bulan August. HAHAHA lol. Last paper pagi tadi, iaitu Bahasa Arab. HAHA tibai je jawab soalan tu tadi. Format baru kot -.- Entah. Kawan aku cakap macam tu. Format baru tu aku pun baru tahu pagi tadi sebelum exam HAHA. Aku fokus kepada menghafal karangan jeh omg. Aku rasa aku tak dapat score A. Entah lah. Tengok ah nanti macam mana.


Pagi tadi dapat markah paper Sejarah. Memang susah soalan tu hari tu. Aku dapat B jeh hahaha. Tapi ada peningkatan lah. Alhamdulillah. Ujian penggal yang lepas aku dapat C. HAHAHAHAHA teruk kan. Takpe, sikit-sikit meningkat. Nanti dapat A kan. HAHA. Amin.

Blog ni aku ubah sikit warna. Aku tak suka color yang ada dua tona sebenarnya haha. Actually aku tak minat pun warna pink. Dulu suka tapi sekarang tak sangat la. Well, semua baju aku dulu warna pink. Ehem, 'dulu' yang aku maksudkan adalah 'childhood' okay. Harap maklum. HAHA.



Aku rindu sangat-sangat nak buat perkara yang aku selalu buat dulu. Macam, tengok Korean Drama, baca manga, watch anime, texting dengan members, cousin, and macam-macam lagi lah haha. Sejak kebelakangan ni aku asyik study je. Macam tak fun je rasanya. Bukan nak cakap study ni tak bagus or apa tapi.. Okay. What I mean is, jiwa rasa kosong kalau tak buat semua tuh ewahh hahahaha. Sebab tu aku exited gila nak balik raya nanti. Nak jumpa cousin aku, saudara-mara aku, and paling aku eksaited adalah nak jumpa anak buah baru hahaha. Mesti comel gilaa nanti haha


Sebenarnya aku nak tengok drama BIG. Yes aku tahu aku lambat. Tapi malas pulak rasanya lepas baca comment orang lain pasal final episode tuh. HAHAHA. Tapi aku ada tengok cut scene and episode 1. OMG comel sangat makhluk yang bernama Shin Won Ho tu. AKA Kang Kyung Joon dalam BIG. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA comel comel tahap gaban. Aku rasa aku suka dia hahahaa *sambil nyanyi lagu Aku Suka Dia- Ainan Tasneem* sempattttttttt. HAHA aku ship dia dengan Suzy. COMEL! KYA!


Tapi kan, sayang sangat-sangat sebab dia tak appear banyak kali dalam BIG. Bukan tak banyak appear, I mean, kan KKJ tu (Kang Kyung Joon) tukar roh dengan Yoon Jae. Aku just nak... roh KKJ tu balik semula ke dalam badan dia hahaha okay aku tahu cerita ni mengarut. Genre-fantasy. So tak kisah lah kan. AHAHA






OH my. Scene ni paling aku suka. HAHA. Muka dia memang comel tahap dewa time ni. Dia senyum and... CAIR dohh. HAHAHA! *fangirling kejap*


Sory kalau gambar kecik jeh. HAHAHAHA. Sengaja. Eh memang kecik pun gambar dia lololol k.

Jyaa



Thursday, July 26, 2012

Trial? Just get ready for it lah



Lawakkk gila muka dia hahaha xD

Assalamualaikum. Ohh yeah harhar. Best betul belajar Mathematics dekat sekolah tadi. I mean, belajar dengan kawan aku. Harhar. Dapat jugak ilmu baru. Sejarah pun. Dah habis pun 'silivers'. Lol tak pandai aku eja. I mean dah habis topik. Tinggal nak ulangkaji je lagi. Ada something yang buat aku bingung sebenarnya ._. Tapi malas ah aku nak type sini. Buat aku semakin bingung pulak nanti. Heiii taknak aku.


Ohmyy panjang bebeno aku punya muqadimah ye. Cerita pasal trial. Diawalkan dorh. Ohmyohmy wae ._. K takpa. Aku akan bersedia InsyaAllah. Trial dekat dewan. Nanti feeling PMR yang sebenar. Aku tak tahu pun mana aku duduk nanti. Hari Rabu hari tu aku tak sekolah pun haha. Sebab tu lah kot. Kawan aku cakap, aku dudok belakang dia. Nama dekat-dekat jeh. No wonder lah kan.

Next. HAHAHA lol boring betul kan entry aku ni. Macam ada orang baca je. Keh tadi kan, aku bukak trailer untuk Naruto Shippuden Movie 6: Road To Ninja. OMG aku seriously tak sabar. Release esok ohmyyy.


Tengok! Jangan tak tengok haha. Aku fangirling tadi. Sasukeeeeeeeee pehal kau ni handsome sangat T,T Aku rindu dengar suara kau. Nak tengok muka kau. Okay fine aku dah ter over. Bercakap macam Sasuke tu manusia jee. HAHAAHAHAHA.

Satu masalah pasal cerita ni adalah, jalan cerita dia sangat slow. Tapi, kalau korang tengok dari episode ke episode. Macamm.., back to back episode. Korang akan dapat tahu yang cerita ni sangat best. Betul aku cakap nih. Conclusionnya, kena sabar ahh. Macam aku dulu. Non-stop tengok cerita nih tapi, dapat kawal ahh. HAHAA. Okay.

Aku belum tengok lagi episode baru dia semalam. Lepas ni nak tengok.

Actually banyak yang aku kena settle sepanjang dua hari ni. Aku harap dapat selesaikannya. Sekian.

Jyaa ne!


Tuesday, July 24, 2012

Halloooo


AHAHA cer teka siapa haha ahh guess who is it xD

Assalamualaikum. Erk, lama dah tak post gambar pasal Naruto. Lama gila kot. Lama dah tak save gambar-gambar Naruto har har. Semua benda pun lama dah tak post lmao ape aku cakap ni. And.. aku rindu nak buat semua tu lol haha. Aku ada beberapa homework yang perlu disiapkan ni sebenarnya. InsyaAllah lepas ni aku buat. Bertangguh pulak haha sepatutnya aku mesti jadi seorang yang lebih rajin. Tapi lain pulak jadinya. Fareena, kau ni sedang berada dalam Kelas Peperiksaan okay. OMG .__. Okay.


Time aku buat hwork malam tadi ada hal yang buat aku rasa sentap sikit. Nervous aku jadi nya haha. Macam ni, cousin aku tanya.

Cousin: Weh Nina, korang bila PMR?
Aku: *tak dengar sangat* Ahh? Seminggu lebih macam tu lah (Aku fikir dia tanya berapa hari pmr)
Cousin: Seminggu lagi? Biar betul?
Aku: Eh apa kau cakap tadi? Kau tanya bila pmr ke tadi?
Cousin: Aah.
Aku: Ohhhh! Bulan 10 nanti.. *belum habis cakap*
Cousin: Oh really? Ko mesti struggle dari sekarang ni.
Aku: ahhh?
Cousin: Kau sedang berada dalam tahap kritikal dah sekarang ni... blablabla (aku tak ingat apa dia cakap)
Aku: *speechless*
Aku: Wehh. Nervous aku dengar lol

Tsk memang betul pun apa dia cakap tu .__. Ya Allah. Memandangkan PMR dan Trial pun tak lama lagi, aku nak putuskan. Yep. Aku nak hiatus haha. Lepas pmr maybe aku update lagihh blog ni.

Aku harap aku dapat buat. Target aku, 7A,8A dan paling aku nak ialah 9As. InsyaAllah T_T
Okay aku nak study, homework, hafal karangan and so on. Tapi aku tak nak stress ah. Takut ilmu tak masuk pulak kan haha mintak dijauhkannn :)


Orait. See you again minna-san. Assalamualaikum. Doakan aku ye :D Jyaa nee

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak | Dashi Dorawa!

Assalamualaikum


First sekali, aku nak ucap, Selamat menyambut ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Hope that kita semua dapat menambahkan lagi pahala yang berkurangan dengan melakukan banyak amalan sunat dan InsyaAllah, kita akan mendapat berkah daripada-Nya. Aminn :D


Pergh. Dah lama gilehh aku tak update blog. Maaf sesangat kalau ayat aku dekat atas tu tak betul ke, skema gila ke atau yang seangkatan dengannya ke. Maaf ye. Ecece. Bila dah masuk bulan Ramadhan nih, automatically perangai kita akan berubah 50% kepada perangai yang lebih baik ewah. Kemain. Sukahati aku je nak predict-predict bagai. Tapi bagus jugak kalau perangai semakin baik. Nanti boleh terbawa-bawa perangai baik tu sampai mati. Eh betul ke ayat aku ni. Macam asdfghkl je omg sorehh aku tak pandai nak atur ayat dengan cemerlang haha. BM karangan pun aku jarang dapat A lol -.- Pecah dah rahsia aku lolss


Oh ya, gambar yang dekat atas tu aku edit sendiri. Simple jeh. Tak letak bahan graphic pon. Font je. HEHE. Aku tahu English aku teruk so maaf lah kalau tersilap grammar or vocabulary. HAHA. Tu pun salah satu kelemahan aku lol. Tapi aku suka belajar BI nih. Entah lah. HAHA.


Okay. Lama gila aku tak update blog. Rindu gilehh rasanya omg wae wae. Aku hiatus sebenarnya tapi edit blog je melebih. Macam tak hiatus pun. Sebenarnya. HAHA. Then, time edit blog pun aku tak private-kan blog aku hahaha lol aku malas sebenarnya. Biar lah kalau ade orang lain tiba-tiba singgah blog kita time kita ubahsuai blog. Mana tahu dieorang ter-landing pada moment yang salah omg hushhh ape aku cakap ni. Aku sendiri pun tak berapa nak faham sangat.



Alahai comel je Sasuke nih. Aku rindu Naruto omg lama dah aku tak tengok. Frust gila sebab last week tak keluar pun episode baru Naruto Shippuden. Manga pun. Update sangat lambat hahaha. Sabor je lahh



Baru semalam episode baru Naruto.  Aku belum tengok lagi sebab malam tu tengok wayang. Alahai best gila cerita BatMan tuhh okay lepas ni aku tengok Naruto. Nak tidur kejap. Mengantuk ah Z_Z


Jyaa ne!

Wednesday, July 11, 2012

Haha

Assalamualaikum


Alahai comel nya comel nya sweet nya alahaaii comel :3

Hari ni aku puasa. Kejap lagi nak berbuka :D Memang banyak dugaan yang datang time sekolah tadi lol. Hampir 94.2 % orang yang berada dekat sekeliling aku makan depan aku hahahaha okay aku tipu. Tapi boleh ditafsirkan melalui statement itu lah. Maknanya, ramai kawan aku yang tak puasa hari ni haha keh dah complicated dah ayat aku. But syukur ALHAMDULILLAH sebab aku sabar menghadapi itu semua :D


Oh ye, post title aku tuh memang tak boleh belah lah. Tak dapat nak simple lagii oh myy ._. Eh serious setiap kali aku update entry, mesti tak tahu nak buat tajuk apa haha -.- Aku memang cenni hahar

Baru je kakak aku datang tadi haha. Flight dia delay sebab hari hujan kat Kuching ni lol. Hujan memang lebat sampai petang tadi kiteorang tak jadi latihan kawad kaki dekat dataran ilmu xD Sejuk je dok dalam kelas.

Keh nak cakap tuh jeh maybe malam nanti aku tulis entry lagi haha lololol


Jyaa ne!


Monday, July 9, 2012

Dance ver. Pening kepala dibuatnya!

Assalamualaikum.


Oh ya. Haha aku tadi balik dari sekolah terus makan kuih batik yang aku beli dekat kawan aku. Eh seriously sedap! Entah lah dah berapa kali dah aku beli kuih tu. Kesedapan kuih tu memang jelas terasa ewahh. Rm1 satu potong. Tekstur kuih tu kering, tapi sedap and kemanisan kuih tu padan dengan lidah kita ecececeh. Kemain kan

HAHA eh kenapa aku tiba-tiba cakap pasal kuih batik ni lol. Tajuk memang tak da kena mengena langsung dengan muqadimah aku yang tak berapa sangat tuh -.- Keh. Selalunya sebelum aku bukak blogger, aku akan bukak facebook dulu. Yep, memang rutin aku macam tu kalau setiap kali bukak lappy and online. So aku scroll down facebook aku tuh. Tengok post-post orang hahaha. Lepas tuh aku tengok ada satu page ni, post pasal Day By Day - T-ara (Dance Version). So aku bukak lah. Baru semalam MV ni keluar.



Pening kepala aku tengok video ni haha. U know why?


Aku baca comment dekat MV nih tadi. Ramai yang merungut pasal video nih. Tapi aku setuju gak dengan dieorang. Banyak scene 'cut-cut' dalam MV nih ehh chinca. Memang most of them hampa dengan MV Dance Ver. nih. Aku pun terikut jugak. Nasib baik lagu ni best. Kalau tak, memang aku akan terus click 'dislike' ah. Quality pun macam biasa je. Bukan aku nak kutuk, but T-ara memang layak dapat lebih dari ni! Aku minat T-ara oke? Ada faham? HAHA okay. Baca sendiri comment dieorang keh haaha ._.


So what do you think. MV ni masih boleh diperbaiki kan? Yeah ._.

Lepas nih nak mandi. Nanti-nanti sambung baca manga Bokura Ga Ita lol ahaha xD

Jyaa ne!

Saturday, July 7, 2012

Obsesi



Assalamualaikum and hai. Kali ni entry pendek je. Aku sekarang ni obses dengan manga Bokura Ga Ita tu. Naruto pun. Haiya, Beelzebub pun. Maaf kalau salah eja. Ketiga-tiga manga ni memang favorite aku sekarang nih lol.


Bokura Ga Ita tu manga yang dah lama habis pon. Aku je yang terlambat baca. OMG tskkk benda yang paling aku tak gemar ialah ketika aku menangis tengok anime cerita nih. Background music and scene ohh myy ._. Sedih gila. Tak dapat nak describe. Lelaki tu handsome, and perempuan tu comel haha. I give 5 star untuk anime/manga cerita nih haha.

Beelzebub tu aku tengok cut scene dekat youtube je buat masa sekarang ni. HAHA lawak gila watak Berubooo. Comel! Muka Oga pun alahaiii handsome. Hemikawa pun. Alahai pengaruh kawan aku lah ni ahahaha MAI ! >.<

Lepas PMR dapat ah habiskan manga ni semua haha saborr -.-

Lepas ni nak pergi rumah my aunt. Cousin aku ada baby baru. Awww mesti comel gila. Okaylah nak bersiap dah ni. HEHE nanti update lagi~


Jyaa ne!

Friday, July 6, 2012

Akhirnya, Jumpa gak :D



Aku paling suka part nih. Team seven kembali bersua! HAHA

Assalamualaikum dan hai. Aku happy ah ceh. Boleh dikira sebagai happy lah lol. Ada satu lagu nih. Memang aku suka lagu ni and aku pernah dengar, tapi tak pernah tahu tajuk lagu tu. Frust gilaaa aku haha. Memang aku bersungguh-sungguh cari kat google. Dua tiga kali aku cari tapi tak dapat. Last-last tadi aku cuba lagi cari, and then jumpa pun. Aku happy gila dapat jumpa lagu tu haha. Nama lagu? Secret ah haha sumimasen. Klu nya lagu Jepun. Tapi tak membantu langsung klu ni kan haha okay lupakan.

Aku mesti bersedia untuk next week. Banyak gila event kat sekolah aku next week. Argh, mesti penat gila. Kakak aku balik Kuching 11 Julai nih. Mesti aku tak dapat luang banyak waktu dengan dia arh. Sabor je lah. Hari dah mula hujan alahai. Sejok nya. Sebab aku dalam bilik ber-aircond sekarang ni haha lol.

Tadi aku dengar lagu Ainan Tasneem yang bertajuk Aku Suka Dia tuh. Wiiih best gak hahaha. Aku memang jenis yang suka dengar lagu yang ade pakai guitar ni. Seriously best. Semua lagu Yuna, Najwa Latif, and mana-mana lah artis yang ade lagu berunsurkan gitar, aku memang suka. HAHA. Aku layan gak lagu melayu weh. Semua jenis lagu aku layan ewahhh.


OMG OMG seriously Sasuke ni handsome gila. Rambut lurus and then kulit putih. Cantik sangat lukisan Masashi Kishimoto nih hahahaha! Lol


Sekarang ni aku suka berskype dengan kawan aku. HAHA. Kalau tak kerana dia, memang aku jarang lah bukak skype aku. Kalau aku bukak pun sebab nak webcam dengan abang aku kat Us. Lepas tu log out macam tu je. Tapi sekarang, setiap hari bukak and online haha.


Okay jyaa ne!

Thursday, July 5, 2012

ROFL


Assalamualaikum and hai. Argh! Satu lagi kesilapan aku haha. Memang aku ni pemalas tahap gaban nak update blog. Okay lupakan, dan aku rasa sampai bila-bila pun aku akan macam ni. Kecuali lepas PMR nanti ah. Oh ya, hari selasa, semalam and hari ni aku puasa. Esok  pun aku puasa. Puasa ganti. Tsk akhir gila kan? Dua minggu sebelum puasa baru nak ganti haha teruknya aku -.- Tapi takde lah aku sorang. Member aku yang lain pun ada gak yang lambat ganti posa ni harhar.

Ini merupakan post pertama aku pada bulan June. Haha, pemalas betul nak update. Belakangan ini banyak betul event dekat sekolah aku. Minggu depan pun ada. Minggu depan maybe aku sibuk sikit, sebab aku camping. Hari Jumaat and Sabtu. First time pulak camping kat sekolah aku ni haha. Kali terakhir aku camping, kalau tak silap aku time sekolah rendah dulu lol. Kira-kira empat tahun yang lepas. Aku cerita dekat mak aku pasal benda ni. So dia cakap

Tak rasa takut ke camping tu nanti?

HAHA. Aku ni penakut ke. Maybe kot. HAHA. Lol yes memang. Sejak sekolah rendah lagi. Nampak tikus pun dah jerit macam nampak hantu. Keluar air mata lagi tu ewah haha. Tapi aku tak suka perangai ni lol. Mak aku selalu bagi nasihat dekat aku hahaha. Aku mesti jadi berani berani berani. Tapi hasilnya, habuk pun nan hadoo. Still sama macam dulu kot. AHHA XD


Hari Ahad pulak (lepas camping tuh) ada kelas Mathematics. Pergh! Full betul jadual T_T. Belajar empat chapter dalam masa sehari. Eh wait, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Gila woh. HAHA. Subjek Mathematics lagi tu. Tapi kalau tak datang, rugi pulak rasanya. Demi PMR, aku sanggup! Ewah wah ayat aku hahaha. Kemain semangat.




Seriously, aku suka lagu ni xD

Tadi aku download lagu Day By Day from T-ara. Serious best lagu ni. Daebak! HAHA. MV dieorang keluar dua hari yang lepas. Seperti biasa, semua MV T-ara memang panjang gila sampai berbelas-belas minute lamanya. Tapi bagi aku jalan cerita dia memang daebak lah. Dalam MV ni, JiYeon jadi orang jahat haha. Dieorang main sword-sword gituu. Tapi nampak macam real walaupun ada jugak terselit kelemahan dekat situ. Sikit lah. Nampak macam mainan pun ada sikit. Aku ulang, sikit. HAHA. Ada budak baru dalam T-ara ni. Nama dia Ahreum. Comel woo orangnya. Ada jugak sorang lagi budak. Nama dia Dani. Tapi dia belum debut lagi lah. Maybe bulan Disember nanti kot, or lebih awal lagi. Dani pun comel gak awww kawaii.


Lawak gila part ni hahaa xD


Semalam aku baca Naruto manga eh seriously. Chapter tu biasa je. HAHA. Aku harap next episode best ah. Macam hari tu. Sasuke and Itachi. Sweet gila dua beradik tu haha. Hari ni keluar yang anime punya. Belum tengok lagi. Maybe lepas nih haha. Okay btw. Lagu blog aku dah tukar HARHAR. Minat sangat dengan lagu baru T-ara nih lol. Takpa, maybe aku tukar lagi nanti //lol sapa yang kisah kan? haha


Aku rasa aku dah puas hati dengan reka bentuk blog aku ni. Walaupun simple, tapi tak sakit mata aku tengok haha. Aku pun suka blog yang ringan ok. HAHA

K jyaa ne! :D





Saturday, June 30, 2012

Lol


If you attack Konoha, I will have to fight you.. So save up your hatred and take it all on me, I'm the only one who can take it! It's the only thing I can do! I wish shoulder your hatred and die with you! Because I'm your friend.. - Uzumaki Naruto

Assalamualaikum and hai. Dua hari tak update rasa bersawang pulak blog nih. Aku semalam nak update tapi takde idea pulak nak type apa lol. Hari ni 30 Jun, so maknanya hari ni last post aku pada bulan Jun. Alahai tak lama lagi tu. Tak lama lagi lol. Sebenarnya aku plan nak selalu update bulan Jun nih tapi hasil nya tak menjadi pon haha puih. Dalam masa sebulan tak sampai pun lebih dari 10 post. Aku nak lebih lol xD Banyak lah aku punya 'lol'.


Oh ya, aku dah tukar header hehehe. Besar gedabak punya header. Handsome tak die omg omg omg. Dah la muka besar macam asdfghjkl. Maybe aku tukar lagi nanti hoho. Aku takkan henti tukar header kalau aku tak puas lol. Aku memang macam tu. Nak cakap pasal character tu kan, walaupun setakat character anime, dia dah boleh buat aku jatuh cinta hahaha lol puih. Kawan aku selalu kacau aku guna nama 'Sasuke' haha buat aku gila jadi nya. Boleh hentak dinding and nose bleeding aku dibuatnya hahaha. Melampau hyperbola betul ayat aku haha lol -,-




OMG apehal sweet gila depa ni -.- Aku nak ada adik-beradik macam ni lol aku dah besar haha tak boleh lagi nak gendong-gendong bagai harhar.

Tadi anak buah aku kirim salam haha comel betul. Makcik aku telefon sini, haha so dia tolong menyampaikan salam anak buah aku tu dekat aku. Lucu lah haha kecik-kecik dah pandai. Pandai memang pandai, tapi selalu gak sakitkan hati aku hahaha -,- Lol teruknya aku sebagai makcik nya. Perangai budak-budak, faham-faham lah haha


Aku still tak sabar tunggu kakak aku balik haha tak lama lagi yaww. Oh yeah! Aku baru je habis makan harhar kenyang Alhamdulillah. Makanan biasa je tapi kalau perut dah lapar, macam-macam jenis makanan pun akan rasa sedap kan? Haha well yeah aku rasa macam tu lol selalunya -.-

Bulan depan kita bersua lagi hahahaha xD Jyaa