INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Monday, November 19, 2012

Create the new one | Brave

Assalamualaikum.

Wow berapa hari dah aku tak update blog ni. Nak update semalam tapi tak jadi pulak puih. Adeee je halangannya. Semalam aku tak keluar rumah pun. Boredom really kills me. Takkan aku nak mengadap laptop je kan dan petang semalam pun hari gelap. Sebagai konklusi, semalam memang bosan nak mampus. Like seriously. Apa yang aku suka time mengadap laptop ni pun dapat tengok movie and design blog je. Yang  lain.. erm.. kadang-kadang okay kadang-kadang tak okay. Ahhh molla molla ;_; Aku nak keluar jalan-jalan.. aku nak tengok wayang lol atleast ade jugak aktiviti luar.

Semalam aku buat tumblr baru, khas untuk kpop and personal (aku rasa lah) haha. Sebab aku rasa memang tak boleh campur. Kalau campur nanti followers lari. Orang akan unfollow kita kalau kita post benda yang depa tak suka hahaha. So aku decide create the new one, memandangkan aku ni minat dengan dua benda, Kpop and Anime/Manga. Bunyi macam tamak je lol peduli apa kalau aku suka, aku sukalah. Aku minat, minatlah. Jangan pulak bash sesuatu yang aku minat tu okay.
OMG aku lapar. Nak makannnn T_T
Tadi aku tengok cerita Brave. Aku tak tahulah sama ada aku lambat or tak tengok movie tu. Walau apa-apapun aku rasa movie tu best ah. Agak menyentuh hati dan perasaan kita jugaklah sebab movie tu nampak macam real je omg sedih. Aku tabik gila dengan orang buat animation movie ni sebab walaupun hanya kartun animasi 3d tapi memang semua benda nampak macam yang kita tengok dekat real life. Aku rasa theme movie ni mengenai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Yang menarik jugak, takde pun pasal cinta cintun haha tapi okay jugak lah. Kalau nak tahu dengan lebih dalam lagi pasal cerita ni boleh tengok dekat imdb.

Aku cuma nak cerita je sebenarnya, bukan review. HAHA sebab aku tak reti buat review omg seriously ;_; Banyak lagi movie yang aku nak tengok. Bokura Ga Ita:Kohen aku belum habis lagi tengok, macam biasa ade ade je halangannya puiih takpa. Aku pun nak tengok Skyfall haha aku belom tengok lagi okay. Tapi movie tu dah didownload, tinggal tengok je lagi.

Jyaa ne.

0 glittering star: