INDEX THE BAKA TWEET ASK FOLLOW INSTA

Wednesday, November 2, 2011

TAK JADI RUPENYE :D

Assalamualaikumm unknown people sekalian. :D


Yeahhh. Seperti yang aku pernah tulis kat entri ni, performance kiteorang pada hari ni tak jadi. Memang tak jadi lah, sebab pagi tadi just diadakan pertandingan akhir bahas ala parlimen peringkat sekolah. Para peserta diwakili oleh kelas 2C dan 2B di TUNAZ. Kelas 2C tu kelas aku ye. Hehehe, tapi aku tak menyertai lah pertandingan bahas tu. Bagi aku memang susah ahh kalau nak berhujah depan orang ramai. Mesti ada idea yang bernas baru lah menjadiii. 

Kelas aku disertai oleh 4 orang pembangkang (ceh HAHAHA). Tiga orang perempuan dan seorang lelaki. Malas ah nak tulis nama sorang-sorang. Then selepas para hakim kira markah. Makkk aiiiiii..







































Ye. Kelas kiteorang kalah. Tapi beza markah 35 je (kawan aku yang cakap, pandai math tau). Tapi pembahas terbaik pagi tadi adalah wakil dari kelas kiteorang! Atleast okay lah dapat jadi pembahas terbaik, daripada tak dapat apa-apa kannn? Tapi memang okay lah jugak aku tengok dieorang berbahas pagi tadi. Macam pembahas professional pun ade jugak. Ehh melebih lah pulak aku memuji.

Berbalik kepada performance bicara berirama yang tak jadi hari ni. Dengar cerita, kelas kiteorang akan bertanding lagi sekali hari jumaat ni. hurmmmm



Ye, bertanding dengan budak junior form1. Nama kelas malas aku nak tulis. Maknanya, kelas kiteorang mesti menang untuk hari jumaat ni (kalau bertanding lah, sebab tak conferm lagi ye). Mesti buat pergerakan/action yang cantik-cantik. Semua mesti serentak dan hafal skrip. Aku rasa skrip yang mak kawan aku buat best lahh. First time aku baca pun rase macam tu jugak, seriously best. Ada unsur jenaka, rendah diri, and macam-macam lagi lah unsur yang ade. Memang kena sangat dengan tema iaitu tentang bahasakebangsaan kalau tak silap aku lah.

Ada jugak orang kata, persembahan bicara berirama budak form1 tu best. Ye ke? Kalau ye, nampaknya challenge besar la niii. Oh T I D A K !


Ape-ape pun. Kelas kiteorang mesti menang untuk bicara berirama. Bukannya apa, nak menebus kekalahan pada hari ni, HAHA. Joke. Okaylah, aku harap je dapat menang hari jumaat ni. Amin ya rabbal aalamin :) By the way kan, aku bersyukur sangat yang hari ni tak jadi perform. Sebabnya, kiteorang belum bersedia. Tengok-tengok 'bebek' atas pentas nanti, haha. Oh ye tak faham maksud bebek? Aku rasa orang yang sama sekolah aku je tahu. Keh keh keh keh.




Aku rasa malam ni nak practice. Doakan kami ye! TERIMA KASIH, THANKS,  and GUMAWO! :DD





Okay bye! =)

0 glittering star: